Nusantara77 Publish time 23-9-2015 11:55 AM

6 Mitos Buat Lelaki Terganggu?

http://maskulin.karangkraf.com/polopoly_fs/1.339306.1417744632%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_670/image.jpg
                  Mitos berkaitan kesihatan, kadang-kadang ramai menganggap ia boleh dipercayai dan juga sebaliknya. Berikut adalah beberapa mitos yang menjadi tanda tanya tetapi telah menjadi kepercayaan sesetengah golongan lelaki.

        1. Kanser payudara hanya menyerang wanita.
        Memang benar rata-rata pesakit kanser payudara lebih ramai terdiri daripada golongan wanita, tetapi ada juga golongan lelaki meninggal dunia akibat kanser ini. Masalah ketara tentang ketidakpercaya adalah kurang kesedaran tentang simptom-simptom yang menyerang lelaki.

        2. Lelaki tidak mempunyai kitaran kesuburan.
        Menurut kajian, kuantiti sperma dipengaruhi oleh masa. Kebiasaannya, kuantiti sperma menjadi 'meriah' apabila suhu sejuk. Malah, sperma meningkat pada waktu pagi seiring dengan tahap hormon lelaki yang meningkat pada waktu pagi.

        3. Bercukur menjadi punca bulu tumbuh lebih tebal.
        Hakikatnya, pencukuran tidak ada kena mengena dengan ketebalan dan kelebatan pertumbuhan bulu.

        4. Kanser prostat hanya menyerang lelaki tua.
        Memang benar kanser prostat banyak menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas namun lelaki seawal usia 40 dan 50 juga boleh mendapat kanser prostat. Lelaki muda juga berisiko berdepan kanser prostat apabila tidak mengambil berat akan kesihatan di awal usia kerana percaya kanser ini hanya menunggu tua.

        5. Lebih banyak protein diambil, makin berotot.
        Memang benar sumber protein diperlukan untuk membina otot tetapi jika anda mengambil keperluan lain, lebihan protein yang diambil tidak akan menjadi otot. Protein berlebihan boleh menjadi lemak dalam tubuh anda.

        6. Kuning telur membawa penyakit.
        Ramai menolak untuk memakan kuning telur sedangkan kuning telur merupakan khasiat terbaik. Menolak kuning telur bermakna anda menolak vitamin terpenting. Asalkan anda tidak mempunyai masalah kolesterol, anda tidak mempunyai masalah untuk memakan sebiji atau dua biji telur sehari di dalam diet anda.

        Mitos di atas hanyalah sebahagian kepercayaan yang sering menjadi tanda tanya golongan lelaki. Orang kata, mitos belum tentu benar tetapi kadang-kadang ada benarnya. Apa yang penting, anda perlulah lebih banyak merujuk kepada doktor lebih-lebih lagi soal kesihatan untuk lebih berhati-hati.
-maskulin-

             



Pages: [1]
View full version: 6 Mitos Buat Lelaki Terganggu?


ADVERTISEMENT