relau Publish time 23-8-2015 01:12 AM

Adakah Buddhisme Praktikal pada masa sekarang?

Adakah Buddhisme praktikal Pada Masa sekarang?

Jika kita benar-benar dapat memahami sifat sebenar "Buddha dan Dhamma", tidak perlu ditanya lagi sama ada Buddhisme itu suatu agarna yang praktikal.

Perkataan Buddhisme itu dapat diterangkan dengan pelbagai cara.

Adalah benar bahawa di atas nama Buddhisme, terdapat banyak kepercayaan dan praktis yang diamalkan oleh orang ramaidipelbagai tempat, bergantung kepada keadaan geografi dan sosial. Upacara-upacara itu mungkin tidak bermakna kepada setengah-setengah ahli intelektual dan pengkritik Buddhisme kerana upacara Buddhisme banyak berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ini adalah kerana banyak praktis telah diperkenalkan dari semasa ke semasa oleh pengikut-pengikut Buddha untuk menerangkan setengah-setengah aspek yang sukar difahami di dalam ajaran-ajaranNya dan juga supaya orang ramai mengikut corak kelakuan yang tertentu.

Pada dasar yang urnum, ini sememangnya bermakna bahawa tiada keseragaman ketat di dalam praktis am Buddhisme di seluruh dunia. Apa yang dianggap bermakna di dalam suatu konteks kebudayaan (misalannya Cina) kadang-kadang dianggap tidak bermakna di dalam konteks yang satu lagi, misalannya konteks kebudayaan India atau Barat. Banyak daripada praktis-praktis itu mempunyai asal-usulnya di dalam sejarah lampau suatu komuniti dan hanyalah bermakna kepada mereka yang membentuk komuniti tersebut.

Buddhisme, sebagai suatu agama yang paling toleran tidak mendakwa bahawa terdapat satu cara sahaja untuk mempraktikkan Buddhisme malahan ia menggalakkan tradisi-tradisi yang bermakna.

Walau bagaimanapun, Buddha sendiri tidak menggalakkan orang ramai mengikut mana-mana satu praktis tradisional jika praktis itu tidak bermakna. Sebaliknya, jika Buddhisme dalam konteks kita membawa erti "Dhamma" yang mana mengajar insan cara untuk hidup dengan betul dan mulia, Buddhisme adalah praktikal sepanjang masa di mana-mana sahaja.

Oleh itu, sebagai seorang Buddhis, kita tidak kisah akan rupa fizikal luaran, sebaliknya suatu sifat kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah yang mengawal kelakuan kita sebagai individu dan sebagai suatu masyarakat.

taikor Publish time 13-9-2015 01:54 PM

sesetengah ajaran masih praktikal seperti nilai2 murni, compassion, meditasi...

sesetengah yg lain tidak praktikal utk orang muda tetapi sesuai utk orang tua sperti melepaskan segala attachment sperti kerjaya, keluarga...

taikor Publish time 13-9-2015 01:55 PM

ingin ditegaskan, vegetarianism amat sesuai utk semua lapisan masyarakat dari kanak2 hingga ke warga emas

Sephiroth Publish time 17-9-2015 09:25 AM

Edited by Sephiroth at 17-9-2015 09:27 AM

taikor replied at 13-9-2015 01:54 PM
sesetengah ajaran masih praktikal seperti nilai2 murni, compassion, meditasi...

sesetengah yg lai ...
Nilai2 murni adalah utk semua golongan manusia tanpa mengira agama.
Mengharapkan sesebuah agama mengajar nilai2 seperti ini adalah spt ibu bapa menghiraukan tanggungjawab mereka dan mengharapkan para guru mengajar anak2 mereka nilai2 tersebut. Mungkin sebab itulah masyarakat kini macam sampah. Anak2 dan golongan remaja kini tak tahu pangkal hujung pasal nilai murni. Kerana ibu bapa mereka pun 2X5 juga. Si bapa macam penyangak dan kaki pukul dan si ibu pula macam pelacur dekat Chow Kit. Dua2 bersama menghasilkan zuriat yg tak ubah macam sampah masyarakat. {:1_541:}

Antara golongan muda dan golongan tua, siapa antara mereka ini yg mudah meleraikan ikatan kekeluargaan? Saya rasa golongan muda kerana mereka kurang attachment pada usia yg muda. Sebab itu banyak negara2 yg mengamalkan agama Buddha spt Nepal dan Tibet menghantar anak2 mereka menjadi sami pada umur yg muda.

Sephiroth Publish time 17-9-2015 09:41 AM

taikor replied at 13-9-2015 01:55 PM
ingin ditegaskan, vegetarianism amat sesuai utk semua lapisan masyarakat dari kanak2 hingga ke warga ...

Jangan lupa ianya bersesuaian dgn duniawi juga.

Tanpa pertanian berasaskan perternakan, manusia mampu menghasilkan tumbuh2an yg secukupnya utk mengatasi masalah kebuluran. Contohnya hanya 11% tanah pertanian di seluruh dunia digunakan utk pertanian manakala yg bakinya adalah sbg tanah utk menghasilkan makanan utk haiwan ternakan.
Di Amerika Syarikat pula, 60% bijian (jagung) digunakan sbg makanan ternakan (babi, ayam, itik dan sebagainya) dan beratus2 tan makanan dibuang setiap tahun kerana perbezaan harga (yg terlalu rendah).

Oleh itu, peralihan tabiat pemakanan manusia dari makan benda2 bernyawa kpd memakan benda2 yg berasaskan tumbuhan akan menjadi "next leap" dalam Evolusi manusia. Jangan lupa bahawa tamadun manusia bermula dgn pertanian lebih 12,000 tahun yg lalu dan sekiranya manusia tidak mengambil langkah seterusnya utk menjadi vegetarian, kemungkinan besar tamadun manusia akan lesap tak lama lagi kerana kekurangan makanan.
Pages: [1]
View full version: Adakah Buddhisme Praktikal pada masa sekarang?


ADVERTISEMENT