changa=famri7 Publish time 7-10-2015 08:53 AM

Saintis Temui Spesies Tikus Baharu Di Sulawesi

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/10/06/19/59/hognosedrat.ashx?w=620&h=413&crop=1&/Hyorhinomys stuempkei.
(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan saintis yang bertugas di Indonesia menemui spesies tikus baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Spesies yang diberi nama Hyorhinomys stuempkei atau dikenali sebagai tikus hidung babi itu memiliki bentuk wajah unik dan berbeza daripada tikus biasa.

Tikus tersebut ditemui di kawasan pergunungan terpencil di Sulawesi pada Januari lalu oleh saintis dari Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat.

Saintis dari Muzium Victoria, Australia, Kevin Rowe berkata saiz spesies tersebut adalah sama dengan tikus normal.

"Saya masih teruja dengan penemuan spesies baharu ini. Ia masih belum didokumenkan oleh sains," kata Rowe yang terlibat dalam kajian tersebut.

Spesies tersebut mempunyai hidung mirip babi berwarna merah jambu dan telinga yang lebih besar sedikit berbanding tikus normal.

Ia turut mempunyai bentuk mulut lebih kecil dan gigi depannya panjang sedikit.

Ipo Publish time 7-10-2015 09:22 AM

ya la..tang hidung tu mcm hidung babi

nasib baik saiz mcm tikus biasa
kalau sebesar babi...:dizzy:

chinta89 Publish time 7-10-2015 10:22 AM

tt knpa asik buka dua thread sama?

btw comey plk spesies baru ni

changa=famri7 Publish time 7-10-2015 03:27 PM

chinta89 replied at 7-10-2015 10:22 AM
tt knpa asik buka dua thread sama?

btw comey plk spesies baru ni

thread yang sama , bod berlainan
regular bod CI ,lepak di CI

regular bod Haiwan & Tumbuhan, lepak disini

tak ada peraturan tak boleh buka thread yang sama di bod yang berlainan

chinta89 Publish time 7-10-2015 03:29 PM

changa=famri7 replied at 7-10-2015 03:27 PM
thread yang sama , bod berlainan
regular bod CI ,lepak di CI



ok tq info {:1_138:}

Farini Publish time 7-10-2015 07:36 PM

skjp je ni membiaknya.

FARRAZOOL Publish time 27-5-2016 09:34 PM

Eeewwwwew:funk:
Pages: [1]
View full version: Saintis Temui Spesies Tikus Baharu Di Sulawesi


ADVERTISEMENT