Nusantara77 Publish time 28-9-2015 01:01 PM

Botol Hiasan Penyeri Ruang

http://www.impiana.my/polopoly_fs/1.429656.1441945690%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
                  Anda tidak tahu bagaimana mahu menggunakan masa yang senggang dengan sebaiknya? Gunakan masa yang ada dengan mencuba sendiri seni hiasan kreatif pastinya memberi seribu satu kepuasan. Ia bukanlah sesukar yang disangka kerana dengan sedikit usaha pasti kejayaan menyusul dengan senyuman. Web Impiana kongsikan ini buat anda.
       
       
        Bahan-bahan:
        Botol kaca,renda, glue gun, reben, benang, sticker, gunting, bunga hiasan, manik, gabus, tassel, rantai manik.
       
        Cara-cara Membuatnya:
        1. Jahit kain renda mengikut ukuran saiz botol terpakai.
       
        2. Baluti botol kaca tersebut dengan kain renda yang telah siap.
       
        3. Kemudian gunakan gam untuk lekatkan renda yang bersaiz kecil pada sekeliling botol kaca.
       
        4. Setelah siap, lekatkan pula sticker yang tersedia pada bahagian tengah botol yang telah
       
        dibaluti kemas. Bagi menambah seri, gam sekeliling gambar dengan renda bersaiz halus.
       
        5. Gunakan kreativiti sendiri dengan melekatkan bunga hiasan pada bucu gambar hiasan tadi.
       
        6. Rantai manik digam pada bahagian tengah botol dengan menggunakan kaedah silang pangkah.
       
        7. Lekatkan pula reben di bahagian tengah rantai manik dengan jahitan silang tadi. Manik rona
       
        perang dilekat di bahagian tengah reben sebagai penambah seri.
       
        8. Langkah berikut ialah dengan melekatkan tassel pada bahagian atas gabus. Kemudian letak pula
       
        manis saiz kecil pada bahagian tassel yang telah digam.
       
              -impiana-




mynameisfai Publish time 17-10-2015 10:53 PM

assalamualaikum
Pages: [1]
View full version: Botol Hiasan Penyeri Ruang


ADVERTISEMENT