Mary_jane Publish time 29-8-2015 04:25 PM

11 PELAKON WANITA DENGAN BAYARAN TERTINGGI UNTUK K-DRAMA

Edited by Mary_jane at 29-8-2015 04:25 PM


Mungkin anda tertanya-tanya berapa banyak pelakon drama Korea seperti Park Shin Hye, Gong Hyo Jin, Song Hye Kyo dibayar untuk setiap episod K-drama?
Media Korea Selatan, Sports Daily menyelongkar 1o pelakon wanita dengan bayaran tertinggi untuk setiap episod.
Nombor-nombor ini adalah anggaran dan ditentukan selepas berunding dengan syarikat-syarikat produksi drama, penyiaran pengeluar syarikat, kakitangan pengurusan, dan pakar-pakar lain dalam industri hiburan.
1. Jeon Ji Hyun
Mendahului senarai adalah pelakon hebat, Jeon Ji Hyun yang dikatakan dibayar sebanyak ($83,500 USD) untuk setiap episod. Walaupun pelakon ini tidak membintangi drama sejak 2013 tetapi menerusi fenomena drama My Love From Another Star, dia masih kekal popular dan berpengaruh.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/jun-ji-hyun-e1440665437300.jpg
2. Lee Young Ae
Seorang lagi tersenarai adalah pelakon Lee Young Ae yang dikenali menerusi drama popular tahun 2003, Jewel in the Palace. Pelakon ini dibanyak 100 jura won ($83,500 USD) setiap episode untuk drama yang akan dibintanginya.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/0017-701x450-e1440665546180.png
3. Ha Ji Won
Ha Ji Won, ratu K-drama menerima kira-kira 50 juta won ($41,800 USD) setiap episod untuk drama baru-barunya Time That I Loved You, 7000 Days.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/ha-ji-won_1429730067_af_org-e1440665591708.jpg

4. Choi Ji Woo
Baru-baru ini, Choi Ji Woo ditandatangi untuk drama Twenty Again terbitan tvN sebanyak 50 juta won ($41,800 USD) setiap episod, satu rekod dalam sejarah tvN.
Dilaporkan bahawa salah satu daripada sebab dia dapat menguasai harga tersebut kerana ia adalah penampilan drama kabel pertama sejak 21 tahun.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/e12fe45f-dc18-4258-977d-260488300c91-e1440665650642.jpg
5. Song Hye Kyo
Always be my favourite actress since Autumn In My Heart. Song Hye Kyo yang kini antara bintang hebat di China telah mengekalkan perolehan setiap episod sebanyak 50 juta won ($41,800 USD) sejak penampilannya dalam That Winter the Wind Blows.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/025-e1440665832339.jpg

6. Kim Tae Hee
Pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Rain ini masih menerima kira-kira 40 juta won ($33,400) bagi setiap episod untuk drama Yong Pal, yang pada masa ini masih dalam penggambaran.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/kim-tae-hee.png

7. Gong Hyo Jin
Ratu romantik komedi menjadikan purata 40 juta won ($33,400) bagi setiap episod. Walaubagaimanapun, dilaporkan untuk drama Producer, gajinya adalah jauh kurang daripada It’s Okay That’s Love kerana dia bersedia untuk mengambil pemotongan gaji untuk projek-projek yang unik.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/tumblr_mzwsoscxi81s69456o1_1280-e1440665907612.jpg
8. Shin Min Ah
Model dan pelakon yang terkenal dalam dramanya My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox dibayar kira-kira 30 juta won ($25,000) setiap episod yang dibintanginya.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/Shin-Min-Ah-Harpers-Bazaar-February-2015-800x500-e1440665981972.jpg
9. Park Bo Young
Bintang Oh My Ghostess Park Bo Young dianggarkan menerima sejumlah 30 juta won ($25,000) setiap episod drama.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/park-bo-young1-e1440666021820.jpg
10. Park Shin Hye
Pelakon cantik dan kegemaran ramai, Park Shin Hye yang sentiasa tampil dalam drama hit dianggarkan menerima bayaran sekitar 25 juta won ($21,000 USD) setiap episod drama yang dilakukannya. Menariknya lagi, Park Shin Hye juga seorang dermawan yang suka menderma kepada badan amal di seluruh Asia.
http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/08/54e0bd4487-e1440666147636.jpg
- wanista

Mary_jane Publish time 29-8-2015 04:28 PM

Teringat jeon ji hyun dalam windstruck. You go girl! {:1_152:}

Song hye kyo tetap top dengan autumn in my heart. Anggun menawan. Jang nara plak dah lesap macam tu je.

nadie90 Publish time 29-8-2015 04:41 PM

Wow....no wonder....this 11 actresses really can act and beautifullll:loveliness:

scents Publish time 29-8-2015 07:12 PM

I minat Kim Tae Hee ,Yong pal , Yong pal i m waiting for the drama everywk

nurun04 Publish time 29-8-2015 08:33 PM

Nape eun hye xde?..minat gila kat diaa..ke dia dh suam2 kuku dh

Lorra2411 Publish time 3-9-2015 10:04 AM

semuanya top actress. semua saya minat :$

cik_ted143 Publish time 3-9-2015 11:55 AM

suka gong hyo jin.....

lynnyana Publish time 4-9-2015 06:56 PM

song ji hyo tinggi x gaji die utk drama..
name die pon top gak skrg nie

clara_nur Publish time 4-9-2015 07:12 PM


my pebret:
-gong hyo jin
-choi jiwoo
-song hye hyo

amyza Publish time 28-9-2015 06:20 PM

Besar nye gaji diorg...masing2 pun cantik.

shanew3stga1z Publish time 21-10-2015 03:23 PM

kaya2 dorg ni kan .. patut la pas 1 drama dorg x blakon lama pon xpe .. kaya kaya .. {:1_273:}

nuryakmal Publish time 21-10-2015 04:24 PM

song ji hyo tak de ke. running man bayar berapa:'(

maeye Publish time 30-10-2015 09:30 AM

ha ji won memang best. tapi drama the time that i loved you tu, memang a waste of her talent. sedih betul

olivegal Publish time 19-2-2018 10:49 AM

5 yg teratas tu memang selayaknya ...my fav Lee Young Ae, Choi Ji woo ( suka lakonan dia ), Song Hye Kyo

beeeee Publish time 23-2-2018 05:31 PM

shi min ah sesuai la romcom hehe lagi2 cite oh my venus
Pages: [1]
View full version: 11 PELAKON WANITA DENGAN BAYARAN TERTINGGI UNTUK K-DRAMA


ADVERTISEMENT