GhostWalking Publish time 30-9-2015 07:53 AM

'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam' Kata Netizen

'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita
                  




http://img.astroawani.com/2015-09/61443526435_Jwanita.jpg                                 Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens.

KUALA LUMPUR: Jalan cerita yang seram dan lakonan mantap Maya Karin mereka antara faktor utama filem Jwanita begitu popular, dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens.

Karya pengarah Osman Ali ternyata berjaya membuat penonton terjerit-jerit di panggung wayang, seperti yang dikongsi oleh netizen Nur AsyiQyn.


First time terjerit2 dlm wayang #Jwanita punye hal! Korg xkn boleh expect seramnye kt mne— Nur AsyiQyn (@QynEsh) September 27, 2015

Jwanita ni seram gilaaa— ا(@rab_bo) September 28, 2015

Mlm ni kali kedua lak layan #jwanita. Serius nak habaq nih syok karya @osmanali_eranoi . Tak tipu haih.Satu tmn duk cerita psl jwanita nih— Kim (@EimanHakimy_) September 28, 2015

#Jwanita 1 of the best horror movie yg sy tgk. Berbaloi tgk kt wayang biarpun kali ke 2. Jgn tgk yang leak tu. Kualiti haok kan @maya_karin— Ana uhibbukum (@suhanaujang) September 28, 2015

Pengarah Osman Ali turut menggunakan platform media sosial untuk mewar-warkan filem terbaru arahannya itu.

Menurut Osman dalam satu wawancara media bersama MStar, dia terkilan apabila Jwanita tidak diberikan ruang untuk dipromosikan di stesen televisyen hanya kerana mahu memberikan laluan kepada filem terbitan anak syarikat stesen televisyen tersebut.

Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan. Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita.

Maya Karin memegang watak Jwanita.

Ramai yang memuji lakonan beliau, dan ada juga berkata filem ini mengingatkan mereka dengan filem lakonan Maya Karin sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam.


@maya_karin's movies are always great. #Jwanita is one of the scariest malaysian movie ever. It reminds me of Pontianak Harum Sundal Malam.— the.official_adi (@Akadi_sone) September 28, 2015

JWanita scary as I don't know what to say. Whatever it is, dang you nailed it!Remember this?! Hee @maya_karin pic.twitter.com/L83NNITJks— #BPDAY15 | Tahirah (@tahirahsirat) September 28, 2015

Paling mengujakan apabila ada penonton dari Indonesia memuji filem tersebut dengan menyarankan agar pengarah filem seram Indonesia menonton untuk menghasilkan filem genre itu dengan lebih berkualiti.


Jwanita,mustinya tayang disini supaya sutradara horror indonesia bisa berkaca dan termotivasi bikin horor berkualitas pic.twitter.com/GomQKtr3OC— arianto yung-yung (@cengliyung) September 27, 2015

Turut mendapat perhatian adalah tweet yang dimuat naik oleh Maya pada 26 September lalu.

Mendapat sebanyak 149 ulangan tweet, foto juadah sup jari jemari dikongsikan oleh pelakon itu.


Selamat menjamu selera dengan juadah sup jari jemari, juadah special Jwanita. #jwanita #jwanita_filem pic.twitter.com/URovlowx1N— Maya Karin (@maya_karin) September 26, 2015

Hashtag #Jwanita trending sejak filem ini mula ditayangkan pada 24 September.


Awani




MissNigga Publish time 30-9-2015 07:54 AM

ober uols tauuuuuu :lol:

haryatie Publish time 30-9-2015 07:58 AM

filem melayu ni kdg2 gempak jerk lebih..
seumur hidup x pernah msuk panggung wayang tengok citer melayu
rasa cam x berbaloi jerk nak membayar...hehehe..

shi_jewel Publish time 30-9-2015 07:59 AM

belum ada kelapangan lagi nk tgk cerita ni...tp mesti best, sbb ttg psycho ala2 crita girl interrupted giteww {:prayo

alieyrina Publish time 30-9-2015 08:12 AM

Aku tggu masuk mustika ja lahh...

rayna_raynes Publish time 30-9-2015 08:14 AM

tak seram mana pun. adegan mengejut mengejut tu banyaklah
tp not bad ceritanya

Munah_sporty Publish time 30-9-2015 08:17 AM

Edited by Munah_sporty at 30-9-2015 08:20 AM

Media play nih..nk promot cerita nih..

saladin780 Publish time 30-9-2015 08:19 AM

gediknya yg terjerit2 kat pawagam ni..attention seeker:lol:

fifie_olin Publish time 30-9-2015 08:19 AM

nk promote kekdahnya....pilem sendu le tewww:lol:

Vellfire Publish time 30-9-2015 08:21 AM

haryatie replied at 30-9-2015 07:58 AM
filem melayu ni kdg2 gempak jerk lebih..
seumur hidup x pernah msuk panggung wayang tengok citer me ...

yeahhh betul.. itulah yg selalu aku rasa
bukan tak nak menyokong tapi rasa hampa lepas tengok wayang atau dvd

dino Publish time 30-9-2015 08:32 AM

haryatie replied at 30-9-2015 07:58 AM
filem melayu ni kdg2 gempak jerk lebih..
seumur hidup x pernah msuk panggung wayang tengok citer me ...

nak tgk filem melayu kena tgk pengarah.... penerbit..... jgn la p tgk pilem MIG..... pengarah z lokman.... ahmad idham.... razak mohaiden.... pengarah mcm bernard chauly, osman ali, suhaimi baba, dain said (filem bunohan), kabir bathia... n pengarah gen baru bleh dipertimbangkan.... :lol:

btw cite polis evo tu.... adik2 aku yg tak pernah tgk filem melayu bleh terjebak... not bad katanya...... satu lg perosak filem melayu adalah MIG.... :lol:

Suchi Publish time 30-9-2015 08:40 AM

yea sgtla korang tu pestime terjerit2
pdhal cite tak seram pun korang terjerit2 gak.
akak paling rimas kalo tgk wayang duk sebelah adik bbnu.. org nk tgk cite dia pun sibuk bercerita smbil mulut mengunyah hotdog.
biasa akak akn pilih seat hujung tepi dinding tade gangguan sbb sebelah akak cumala dinding huhu. akak paling tak suke duk seat tgh2 dimana kiri kanan akak ade bbnu.
tp pernah la terpaksa dukrow yg tengah2 yg byk seat tu masa tgk cite hobbit sbb dah xde seat lain kosong.bbnu tgk pilem sibuk duk pot pet pasal watak yg ensem. kebetulan ade watak yg ensem jambu air mati dlm cite hobbit tu kemainlah dia kecoh ala napa dia nih mati dahlah ensem n bla2
akak kt sebelah ni rasa nk sekeh je kepala dorang, diam tak bleh ke dik? dahlah dr awal start cite smpai abis ko duk pot pet tak berenti ngomen itu ini.

zulka Publish time 30-9-2015 08:43 AM

rugi duit je tengok citer melayu ni

Acong Publish time 30-9-2015 08:46 AM

babi sungguh......... ingatkan terjerit2 sbb kena cabul {:3_97:}

enchikfitz Publish time 30-9-2015 08:49 AM

Tak de seram mana pun cerita ni. Tapi storyline bolehlah dipuji. Lain dari yang lain utk filem2 Msia ni. Tapi dgr cerita, byk scene kena potong. So, mungkin tu sebab I personally rasa filem ni ada kekurangan. Tapi so far ok. Susspen pun suspen. Filem ni x gelap mcm kebanyakan filem seram yang lain

espri6006 Publish time 30-9-2015 08:50 AM

Vellfire replied at 30-9-2015 08:21 AM
yeahhh betul.. itulah yg selalu aku rasa
bukan tak nak menyokong tapi rasa hampa lepas tengok way ...

uols jangan nak samakan tengok dvd/cd dengan tengok wayang. kat panggung tu lebih nikmat dan gurih menonton tanpa gangguan dan bunyi-bunyian yang so real. Kalau uols tgk DVD memang feel dia xde noqqq...kecuali kalau u nonton sendiri dalam bilik atau ruang tamu tanpa gangguan anak2/sdara mara/jiran jiran///

cfa Publish time 30-9-2015 08:53 AM

filem melayu thriller yang bagi aku berkualiti yang penah aku tengok tajuk Trauma, lakonan nasha aziz dengan amy mastura, yang tu je best bagi aku

kalu citer seram pulak citer Azazil/Sembunyi ( tak ingat tajuk), lakonan diana danielle dengan remy ishak.

yang lain2 sumer tak best.. gempak je lebih, tapi hampeh...

Jwanita ni dengar2 macam best... teringin lar nak tengok...

epis Publish time 30-9-2015 09:13 AM

cam propa je..

missyqaldina Publish time 30-9-2015 09:16 AM

cfa replied at 30-9-2015 08:53 AM
filem melayu thriller yang bagi aku berkualiti yang penah aku tengok tajuk Trauma, lakonan nasha azi ...

aah cite trauma smpai skrg aku tkut nak tgk..
bukan takut ape...
tkut sakit hatiiii...

kucen_miang Publish time 30-9-2015 09:19 AM

@maya_karin's movies are always great. #Jwanita is one of the scariest malaysian movie ever. It reminds me of Pontianak Harum Sundal Malam



kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}

Pages: [1] 2 3 4
View full version: 'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam' Kata Netizen


ADVERTISEMENT