Nicki_Meow Publish time 4-9-2015 09:18 AM

kambeng_masam replied at 3-9-2015 10:12 PM
part yg ko tulis ni bagaikan Nike nak cakap "Oii, Azam, Qaseh....get a room la!"

Hahahahhaahaha.... tergelak aku pepagi :lol:





Ezzie Publish time 4-9-2015 04:25 PM

Memang kaki komik semua ni....langsung tak leh nak sambung dh.....:lol::lol::lol:

cmf_conan Publish time 4-9-2015 05:26 PM

Tiba-tiba suasana sunyi sepi. Xain menjeling ke arah lengannya.

'Alamak! Lagu dah abis!'. Walkmannya itu tiada auto-reverse. Kena keluarkan kaset dan pusing dan tekan 'play' lagi. Kala ini kedua-duanya sedang tercungap-cungap menyedut oksigen yang sudah kekurangan dalam tubuh masing-masing.

Lampu di dada General tiba-tiba berkelip-kelip. Umpama ultraman minta nyawa. Dia tidak boleh berlama-lama di situ. Matanya meliar ke setiap penjuru mencari ruang untuk melarikan diri. Lari dari Xain, lari dari Ratu Neng. Kalau Ratu Neng tahu dia gagal lagi, habis lah.

Sedang kedua-duanya berkira-kira untuk melakukan tindakan seterusnya, asap berkepul-kepul datang mengaburi pemandangan mereka. Satu lembaga muncul dari kepulan asap itu. Mata General membulat ketakutan. Xain mengambil kesempatan itu untuk menukar kasetnya dan matanya kembali ditumpukan kepada makhluk yang sedang muncul dari kepulan asap itu. Teleng-teleng kepalanya cuba mentafsir makhluk apakah yang separuh wanita separuh errr... kucing itu.

akudansesuatu Publish time 5-9-2015 12:49 AM

XAIN terpegun melihat makhluk separa kucing berdiri dihadapannya yang muncul dari kepulan asap yang dia sendiri tak tahu dari mana. Xain tak menyangka yang 'dia' akan muncul dalam keadaan yang kelam kabut ini. Dia cukup kenal dengan pemilik wajah itu. Wajah yang pernah menjadi gilaan dia satu ketika dulu. Ya, itu adala Puteri Ipo!

Satu perasaan nostalgia terbit dari hatinya melihat mata bundar Puteri Ipo. Pandangannya tidak berkelip, pergerakannya terhenti dan hatinya berdegup kencang bagaikan kenderaan perisai yang mahu ke medan perang. Puteri Ipo melarikan anak matanya dari ditenung manja Xain. Sungguh, dia kalah dengan mata berwarna biru itu. Sejak dari mereka bercinta hingga putus, dia sentiasa kalah jika Xain merenungnya. Cair bak coklat panas!

Tapi itu cerita dulu. Kali ini dia datang untuk menghalang Xain dari terus menerus bertempur dengan General. Dia takut Xain aku mati dan pergi tak kembali. Xain memahami maksud tersirat pandangan mata Puteri Ipo. Dia enggan berganjak. Dengan tenang dia menyimpan kembali kaset yang merekod lagu 'Semerah Padi' dari M.Nasir dan dikeluarkan kaset lain dari kalung poket lengannya. Dia memasang kaset baru itu. Serta merta tenaganya meningkat sekali ganda bila lagu dari walkman itu berkumandang kuat.

otoko nandaro! guzuguzu suru na yo
mune no enjin ni hi wo tsukero
ore wa koko daze hito ashi osaki
hikari no hayasa de ashita e dasshu sa

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

warui yatsura wa tenshi no kao shite
kokoro de tsume wo toideru mono sa
ore mo omae mo namonai hana wo
fumitsukerarenai otoko ni naru no sa

wakasa wakasatte nanda akiramenai koto sa
aitte nanda kuyamanai koto sa
gaban! abayo kinou
gaban! yoroshiku mirai
uchuu keiji gaban!

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

Puteri Ipo mendengus halus. Inikah penamat cinta agungnya? Masihkah Xain berdendam dengan aku? Puteri Ipo cuba berlagak kuat di hadapan Xain. Hatinya mengeluh berat. Dia tahu, Xain masih terasa hati dengannya.

Bersambung...


kambeng_masam Publish time 5-9-2015 08:05 AM

akudansesuatu replied at 4-9-2015 07:49 PM
XAIN terpegun melihat makhluk separa kucing berdiri dihadapannya yang muncul dari kepulan asap yang...

kahkahkah cam horom...masuk pulak citer gaban. General punya tunggulah kat tepi tu nak blah ke nak lawan. ;P

cmf_conan Publish time 5-9-2015 09:12 AM

Jahanam :lol: aku bygkan ratu neng yg muncul.. kan die dah separuh berbulu la ni? :lol:

@Ipo alang2 nama ko kuar..apa kata ko sambung :lol:

Ipo Publish time 5-9-2015 01:15 PM

akudansesuatu replied at 4-9-2015 11:49 PM
XAIN terpegun melihat makhluk separa kucing berdiri dihadapannya yang muncul dari kepulan asap yang...

omak aih! terkezut!!
aiguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....{:stoneo
mana pulak datang Puteri Ipo ni?:lol:

Apa sedara mara Puteri Hang Lipo ka??;P

Nicki_Meow Publish time 5-9-2015 11:04 PM

Puteri Ipo kekal memandang pada Xain. Sayu. Kenangan waktu silam kini menari-nari di kotak fikiran. Kenangan itu juga yang membuatkan hati yang tersayat, semakin pilu. Xain. Mengertilah sayang. Aku bukan sengaja menyembunyikan perkara itu dari kau. Hati merintih sendiri.

Pandangan ditala pada Xain dan juga General, orang kanan Ratu Neng. Pengkhianat dari Galaksi Miow Miow itu tampak keletihan. Puteri Ipo merapatkan dua tapak tangan lalu digosog-gosok. Setelah 10 saat berbuat begitu, tapak tangannya di tekap pada pipi. Berkumandanglah suara merdunya berlagu, mendayu.

Mou hitori de arukenai
Toki no kaze ga tsuyosugite
Ah... Kizu tsuku koto nante
Nareta hazu dakedo ima wa
Ah... Kono mama dakishimete
Nureta mama no kokoro wo
Kawari tsuzukeru kono toki ni
Kawaranai ai ga aru nara
Will you hold my heart
Namida... Uketomete
Mou... Kowaresou na all my heart
Forever love, forever dream
Afureru omoi dake ga
Hageshiku setsunaku jikan wo umetsukusu

Suara merdu Puteri Ipo membuatkan fokus Xain terganggu. Cahaya warna emas yang mengelilingi tubuhnya kelihatan memudar.

“Ipo!” Xain menjerit lantang. “Apa yang kau cuba lakukan?!”

“Aku cuma lakukan apa yang perlu.” Tutur Puteri Ipo.

“Jangan Ipo. Aku tidak mahu bertarung denganmu.”

Puteri Ipo tersenyum hambar. Xain belum dapat membaca niatnya yang sebenar. Xain menyangka, dia akan membantu General.

“Ipo...” Suara Xain berubah nada. Namun, dia kekal bersiaga dan berwaspada andai di serang.

Puteri Ipo menarik nafas panjang. Dia tahu, apa yang dia lakukan ini bakal mengundang celaka. Nendanya, Ratu Neng pasti akan murka. Tapi, saat ini dia sudah tidak peduli. Nyawa Xain lebih penting. Xain tidak tahu, orang-orang Ratu Neng sedang bersiap-sedia untuk memasuki dimensi ini untuk membunuhnya.

Puteri Ipo mendepang tangan. Serentak dengan itu, cahaya berwarna hijau Jade mengelilingi tubuhnya.

Biarlah dia dituduh mengkhianati Ratu Neng. Namun, dia tidak akan mengkhianati cintanya pada Xain buat kali kedua.

Nicki_Meow Publish time 5-9-2015 11:04 PM

Adeh... tak tau apa sudah jadi dgn ini cerita....

{:1_563:}

akudansesuatu Publish time 5-9-2015 11:20 PM

tahun bila punya lagu da...

tapi takpe... cite ni tengah on track ni...
hehehehehhe

cmf_conan Publish time 6-9-2015 12:01 AM

Edited by cmf_conan at 6-9-2015 12:14 AM

"PUTERI IPO!! KAU KHIANATI AKU!!" bergema suara Ratu Neng yang tiba-tiba muncul di arena itu. Terhenti segala gerakan Puteri Ipo."Dan kau General, Panglima lembek ini pon tak mampu kau tewaskan? Harrkktuihhhhh!"

Tangan kanannya dilibas ke arah Xain. Habis terpelanting walkman dilengannya entah ke mana. Mata ratu Neng mencerlung ke arah Puteri Ipo. Puteri Ipo sudah tidak peduli lagi. Xain harus dilindungi. Dia memberanikan diri menentang renungan tajam Ratu Neng.

Sementara itu, Nike yang sedang memerhati dari jauh sudah bagai kucing kepanasan. Sudah dihantar dua sejoli tadi ke dunia nyata, timbul pula dua sejoli yang lain.

'Haih korang ni. Tak boleh ke bercinta time lain? Pandai-pandai ko la Xain. Banyak-banyak awek, cucu Ratu Neng jugak kau berkenan. Aku kena pergi dan pastikan duua sejoli tadi benar-benar selamat. Jangan aku hantar salah rumah sudehhh!' omel NIke sendirian. Sempat juga dia menghantar libasan kucing sengal kepada General sebelum dia menghilangkan diri dari situ.

kambeng_masam Publish time 6-9-2015 02:30 AM

cmf_conan replied at 5-9-2015 07:01 PM
"PUTERI IPO!! KAU KHIANATI AKU!!" bergema suara Ratu Neng yang tiba-tiba muncul di arena itu. Terhen ...

hakahakaka...ini mmg lawak hokey! dah antar dua sejoli pergi...datang pulak lagi sejoli yang lain ye? penat dah kerja nike duk tgk org bercinta je. Abes Nike nak berjoli dengan sapa pulak pasni? Tronnnnnnnnnnnn..:lol:

kambeng_masam Publish time 6-9-2015 05:27 AM

Edited by kambeng_masam at 6-9-2015 01:06 AM

            KETIKA itu di sekeliling tubuh Ratu Neng jelas kelihatan aura merah gelap dan ruapan aura itu diekori oleh asap kemerahan. Jelas dia amat marah dengan situasi terkini berita sensasi itu. Wajahnya yang putih bersih serta pucat sebelum ini sama seperti Puteri Ipo, kini seolah tercemar dengan garisan-garisan belang tarung berupa logo kitty cat berwarna merah darah di dahinya. Itulah belang tarung miliknya. Dahulu belang tarungnya itu berwarna merah jambu serupa dengan belang tarung milik Puteri Ipo; digelar belang tarung Kitty Cat Kawaii. Namun suatu ketika dahulu disebabkan perasaan dendam dan irihati membuatkan darah bangsawannya kini tercemar dan belang tarungnya menjadi Kitty Cat Gothic Lolita. Comel tapi nakal gila.

"Gramma! Berhenti! Please!!" rayuan Puteri Ipo seperti mencurah air sirap ke daun keladi keladu kelada. Tidak mengendahkan Puteri Ipo, Ratu Neng sekali lagi hendak melibas dengan cakarnya terhadap Xain. Xain masih mamai dan hilang fokus akibat serangan pertama tadi. Dia tidak menyedari akan gerakan susulan Ratu Neng dan kealpaannya itu dihukum oleh libasan cakar jurus kitty-cat-gothic-lolita membuatkannya terpelanting kesamping sejauh empat ela kain abaya saudi crepe.

General yang hanya memerhati turut menjadi kecut perut. Sudah lama dia tidak melihat Ratu Neng berlaku garang dan mengeluarkan hampir separuh kuasa gothicnya hanya untuk menghukum Xain, Miaowman tahap rendah sebegitu. Baginya agak keterlaluan. Jelas baginya Xain bukanlah lawan kepada Ratu Neng, namun mengapalah pula Ratu Neng bersikap sedemikian?

"Xain!" Puteri Ipo berteriak seraya mendapatkan Xain yang tercedera dadanya. Sebutir air jernih terbit dari matanya yang berkaca. Bukan dimasuki habuk atau terkena aura kupasan bawang, tetapi secara otomatis linangan air mata itu keluar lantaran tidak sanggup dia melihat orang yang pernah dicintainya dahulu diperlakukan sebegitu rupa.

"Hmfhh! Cinta." Ratu Neng hanya mencebik dan tersenyum mengejek melihatkan keadaan itu. Matanya meluat melihat Puteri Ipo yang mengambil berat terhadap Xain.

"Ipo! Ingat, cinta itu akan melemahkanmu dan memusnahkan kamu dari dalam! Kesengsaraan akibat cinta itu jauh lebih hebat dari sebarang pukulan maut ketika pertarungan!" sambung Ratu Neng lagi, "Suatu hari nanti lelaki yang kamu peluk, kamu cium itu akan menikam kamu dari belakang dan memotong ekormu!" imbasan demi imbasan imej di dalam matanya menayangkan kembali sejarah silam yang membuatkan dia berkata begitu kepada cucu angkatnya.

"Tidak! Dia cintakan Ipo! Jikalau suatu hari nanti Ipo akan jadi sengsara kerananya, biarlah! Biar pun belakang Ipo ditikam dan ekor dipotong sekalipun! Tapi Ipo tak sanggup lihat dia begini!" kali ini air jernih mencurahi pipi Puteri Ipo. Dari semenjak kecil lagi nenek angkatnya itu berpesan agar tidak mendekati lelaki jika mahu mendalami kuasa dalaman KittyCat. Sudah ditinggalkan Xain dahulu kerana mengikut kemahuan Ratu Neng menuntut ilmu kebatinan KittyCat di Gua Sphynx agar bisa menjadi ganti ratu pemerintahan.

"General! Tarik Ipo ketepi!" serta merta General yang menjadi saksi drama telenovela itu bergerak mengikut arahan Ratu Neng. Ditariknya Puteri Ipo yang sedang memangku Xain yang sudah tidak berdaya dan lemah itu. Puteri Ipo cuba meronta namun General lebih tangkas mengenakan lilitan tali ke sekeliling badan bakal ratunya membuatkan pergerakan perempuan muda itu terberkas dan terheret kesamping. Puteri Ipo masih terjerit-jerit kepada Xain supaya bangkit dan melawan namun pemuda itu jelas tidak terdaya untuk bangkit terkesan akibat libasan Ratu Neng tadi.

"Sekarang, ingatlah wahai sayangku! Cinta itu dusta! Lelaki tidak akan pernah membahagiakan kamu! Kerana mereka hanya ingin mengambil kesempatan ke atasmu dan mencampak kamu bila sudah tidak berguna!" Ratu Neng yang tadinya tersenyum mengejek kini wajahnya menjadi bengis tatkala aura merah gelap menjadi semakin kuat terpancar dan asap kemerahan semakin memabukkan suasana. Ratu Neng menjulang tangan kanannya ke langit. Tapak tangannya menadah ke atas dan sekonyong-konyong muncul pula bebola cahaya putih kemerahan di atas tapak tangannya itu.

Xain yang masih lemah cuba bangkit dari baringnya. Dia menyedari Ratu Neng sedang meningkatkan chi untuk membuat serangan tahap maksima. Dari melutut kini dia sudah berupaya bangun dan mula memasang kekuda kepang. Xain tahu dia tidak akan mampu lari dari serangan terulung itu. Dia harus berbuat sesuatu untuk menangkis serangan Ratu Neng secara bersemuka. Kedua-dua tapak tangannya di semukakan seperti sedang memegang bola ragbi dan dibawakan ke sisi kanan pinggangnya. Kekuda dikemaskan, tapak kakinya terpasak kukuh ke mukabumi. Di dalam antara kedua-dua tapak tangannya itu kini muncul bebola api yang bercahaya terang. Urat-urat dimukanya mulai kelihatan tatkala belang tarungnya berbentuk logo BOBCAT muncul di dahi.

Pandangan General dan Puteri Ipo tenggelam di dalam atmosfera yang mabuk dengan aura-aura BOBCAT dan KITTYCAT. Ratu Neng mencampakkan bebola cahaya yang ditadahnya ke arah Xain. Dalam masa yang sama Puteri Ipo terlepas dari kekangan General yang sedang terpegun melihat Xain yang mampu bangkit. Tidak tersangka dia melihat Xain yang kelihatan seperti Miaowman tahap rendah bisa bangkit melawan kembali Ratu Neng.

Xain tidak teragak dengan segera membalas, "METSU! HADOKENNNNNNNNNN!!!" Segera diluahkan bebola api dari tangannya dengan tapak tangan terbuka bagaikan bebola api itu termuntah keluar dari mulut naga layaknya. Maka kelihatanlah dua bebola cahaya yang beraura kuat sedang bergerak laju masing-masing menuju ke tubuh Xain dan Ratu Neng yang berjuang bermatian di atas tugas dan prinsip mereka.

Sekilas imej Puteri Ipo terpancar jelas di mata Ratu Neng dan Xain tatkala kedua-dua bola cahaya tadi bertemu. Puteri Ipo berada di tengah-tengah haluan bebola api tadi!




sila sambung......seyes pulak la aku menaip....bila mai idea tu...macam orang kena cirit birit je kluar.:laugh3:


cmf_conan Publish time 6-9-2015 11:53 AM

Sat lagi kuar xmen plak :lol:

akudansesuatu Publish time 6-9-2015 10:21 PM

PUTERI IPO memejamkan matanya rapat. Dia pasrah andainya dia mati di tangan Xain dan nendanya. Pipinya basah dek air mata yang melimpah. Mata Xain terbungkang melihat Puteri Ipo di tengah-tengah bola api dia dan Ratu Neng. Sudah terlambat! Dia mahupun Ratu Neng takkan dapat menarik balik atau melencongkan serangan mereka. Pasti Puteri Ipo mangsa dalam pertarungan ini. Xain hanya mampu melihat bebola apinya semakin menghampiri Puteri Ipo. Entah mengapa, hatinya sedih.

ZZuuuss!!! Letupan kedengaran kuat membelah angkasa. Pertembungan 2 bola api itu menyebabkan gegarannya mencapai sehingga 18 skali ritcher. Jika di bumi, pasti akan terjadi tsunami. Xain melihat kehadapan. Dia tercungap-cungap lalu berlutut di tangah. Walaupun dia masih marahkan Puteri Ipo, tapi dalam hatinya masih punya taman untuk puteri itu. Ratu neng di hujung sana terpaku tak bergerak.

Ratu Neng membetulkan pandangannya yang entah keberapa kali. Dia mengesat matanya melihat lembaga yang berada di tengah-tengah letupan bola api raksaksa itu. Adakah mata ini sudah hilang panca inderanya? Dia mengetap bibir geram. Itu Pahlawan Warrior!

Pahawan Warrior berdiri gagah mengendong Puteri Ipo. Dia bagaikan tidak terkesan langsung dengan letupan 2 bola api yang mampu meragut nyawa sekalian manusia. Dia bukan sahaja tidak cedera malah mampu melindungi Puteri Ipo yang sudah hampir pengsan. Tiba-tiba Pahlawan Warrior hilang! Dia muncul di hadapan Xain sepantas kilat. Puteri Ipo diletakkan di pangkuan Xain.

"Get a room Xain." Pahlawan Warrior tersenyum kelat. Nampaknya dia perlu bertarung hari ini. Sekelip mata sahaja dia menghilang kembali dan tanpa disangka, dia sudah terpacak di hadapan Ratu Neng!

Mata mereka bertaut. Ada perasaan sayu antara kedua-duanya. Segera Ratu Neng mengalihkan matanya. Dia tak menyangka yang dia akan menemui Pahlawan Warrior di sini. Tangan kasar Pahlawan Warrior memegang dagu Ratu Neng, dia menarik dagu itu lembut dan merenung matanya. Sekali lagi mata mereka bertemu menjelmakan kenangan yang sukar dilupakan.

Kenangan manis kau dan aku... takkan terhapus...
duri ranjau dalam bercinta... lumrah dunia...

Bersambung...

Nicki_Meow Publish time 6-9-2015 10:41 PM

Aduhai...

Sungguh perasaan aku bercampur-baur saat ini. Tak tahu sama ada...

Nak rasa sweet ke {:loveo
Nak nangis ke .... :'(
Nak ketawa berguling {:1_563:}

Yang penting.... Get A Room katanyeeehh! :lol:

Nicki_Meow Publish time 6-9-2015 10:44 PM

Yang si General lak, macam terkulat-kulat tak tau nak buat apa.... :lol:

cmf_conan Publish time 6-9-2015 11:10 PM

akudansesuatu replied at 6-9-2015 10:21 PM
PUTERI IPO memejamkan matanya rapat. Dia pasrah andainya dia mati di tangan Xain dan nendanya. Pipin ...

mata terbungkang?? macam mana mata terbungkang tu?? {:3_80:}

cmf_conan Publish time 6-9-2015 11:15 PM

Nicki_Meow replied at 6-9-2015 10:44 PM
Yang si General lak, macam terkulat-kulat tak tau nak buat apa....

general tu eksen je lebey :lol:


cmf_conan Publish time 7-9-2015 12:47 PM

Edited by cmf_conan at 7-9-2015 12:48 PM

"HA!HA!HA!HA!HAA!" berguling-guling Budin ketawa di atas sofa itu. Macam orang tak betul dah gayanya.

"Kau ni betul ke tak ni Zam? Kucing jadi puteri jelita lah. Puteri kucing jadian lah. Tup-tup ada power rangers pulak hah. Pastu masuk alam ntah mana-mana. Abooogann sana Abooogaaann sini. Pastu masuk citer hindustan dalam hutan pulak. Pastu masuk filem hero tamil selamatkan heroin. Ujung-ujung masuk citer Ali Setan versi Puteri Gunung Ledang pulak!" sampai keluar air mata Budin mentertawakan Azam.

Azam sudah mencerut di depan laptop kesayangannya itu. TokKi yang sedang lena di atas ribanya dibelai-belai manja. Ekor TokKi diselak. OK. Confirm jantan. Mana la tahu tiba-tiba bertukar jantina macam dalam cerita yang sedang digarapnya itu. Deadline lagi 3 hari. Idea malatop tak kunjung tiba. Yang mendatang idea merapu. Itu lah jadinya. Mana lah tahu dari idea merapu itu boleh timbul idea malatop pulak. Who knows kan? Eh Speaking pulok.

"Zam, aku tahu la kau kecewa sebab anak Cik Embun tu nak bertunang. Tapi takkan sampai mengarut macam ni idea kau ni? Kalau Cik-Puan-Mata-Bulat tu terima cerita ni takper jugak. Kalau tak?? Aku jugak yang kena perah keringat tolong kau cari idea tahu?" Budin masih tak henti-henti membebel.

"Masalahnye cik abang sayang, aku memang kontang idea lah. Takdek kaitan pon ngan anak dara Cik Embun tu hah!" pintas Azam.

"BUweeekkkkk! Geli lah sayang sayang nih. Aku straight okeyy! Eh ko dengar citer tak?" Budin dah mula nak bergosip la tu.

"Ko tak citer aku tak dengar lah" kata Azam, mata masih lagi terpaku ke laptop.

"Nak cerita la ni. Hiskk. Aku dengar kan dorang kata anak Cik Embun tu, pujaan hati ko tu, asal nak bertunang je, mesti ada benda pelik-pelik jadi kat bakal tunang dia tu. Dah beberapa kali cubaan untuk bertunang dengan si Malik tu gagal" beriya-iya Budin bercerita.

"Apa maksud kau cubaan untuk bertunang gagal?" Azam tiba-tiba berminat dengan cerita Qaseh gagal bertunang itu.

"Pertama kali nak bertunang, cincin tunang hilang. Padahal elok saja ada dalam bekas cincin masa dibawa ke rumah Qaseh. Cincin tu macam ghaib tiba-tiba. Kali kedua, cincin tak muat jari. Padahal dah berkali-kali dicuba cincin itu sebelum ni. Kali ni, bila nampak cincin tunang tu je, Qaseh dah histeria. Macam nampak hantu je gayanya. Jenuh la panggil tok imam tolong tengokkan." sambung Budin.

"Apa kata tok imam?" Azam semakin berminat dengan cerita tunang tak boleh tunang ini.

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13
View full version: (GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU


ADVERTISEMENT