changa=famri7 Publish time 29-9-2015 08:30 AM

Suzuki Swift RR2 edisi terhad

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) Sdn Bhd menawarkan varian edisi terhad menerusi model kompak terlarisnya iaitu Suzuki Swift RR2.Memiliki spesifikasi setara dengan Suzuki Swift GL baru, model Suzuki Swift RR2 didatangkan dengan ciri tambahan bergaya termasuk rim aloi metalik bersaiz 16 inci, pelekat rekaan sporty untuk bahagian hadapan dan sisi serta kit badan kereta premium.

Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki berkata, pihaknya berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pemandu tanpa berkompromi mengenai kualiti.“Menerusi varian ini, kami berjaya menyuntik keseronokan dan gaya ke satu tahap baru terhadap jenama Swift.

“Malah, ia juga sesuai kepada pemandu muda di negara ini untuk keseronokan dalam aktiviti urban tanpa mengorbankan tahap penggunaan bahan api,” katanya.Suzuki Swift RR2 hanya hadir dua pilihan warna iaitu merah dan biru sahaja.Ia dijanakan oleh enjin petrol 1.4 liter dengan kuasa maksimum sehingga 95PS pada 6,000rpm dan tork maksimum mencecah 30Nm pada 4,000 rpm.Selain itu, ia dilengkapi dua beg udara SRS, Bantuan Brek (BA) dan Brek Antikunci (ABS) dengan Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD) yang dijual pada harga RM69,888.




Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:00 AM
«»
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/swift02.transformed.jpgTAMPIL menarik dengan rim hitam.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80374#sthash.n2bjs8wP.dpuf
Pages: [1]
View full version: Suzuki Swift RR2 edisi terhad


ADVERTISEMENT