matabelalang Publish time 25-9-2015 08:51 AM

GIRLFRIEND KONTRAK - FILEM PALING ROMANTIK 2015

Edited by matabelalang at 30-9-2015 10:40 AM




Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Girlfriend Kontrak, yang diterajui oleh Keith Foo dan pendatang baru yang semakin dikenali ramai, Risteena Munim. Filem ini juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Azad Jazmin, Bront Palarae, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin serta penampilan istimewa, buat pertama kali di layar perak, pengacara dan DJ paling popular tanahair, Fara Fauzana. Tayangan bermula pada 24 September 2015 di semua pawagam-pawagam di seluruh negara.

amyza Publish time 25-9-2015 09:26 AM

Best ke citer ni?

Rainrein Publish time 25-9-2015 11:08 AM

Tajuk filem pun macam tah pape jek

Shazmiey Publish time 25-9-2015 11:51 AM

bosan lagi menyampah. lagi2 bila balik2 dgr kat hotfm. promosi padu bak hang.!

babyorange Publish time 25-9-2015 12:18 PM

Shazmiey replied at 25-9-2015 11:51 AM
bosan lagi menyampah. lagi2 bila balik2 dgr kat hotfm. promosi padu bak hang.!

promosi padu pasal fafau blakon cite tu. tu yg kemain hotfm promot tu

Ferr_Remy Publish time 25-9-2015 08:15 PM

Sori tajuk pun da mcm gamps :mad:

enchikfitz Publish time 25-9-2015 10:57 PM

Tajuk sampah. Pelakon so-so. Memang tak la nak tgk

sarah_ary2 Publish time 25-9-2015 11:26 PM

Bila tgk trailer teringat trailer 50shades of grey ,
Anyway suka tgk risteena tue sebab sheols ok gak berlakon,
Cuma this type of storyline is a waste as a film, more suitable as a drama tho,

eddlisa_uyuk Publish time 26-9-2015 03:09 AM

tgk iklan cam dah tau apa citer
apa jadi

matabelalang Publish time 27-9-2015 08:38 AM

ala ala pretty women ni ...

lurve82 Publish time 27-9-2015 11:12 AM

filem plg hauk kot...xleh blah hero dgn heroin...

edee_91 Publish time 27-9-2015 12:43 PM

hmmmm baca tajuk pun dah terasa romantic sangat sis. romantic sangat sehingga saya memerlukan dua buah bakul untuk memuntahkan semula makanan2 yang dah saya makan tadi. saya tak mampu tahan dengan keromantikan yang melampau batas ineyyyyyy.....

merahrose Publish time 27-9-2015 05:21 PM

title xleh blah..dh mcm tagline cinta plg agung plak...
kutipan dh brpa juta?
plkon flem ni xda trikan..storyline level telemovie

beta_carotene Publish time 27-9-2015 05:53 PM

dalam melodi tadi cakap girlfriend kontrak neh diinspirasikan daripada novel 50 shades of grey.. :funk:

babi ke apa.. based on novel lucah.. :'(

shanew3stga1z Publish time 28-9-2015 07:51 AM

beta_carotene replied at 27-9-2015 05:53 PM
dalam melodi tadi cakap girlfriend kontrak neh diinspirasikan daripada novel 50 shades of grey.. :fu ...

wow ! kalau ada adengan yg sama kan best !

MIAHAHAHAHAHA

lurve82 Publish time 28-9-2015 08:42 AM

beta_carotene replied at 27-9-2015 05:53 PM
dalam melodi tadi cakap girlfriend kontrak neh diinspirasikan daripada novel 50 shades of grey.. :fu ...

mak aih...xhagak2 nk ngekor citer tu...dh la novel 50 shades of grey tu bukan best pun...:lol:

Athrun.Zalaa Publish time 28-9-2015 05:06 PM

Buat masa ni Polis Evo je cite melayu yg best...

alieyrina Publish time 28-9-2015 11:35 PM

Whattt? Aku terpaksa hadam kalau ada org masuk wyg tgk cerita ni...yg masuk tu betui2 tgk ka atau nk tidoq saja ?

eddlisa_uyuk Publish time 29-9-2015 08:10 AM

promo sgt2 ..........

mizkajura Publish time 29-9-2015 09:21 AM

yg pasti ai dah tgk cerita koya yg jalan cerita mcm ni jugak kunun2 gf kontrak. now malaysia pulak tiru. tak de ke cerita original tanpa tiru mana2 media?
Pages: [1] 2
View full version: GIRLFRIEND KONTRAK - FILEM PALING ROMANTIK 2015


ADVERTISEMENT