Nusantara77 Publish time 28-9-2015 01:03 PM

Keindahan 'Air Plant'

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.429646.1441944338%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
        Siapa yang minat pada hiasan taman mesti sudah biasa dengan pokok 'air plant'. Menariknya pokok ini tidak perlukan tanah untuk hidup. Jadi anda boleh tanamnya dengan gaya yang lebih menarik.Web IMPIANA kongsikannya untuk anda.
       
        Bahan-Bahannya:
        1.Balang kaca
        2.Penyembur air
        3.Batuan sungai dengan tiga saiz berbeza
        4.Rumpai tiruan
        5.Dua jenis air plant (Tillandsia stricta bak dan Tillandsia magnuciana)
       
       
       
        Cara-cara:
       
        1.Susun batuan sungai bersaiz besar pada dasar balang.
       
        2.Kemudianambil batuan sungai bersaiz sederhana sebagai lapisan kedua di dalam balang. Susun secara kreatif untuk menyerlahkan lagi tekstur batu.
       
        3.Taburkan batuan sungai paling kecil (pebble wash) supaya memenuhi ruang kosong. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk mencipta sedikit kecerunan pada lapisan batu supaya kelihatan lebih menarik.
       
        4.Kemudian letakkan rumpai tiruan di atas permukaan pebble wash pada sudut balang untuk memberikan kepelbagaian tekstur dan warna.
       
        5.Semburkan air pada bahagian bawah air plant dan bahagian atasnya sedikit untuk tujuan membekalkan lembapan pada pokok.
       
        6.Susun air plant tersebut mengikut kreativiti anda.
-impiana-


mynameisfai Publish time 17-10-2015 10:49 PM

assalamualaikum

mynameisfai Publish time 17-10-2015 10:52 PM

assalamualaikum
Pages: [1]
View full version: Keindahan 'Air Plant'


ADVERTISEMENT