piao Publish time 6-10-2015 04:39 PM

Pertukaran Pasukan 11 KAD dari Pemerintahan Medan Barat ke 3 Divisyen

Pertukaran Pasukan 11 KAD dari Pemerintahan Medan Barat ke 3 Divisyen


Tentera Darat telah melakukan satu anjakan besar apabila melaksanakan perubahan Pemerintahan pasukan 11 KAD yang memegang aset Kereta Kebal PT91M Pendekar dari Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat ke Formasi 3 Divisyen. 3 Divisyen yang terkenal dengan gelaran Pasukan Gabungan Penggempur kini dipertanggungjawabkan dengan satu pasukan yang memiliki aset strategik negara.


http://panggilanpertiwi.my/wp-content/uploads/2015/10/04-1024x681.jpg
Leftenan Jeneral Dato Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima Medan Barat Tentera Darat menyerahkan Tombak pasukan 11 KAD kepada Mejar Jeneral Dato’ Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 3 Divisyen.

Satu perbarisan untuk penyerahan telah diadakan di Lapangsasar Gemas, Negeri Sembilan. Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Muhamad Azly bin Abd Aziz, Pegawai Memerintah 11 KAD bersama 11 pegawai dan 130 Lain-Lain Pangkat. Perbarisan dimulakan dengan menandatangani Sijil Penyerahan Status Pemerintahan oleh Leftenan Jeneral Dato Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima Medan Barat Tentera Darat dan seterusnya beliau telah menyerahkan sijil dan tombak pasukan 11 KAD kepada Mejar Jeneral Dato’ Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 3 Divisyen.

http://panggilanpertiwi.my/wp-content/uploads/2015/10/06-1024x681.jpg
Mejar Jeneral Dato’ Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 3 Divisyen memasuki kereta kebal Pendekar untuk menembak sasaran.

Para hadirin juga dapat menyaksikan Zamrose menembak sendiri kereta kebal Pendekar. Seterusnya perbarisan disusuli dengan acara membuka dan memasang lambang formasi pada kereta kebal Pendekar dan diakhiri dengan teriakan gempur wira. Dengan penyerahan status pemerintahan pasukan 11 KAD kepada formasi 3 Divisyen akan memberi impak yang lebih besar kepada Tentera Darat.

Pages: [1]
View full version: Pertukaran Pasukan 11 KAD dari Pemerintahan Medan Barat ke 3 Divisyen


ADVERTISEMENT