sayap_angkasa Publish time 27-9-2015 01:00 PM

Minta Nasihat Untuk Beli Kereta Baru

Sayanak beli kereta baru & berurusan dengan seorang jurujual melalui telefon. Diringkaskan cerita, jurujual bagitau pinjaman dah lulus tapi tak dapat pinjaman penuh jadi kena bayar duit cengkeram lebih sikit. Dia minta masukkan duitcengkeram ke akaun dia & dia akan jumpa saya untuk urusan tandatangan surat perjanjian.

Minta pandangan & nasihat

otai_g Publish time 27-9-2015 01:51 PM

pasaipa nak berurusniaga dkt telefon?

bersepah showroom ada kat malaysia ni.

nasihat aku kalo ko rs ada byk duit sila la teruskan urusniaga.

sayap_angkasa Publish time 27-9-2015 03:20 PM

dah pegi showroom terdekat tapi dah gaji ciput, pinjaman tak lepas. cari punya cari terjumpa salesman ni dia tlg bagi lepas

sayap_angkasa Publish time 27-9-2015 03:35 PM

Kalau beli kereta duit cengkeram tu kita bayar bila?

dryhasril Publish time 28-9-2015 11:36 AM


macam tipu jer....

medangmru Publish time 28-9-2015 06:20 PM

masukkan duit dlm akaun dia.....................bau ikan yg sungguh kuat ........

kuppit Publish time 29-9-2015 10:46 AM

kereta baru atau terpakai? Duit cengkeram dibayar kpd syarikat tersebut. apasal lak nak bagi masuk akaun dia?

bunga_lestari Publish time 29-9-2015 04:16 PM

deposit kereta bukan dibayar kepada agen yer, tp dibayar kepada syarikat penjual kereta, yg mana kalau kereta baru dibayar direct ke syarikat / pengedar pengeluar kereta (seperti proton, perodua dan pengedar yang sah) atau jika kereta second hand, dibayar kepada syarikat penjual kereta second hand tersebut..

so, elakkan berurusan terus melalui telefon, apabila dia dah mula minta masukkan duit ke dalam akaun dia jangan masukkan tapi, sila ajak berjumpa bertentang mata.. pastikan dokumen semua ditandatangani di depan mata..

sayap_angkasa Publish time 30-9-2015 01:25 AM

Okay.. paham dah. Terima kasih semua. Jazakallah Khayran:)

ryo_takahashi1 Publish time 26-10-2015 10:56 AM

sayap_angkasa replied at 30-9-2015 01:25 AM
Okay.. paham dah. Terima kasih semua. Jazakallah Khayran

so.. dah beli ke keta nya... hehe

khairulazuan Publish time 7-1-2016 03:00 PM

hahaha..masukan dlm akaun beliau
Pages: [1]
View full version: Minta Nasihat Untuk Beli Kereta Baru


ADVERTISEMENT