Ipo Publish time 7-10-2015 08:34 AM

Pokok Katak Puru

Edited by bianglala at 9-1-2019 10:49 PM







Buah nadir katak puru atau dikenali juga nam nam kaya khasiat ubat kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pokok tumbuh-tumbuhan yang tentunya pelbagai rasa. Namun, banyak pokok tersebut kini semakin pupus atau tidak lagi dikenali generasi muda.

Kenalkah pokok nam nam ataupun di sesetengah negari dipanggil buah katak puru?Buah ini dulunya terkenal dan diminati ramai kerana kelainan rasanya yang unik serta menyelerakan untuk dimakan.

Nama buah itu dikenali katak puru mungkin disebabkan kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Pokok katak puru termasuk dalam kategori tumbuhan liar atau hutan.Ia mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji.Jadi ia mudah tersebar apabila bijinya dicampak atau dibuang selepas isinya dimakan.Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tidak ditanam, tetapi tumbuh setelah bijinya dibuang di situ.

Nama botani pokok katak puru ialah Cynometra cauliflora dari keluarga ceasalpinioideae/leguminosae.Selain nam nam, buah katak puru juga dikenali buah hima, namau-namu, kopi anjing, amphawa dan nang-ai.

Memandangkan pokok ini mudah ditanam dan tidak begitu besar, pokok nam nam sering dijadikan hiasan laman rumah, selain dapat menikmati buahnya. Warna daun muda yang berwarna pink menambahkan kecantikan pokok itu.

Biarpun pokok ini mudah tumbuh, ia sesuai ditanam di kawasan tanah lembab bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan. rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Buah katak puru bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm). Buah yang masak dikenali dengan warnanya berubah seakan kuning dan buahnya 'kembang penuh'. Bijinya pula berbentuk leper boleh dibelah dua.

Buah katak puru keluar di bahagian batang, termasuk di pangkal pokok.Ada yang keluar betul-betul di atas tanah.Buahnya akan keluar di tempat sama dengan yang sebelumnya.Sebab itu, di bahagian itu akan terbentuk macam bonggol tempat keluar buah.Bagi pokok yang subur, buahnya keluar hingga ke dahan bahan atas, tetapi jumlahnya tidak banyak. Jadi, tidak timbul istilah panjat pokok katak puru untuk mengambil buahnya, melainkan pokok itu betul-betul tinggi.

Buah kopi anjing sedap kalau makan dicicih dengan kicap dicampur dengan gula dan garam.Elok juga dimasukkan belacan dan lada cili api.Kicap juga boleh diganti dengan cuka.Tidak kisahlah cuka tiruan, cuka nipah atau cuka kelapa.Kalau tidak ada semu itu, boleh dimakan dengan garam atau makan kosong aje.

Buah hima boleh juga dicampur dengan buah-buah lain untuk dijadikan rojak.Memang terangkat.

Kajian khasiat buah katak puru belum tersebar, biarpun dikatakan telah ada pakar pemakanan telah membuat kajian mengenainya. Namun, di kalangan masyarakat Melayu, antara khasiat buah katak puru dikatakan mampu untuk merawat kencing manis, darah dan penyakit buah pinggang.

Selain buahnya, pucuk dan daun nam nam juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan.Pucuk katak puru boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi.Rasanya agak kelat yang menyebabkan ia sesuai untuk mengubat kencing manis dan darah tinggi.Daun tua pula boleh dikeringkan dan dijadikan ramuan teh.Ia dipercayai dapat merawat batu karang.

Elok kita perbanyakkan menanam pokok katak puru sama ada sebagai pokok hiasan atau untuk mendapatkan buahnya.Pokok ini kini dikategorikan sebagai pokok nadir kerana jumlahnya semakin berkurangan.


sumber:http:bicaramentari.blogspot.my

Ipo Publish time 7-10-2015 09:19 AM

terima kasih @ip_lepat..
kasi tacang pagi2..nanti simpan dalam balang{:thumbo

tapi aku tak bekpes dgn tacang..
jap lagi nak makan nasi lemak:lol:

Farini Publish time 7-10-2015 07:33 PM

banyak khasiat buah ni, dan pokoknya sekali.

bianglala Publish time 7-10-2015 09:50 PM

susah nak jumpa buah ni... tak pernah rasa. :loveliness:

Ipo Publish time 8-10-2015 10:01 AM

bianglala replied at 7-10-2015 08:50 PM
susah nak jumpa buah ni... tak pernah rasa.

rasanya masam ...
cicah dengan kicap campur gula, garam, cili...
sedap giler..
balik kampung, ipo akan beli buah ni kat pasar.
selonggok, rm1 je..ada la 10 biji gituh..:)

Ipo Publish time 8-10-2015 10:02 AM

Farini replied at 7-10-2015 06:33 PM
banyak khasiat buah ni, dan pokoknya sekali.

hehhe..ipo tahu makan je..
tak pernah ambil tahu pun pasal khasiatnya
kat belakang rumah ni, ada dua pokok
nanti nak snap, tepek kat sini

Farini Publish time 8-10-2015 10:33 AM

Ipo replied at 8-10-2015 10:02 AM
hehhe..ipo tahu makan je..
tak pernah ambil tahu pun pasal khasiatnya
kat belakang rumah ni, ada ...

baca yg ipo tulis tu baru sy tahu byk khasiat. daun pun blh jadi ramuan teh. pucuk jd ulam. :D

bianglala Publish time 8-10-2015 01:56 PM

Ipo replied at 8-10-2015 10:01 AM
rasanya masam ...
cicah dengan kicap campur gula, garam, cili...
sedap giler..


murahnya.. kira satu seposen je harga... orang sana biasa panggil apa.. nam-nam?

kita biasa sebut nam-nam. :loveliness:

Ipo Publish time 8-10-2015 05:11 PM

bianglala replied at 8-10-2015 12:56 PM
murahnya.. kira satu seposen je harga... orang sana biasa panggil apa.. nam-nam?

kita biasa se ...

Panggil buah katak puru

Hatida Publish time 11-10-2015 04:06 PM

sedapnya... lama tak jumpa buah ni.
masa kecik2 dulu kat belakang umah ida ada pokok ni.
buah dia pon banyak. hari2 duk makan..
cicah garam. perghhh!! cair air liurrr...
weols panggey 'woh kkeppek'... hihihi ;P
buah katak puru pon ye jugak..

sliza Publish time 28-10-2015 12:36 PM

sedap buahnya...
kenangan di kampung dulu2

anniez08 Publish time 30-10-2015 12:43 AM

x penah nmpak buah katak puru ni..
Pages: [1]
View full version: Pokok Katak Puru


ADVERTISEMENT