sham159 Publish time 27-8-2015 11:07 AM

Tompokan minyak enjin kereta di bawah kereta

Edited by sham159 at 27-8-2015 11:13 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sham menghadapi masalah dengan minyak enjin kereta.

Sham memandu kereta Vios spec G keluaran 2006/2007.

Terdapat tompokan minyak enjin kereta yang dikesan dibawah kereta Sham..Sham dah google..Ada yg kata head gasket renggang..kena top overhaul dan sebagainya.

Patutlah minggu lepas bila tengah memandu Sham terdengar bunyi krek krek krek kat enjin kereta. Rupa-rupanya minyak enjin dah kering. Nasib baik sempat beli dan isi minyak enjin kereta kat shell..Tapi sekarang ni masih ada tompokan minyak lagi dibawah kereta.

Mohon bantuan rakan - rakan memberikan pandangan tentang punca-punca dan cara - cara untuk mengatasinya.

Terima kasih.

batu_bergolek Publish time 28-8-2015 04:15 PM



Salam, Mula2 kalo boleh tgk kat enjin, kawasan mana yg keluar minyak, selalunya bila minyak hitam bocor.Check dulu seal gasket di keliling enjin dan di oil sump. Kalo confirm seals gasket, tukar jelah gasket yg bocor tu. Benda ni kira wear n tear dan diperbuat dari getah. Jadi bila2 terdedah panas enjin, lama2 seals tu dah tak ngam dengan alloy enjin. Paling senang bawa ke mekanik yg awak percaya utk periksa.

Satu lagi jadikan tabiat. pagi2 sebelum hidup enjin kereta checklah benda basic spt engine oil level, coolant radiator. Kalau ada yg kurang top-up mana yg patut. Pastu bila check coolant tgk jugak ada tak minyak enjin dalam tangki radiator, sbb ni tanda2 head gasket bocor (yg ni kalo dah teruk mungkin kene Top Overhaul)







zulka Publish time 1-9-2015 11:49 AM

pastikan betul2 benda apa yg bocor..
- minyak enjin?
- minyak gear?
- minyak power steering?
- minyak brek?
- coolant?

ada sorang forumer dlm ni wassap aku kata minyak bocor......chek punya chek bukan minyak, air radiator yg bocor..

bangcak Publish time 1-9-2015 09:32 PM

zulka replied at 1-9-2015 11:49 AM
pastikan betul2 benda apa yg bocor..
- minyak enjin?
- minyak gear?


tuan, betul ke 2digit kod utk minyak itam tu bawak maksud

cth;
20-50

20 = takat sejuk enjin bleh start (kalu 5/0) musim salji pon bleh start enjin.
50 = takat panas enjin bleh operasi (kalu rendah dari tu 40/30 kurang lasak)

i salu sumbat bestari i ngan minyak 10-40. kalu petonas rege rm110
tapi tambah rm20 je dpt fully sintetek 0-30 (salu i curah kat accord).
skang i da mula kompius yg mana pilihan yg betul? :dizzy:

tolong bg idea sket. :$

zulka Publish time 2-9-2015 11:24 AM

bangcak replied at 1-9-2015 09:32 PM
tuan, betul ke 2digit kod utk minyak itam tu bawak maksud

cth;


betul..
yg paling sesuai utk keadaan cuaca kat M'sia ni 10-40 hingga 20 - 50..
nak pakai yg mana2pun takde masalah...boleh, cuma pada aku yg paling best ialah 10w - 40, sebab performance masih terasa sket...
kalau pakai 20-50 tu agak berat dah, sebab kelikatan minyak tu membuatkan pergerakan dlm enjin agak lambat sket....
tapi utk jangka masa panjang minyak 20 - 50 memang bagus......


utk lebih faham camnila..

lebih kecik nombor, maknanya lebih nipis(ringan) minyak tu....
lebih besar nombor, lebih likat minyak tu.....

- minyak nipis bagus utk performance, enjin ringan..pickup mencanak, tapi bunyi enjin bising...tek tek tek tek....(a.k.a...bunyi tepet kuat..mesin jahit)
- minyak likat bagus untuk penjagaan enjin...sebab kurang geseran, lebih melindungi, enjin senyap...tapi pickup lembab...lemau....

bangcak Publish time 2-9-2015 07:11 PM

zulka replied at 2-9-2015 11:24 AM
betul..
yg paling sesuai utk keadaan cuaca kat M'sia ni 10-40 hingga 20 - 50..
nak pakai yg mana ...

oleh sbb iklim kat malaysia nih panas.
takkan la minyak fully sintetek tak sesuai??

biasanya 0-30, 5-40 takde yg sampai 50 pon?

kadang2 jenis2 tu dibagi2 ikut cc plak.
sesuai utk kancil, viva dan cc kecik la
sesuai utk mpv dan 4x4 la
(siap ada gambo kat botol)

betul ke kategori tu??
atau cukup sekadar folo kod nombor?

ada pendapat plak kata minyak fully sintetek takbagus
untuk enjin berusia melebihi 10taon.
terlalu halus dan mudah leaking? bleh caya ka??



zulka Publish time 3-9-2015 09:26 AM

Edited by zulka at 3-9-2015 09:34 AM

bangcak replied at 2-9-2015 07:11 PM
oleh sbb iklim kat malaysia nih panas.
takkan la minyak fully sintetek tak sesuai??


takde pulak aku kata fully sintetik tak sesuai.....
memangla lain2, bukan semua enjin sama, takanla minyak enjin kancil ko nak buh kat 4X4..
kereta yg dh berusia 20tahun pun boleh je pakai fully..tapi tengok la minyak tu spec dia macamana...
ada macam2 spec minyak bro....tak semestinya fully tu nipis...ada juga minyak fully sintetik yg spec 20w - 50
kebanyakan racing oil yg fully synt guna spec 20W 50...

http://ecx.images-amazon.com/images/I/413HJKgmHgL.jpg

batu_bergolek Publish time 9-9-2015 09:22 PM

Haha, Pagi semalam, masa tengah panaskan enjin kereta2 , baru perasan salah satu kereta saya pun bocor minyak enjin. Yg menyampahnya kereta yg paling kurang jalan pulak tu :lol::lol: (hanya pakai bila nak drive jauh jer) . Tapi taklah teruk sangat sbb kat komputer keta still kata level minyak ok.

Terus hantar wshop, ada 2-3 tempat bocor. :(

batu_bergolek Publish time 9-9-2015 09:25 PM

zulka replied at 2-9-2015 11:24 AM
betul..
yg paling sesuai utk keadaan cuaca kat M'sia ni 10-40 hingga 20 - 50..
nak pakai yg mana ...

Sayapun sama mcm awak, prefer pakai 10-40w . Mcm sweetspot untuk cuaca kat msia ni.
Pages: [1]
View full version: Tompokan minyak enjin kereta di bawah kereta


ADVERTISEMENT