Truth.8 Publish time 1-9-2015 02:45 PM

Bomoh Malaya vs Cakara alam

Edited by Truth.8 at 1-9-2015 05:49 PM

Aku tahu lah bomoh2 malaysia bukan sangat boleh percaya......kalau dah caj $$$$, maka bomoh ini kaki kletong punya....kalau bomoh orang asli atau iban, aku boleh percaya sebab mereka hidup terlampau ringkas dan bayara iklas......jadi kalau kamu nak cari bomoh2 caj $$$ tinggi...fikir-fikirlah....tapi kalau iklas ok tapi dulu saya jumpa juga bomoh melayu kononnya bayara iklas...sampai rumahdia goreng cerita ini dan itu ...biasalah bomoh2 ...pasti bala akan menimpa bomoh sial ini...

lihat ini punya bomoh...boleh goole nama dia...terkenal dulu...mana pegi bomoh ini???
9pBe2_tbPUE

nak jadi bomoh boleh jer sabab      'we all born with magick, you need to tap it to work with littlechants....
...but make sure do not charge 'giler2 lah....

Truth.8 Publish time 1-9-2015 03:00 PM


harian metro

Wednesday, 23 March 2011
Ustaz Arief - Cakra Alam penipu? Think again...
Hanya kerana bersikap polos, jujur dan menerima kehadiran sesiapa sahaja untuk menemuramah atau menguji dirinya, Ustaz Arief akhirnya menjadi mangsa konspirasi pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya. Ini terbukti apabila TV Korea turut diperalatkan pihak tertentu untuk menemuramah dan sekaligus menjayakan rancangan mereka yang kononnya membongkar kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, TV3 turut mengambil kesempatan melalui rancangan 360 dengan menemuramah Ustaz Arief kononnya untuk membuat kajian isu tertentu. Bagaimanapun, penipuan TV3 akhirnya terdedah apabila lain yang ditanya, lain pula yang diketengahkan hingga ramai yang menyalahkan Ustaz Arief apabila klip Korea diselitkan sebagai selingan.

Lihatlah betapa polosnya Ustaz Arief dalam melayan karenah pihak media ataupun pihak tertentu yang sering mengambil kesempatan terhadap kebaikannya itu. Padahal, beliau boleh bersikap sombong, bo layan atau menghalau TV Korea dan TV3 yang jelas-jelas mahu memperalatkannya.

Malah kalau kesalahan beliau itu mahu dikira sebagai menipu, anda sebenarnya salah besar! Trick elektrik sebenarnya telah digunakan sekian lama untuk menyembuhkan penyakit dan membangkitkan semangat pesakit dalam dunia perubatan (selain silapmata). Pesakit selalunya mampu sembuh apabila mempunyai keyakinan yang tinggi dalam apa yang mereka rasa, lihat dan percaya.

Dalam Seni mempertahankan diri juga, ia digunakan bagi meningkatkan semangat pelatih untuk menguji ketabahan mereka menentang musuh. Jika tidak, sudah tentu pelatih akan lemah dan terdedah dengan pelbagai masalah dikemudian hari.

Sila baca artikel ini untuk keterangan lebih jelas:
http://www.electricitycentral.com/articles/staticsparks.htm

Persoalannya, apakah kes Ustaz Arief ini amat teruk berbanding kes-kes pengamal perubatan lain yang merogol, mencabul dan meratah anak-anak dara ketika berubat ataupun mempelajari silat? Dalam hal ini, keadilan tidak berpihak pada Ustaz Arief kerana memang sudah sifat manusia suka memperbesarkan cerita yang tidak jelas berdasarkan video semata-mata.


Bagaimana dengan berita yang ini?


SEBULAN JADI MANGSA PUKAU BOMOH - ROGOL
KUALA LANGAT - Seorang bomoh yang kononnya handal merawat pelbagai penyakit misteri disyaki menggunakan ilmu pukau terhadap seorang wanita sebelum mencabulnya beberapa kali sejak 31 Oktober lalu.
Lebih malang dalam kejadian pertama itu, bukan saja si ibu yang menjadi mangsa cabul, malah anak gadis mangsa yang baru berusia 14 tahun juga turut diperlakukan demikian.Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian tersebut, wanita berusia 40 tahun itu telah pergi ke rumah bomoh berkenaan di sini bagi meminta penawar untuk mengubat penyakit perutnya yang dikatakan buncit dipercayai akibat penyakit busung.Turut dibawa bersama dalam pertemuan pertama dengan bomoh tersebut ialah anak gadisnya.
Beliau berkata, sebaik berjumpa bomoh itu, suspek terus meminta mangsa masuk ke dalam sebuah bilik kononnya untuk melakukan rawatan."Di bilik tersebut, bomoh itu didakwa mencabul mangsa selepas mangsa dipercayai dipukau," katanya.Katanya, selepas puas mencabul wanita tersebut, suspek kemudiannya meminta mangsa keluar sebelum mengarahkan anak gadis wanita itu pula masuk ke bilik sama.Anak gadis mangsa juga dicabul sepertimana ibunya.

Kes lain:

Bomoh Rogol Anak Tiri Depan Ibu
IPOH 19 Feb 2010 Laporan Utusan

Atas alasan ingin menurunkan ilmu yang diamalkannya, seorang bomoh didakwa telah merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun. Lebih menjijikkan, perbuatan sumbang mahram itu dipertontonkan di depan ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan tertuduh untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari lalu menyebabkan bapa tirinya hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas anak tirinya itu pada pukul 1 pagi 2 Februari lalu di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berbadan kurus bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Hayati Haji Mat selepas pertuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai yang mengendalikan pendakwaan pada mulanya tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mungkin mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, katanya, jika mahkamah cenderung untuk berbuat demikian, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan RM15,000.

Tertuduh yang memakai baju biru dan berseluar panjang coklat memohon jumlah tersebut diringankan atas alasan faktor usia dan tidak sihat.

Noor Hayati membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 berserta seorang penjamin dan mengarahkan lelaki itu tinggal di rumah berasingan serta dilarang mengganggu mangsa.

Beliau juga menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.



Kes lain:


Bomoh durjana dijel 69 tahun
Oleh Alias Abd Rani
Harian Metro.
26/08/2010
KUCHING: Seorang bomoh yang mendakwa mampu memulihkan dara gadis terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi selepas Mahkamah Sesyen Kuching di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara 69 tahun serta 12 sebatan selepas dia mengaku salah merogol tiga beradik pada Februari lalu.
Hakim Timothy Finlayson Joel menjatuhi hukuman ke atas Jamir@Jamang Samah, 63, selepas dia mengaku salah atas semua empat pertuduhan merogol tiga beradik berusia 13, 14 dan 16 tahun yang dikenakan terhadapnya.

Ketika penghakiman, Timothy turut menegur Jamir selepas dia dilihat ketawa selepas mahkamah mempamerkan seluar tidur milik mangsa yang dirampas untuk dijadikan bahan bukti bagi mensabitkannya dengan kesalahan itu.

Lelaki itu bagaimanapun mengangguk selepas jurubahasa membacakan hukuman. Hakim mengarahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan.

Mahkamah turut menjelaskan, hukuman itu setimpal dikenakan terhadap tertuduh selepas mengambil kira beberapa hujah dikemukakan pihak pendakwa selain melihat perbuatan dilakukan begitu serius.

Jamir tidak diwakili peguam bela, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Carl Patrick Ramesh.

Lelaki itu mengemukakan rayuan meringankan hukuman dengan memberi alasan dia sudah tua serta mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Menurut kertas pertuduhan pertama, Jamir dituduh melakukan perbuatan itu pada Februari 2010 dalam bilik di sebuah rumah bernombor 71, Jalan Kulas Utara 2 dan kejadian berlaku antara 12 hingga 1 tengah hari.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki terbabit dituduh melakukan perbuatan itu pada 6 Mac 2010 antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Bagi pertuduhan keempat, dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 Mac 2010 dan kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua kejadian berlaku di tempat sama dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 Mac lalu mangsa berusia 16 tahun membuat laporan selepas mengadu dirogol bomoh itu dan kejadian berlaku sejak Februari tahun sama.

Jamir yang dipanggil ‘datuk’ dan ketika kejadian mangsa memasuki biliknya bersama ibu saudaranya bagi mendapatkan rawatan sebelum menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa terkena ilmu hitam dan tertuduh mendakwa dia mampu mengubatinya.

Bermula dari situlah mangsa diarahkan menanggalkan pakaian satu persatu sebelum lelaki itu mengambil kesempatan merogol kononnya cara itu mampu mengubati ilmu hitam pada tubuh mangsa.

Fakta itu turut mendedahkan, Jamir memaklumkan kepada mangsa, dia perlu menjalani enam lagi rawatan susulan bagi membolehkan penyakitnya diubati.

Beberapa hari kemudian, mangsa ke rumah seperti diarahkan sebelum lelaki itu melakukan perbuatan sama. Sebaik sesi rawatan berakhir, mangsa diberi air jampi.

Pada hari sama, kakaknya diarahkan membawa adiknya berusia 13 tahun kerana memberitahu dia mampu menjadikan suara gadis berkenaan lebih nyaring dan merdu.

Tindakan sama dilakukan apabila Jamir mengarahkannya menanggalkan pakaian satu persatu sebelum merogolnya. Sehari selepas kejadian itu, mangsa membawa adiknya berusia 14 tahun selepas memperdaya kononnya adik mangsa sudah kehilangan dara.

Lelaki itu mencadangkan adik mangsa ke rumah menjalani rawatan memulih dara sebelum merogolnya.


Bagaimana dengan kes ini?

Bomoh’ bunuh anak kekasih dihukum gantung
15/7
KUALA LUMPUR: Akibat berlagak sebagai bomoh untuk merawat anak teman wanita yang kononnya disihir bapa kandung, seorang pemandu dan pengawal peribadi kepada seorang Datuk dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap Davender Singh Sher Singh, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Ghazali berkata, adalah mustahil tertuduh tidak mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan kematian kepada si mati.
Ghazali menjelaskan keterangan ibu mangsa, Noriahanim Udin, 38, yang juga saksi utama pendakwaan tertuduh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami mangsa.
Ini selaras dengan laporan bedah siasat di mana si mati dicekik, ditolak serta dihantuk ke dinding dalam rawatan bagi memulihkan mangsa, katanya.
Menurutnya, pembelaan Davender yang beristeri adalah penafian semata-mata dan mendakwa tidak pernah menjalankan sesi perubatan di tempat kejadian serta di dalam keretanya.
Tambah Ghazali, tertuduh mengenali Noriahanim yang pernah bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) pada April 2004 dan hubungan mereka semakin rapat sehingga kedua-dua mereka mengadakan hubungan seks dan seterusnya si mati menganggap Davender sebagai ayahnya.
Tertuduh yang tidak dapat menahan sebak dengan keputusan itu terus memeluk isteri, anak dan ibunya sejurus selesai penghakiman itu. Keluarga Davender kelihatan masih tidak berhenti menangis selepas keluar dari mahkamah kerana terlalu sedih dengan hukuman yang dijatuhi mahkamah terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Davender didakwa membunuh Nur Farah Adila Ridzuan, di dalam rumah beralamat, No TA-12, Jalan Mewah 3, Jalan Ampang Mewah, Ampang, antara 16 Jun 2005 hingga 1 Julai 2005 Tertuduh didakwa melakukan tujuh rawatan terhadap mangsa dengan alasan mangsa di sihir bapa kandungnya selepas mangsa menunjukkan perasaan tidak suka terhadap tertuduh.
Akibat rawatan itu, mangsa mengalami kecederaan dalaman serius sehingga banyak organ dalaman yang penting dan cedera dengan tiga koyakan di hati, patah tulang rusuk kiri dan kanan, limpa pecah termasuk pendarahan pada pankreasnya.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mabel S Muttiah manakala tertuduh diwakili Peguam Jesvinderjit Singh.
Sumber : Harian Metro








Kata kunci: Cakra Alam cakera alam ustaz arie, ustaz arif pusat perubatan cakra alam pusat perubatan tradisional cakra alam seni bela diri cakra alam ustaz arief ustaz arif Cakra Alam cakera alam ustaz arie, ustaz arif pusat perubatan cakra alam pusat perubatan tradisional cakra alam seni bela diri cakra alam ustaz arief ustaz arif Cakra Alam cakera alam ustaz arie, ustaz arif pusat perubatan cakra alam pusat perubatan tradisional cakra alam seni bela diri cakra alam ustaz arief ustaz arif Cakra Alam cakera alam ustaz arie, ustaz arif pusat perubatan cakra alam pusat perubatan tradisional cakra alam seni bela diri cakra alam ustaz arief ustaz arif

Truth.8 Publish time 1-9-2015 03:01 PM

AMARAN TERAKHIR DI AKHIR      ZAMAN....BOMOH2 ...ILMU PERUBATAN YG MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUNAKAN AYAT2 DARI BUKU SUCI      X KIRA LAH QURAN -BIBLE ATAU APA JUA NAK MENIPU ORANG AWAM....KAU TUNGGULAH BALA KE ATAS KAMU NANTI...

orangbesi Publish time 9-9-2015 09:02 PM

yhanks bro
bawa isu camni sebagai tauladan kepada yg membaca
memang banyak sangat penipuan
bukan saja menipu dlm rawatan
malah dlm AGAMA sendiri pun di goreng pisangkan masyarakat

JAGALAH DIRI MASING2 DAN YG DEKAT DAN YG DEKAT DAN YG JAUH:L
Pages: [1]
View full version: Bomoh Malaya vs Cakara alam


ADVERTISEMENT