Nusantara77 Publish time 23-9-2015 12:04 PM

Jaga ‘Telur’ Baik-Baik

http://maskulin.karangkraf.com/polopoly_fs/1.330332.1415074418%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_670/image.jpg
        Jangan abaikan aset berhargamu itu! Selalunya lelaki memikirkan saiz dan bentuk zakar, tetapi selalu terlepas pandang tentang ‘telurnya’. Sedangkan bahagian itulah yang perlu dijaga sebaiknya. Seks berkualiti bukan sekadar kerana zakar, tetapi apa yang mampu dihasilkan oleh ‘telur’ anda. Entri kali ini berkongsi info tentang testis kesayangan anda itu.

        PASTIKAN ‘TELUR’ SEJUK
        Jangan sesekali meletakkan komputer riba di atas paha anda. Menurut kajian Fertility and Sterility Study, suhu panas komputer riba akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Kata pakar urologi, Larry Lipshultz, M.D., eloklah komputer riba diletakkan di atas meja jika anda mahu menggunakannya.

        TIDUR UNTUK JAGA ‘KANTUNG’
        Kurang tidur akan merembeskan hormon stres. Sekali gus ia akan mengurangkan penghasilan sperma kata Tobias Kohler, M.D., M.P.H., F.A.C.S., seorang profesor bidang urologi di Universiti Illinoiis Selatan.

        PERHATIKAN SAIZ ‘TELUR’
        Menurut Journal of Sexual Medicine, lelaki yang berusia mempunyai ‘telur’ dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung. Dalam jurnal itu disebut, kerosakan pembuluh darah menyebabkan saiz testis berubah. Oleh itu, anda perlu perhatikan saiz ‘telur’ anda selalu.

        USAH TERBURU-BURU
        Proses vasektomi tidak menyebabkan masalah ED mengikut sebuah jurnal kesihatan seksual di Amerika Syarikat. Jika anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 72 jam selepas proses ini boleh menyebabkan rasa sakit, senak atau pendarahan.

        TELEFON BIMBIT DALAM SELUAR
       Banyak kajian yang berjaya membuktikan telefon bimbit tidak elok untuk kesihatan ‘telur’ anda. Seeloknya, jauhkan telefon bimbit daripada anda terutamanya pada waktu tidur. Haaa... Ubahlah tabiat suka menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar anda.

        BAHAYA URAT MENGEMBANG
        Jika urat dalam skrotum anda mengembang, ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau kemandulan. Aduh, bahaya! Oleh sebab itu, anda tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar sebaik selepas memancutkan air mani.

-maskulin-



kanan_kiri Publish time 23-9-2015 12:21 PM

tq for the info...{:mlproud:}

ash_91 Publish time 23-9-2015 08:50 PM

info menarikkk !!

spiderman80 Publish time 23-9-2015 10:06 PM

Spidey sayangkan telur Spidey.{:loveo

qronaldo7 Publish time 2-10-2015 02:16 AM

Tolo pulakk:lol:

faraway1 Publish time 2-10-2015 06:34 AM

satu hal nak check saiz telur lepas ni :L
Pages: [1]
View full version: Jaga ‘Telur’ Baik-Baik


ADVERTISEMENT