ambok Publish time 18-8-2015 09:51 PM

Panda Di Zoo Negara Melahirkan Anak

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/08/18/17/53/liang%20liang.ashx?w=620&h=413&crop=1&/Gambar Liang Liang yang diambil pada Julai lalu.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kita akhirnya mempunyai anak panda!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi berita baik bahawa Liang Liang telah melahirkan anak melalui akaun Facebook dan Twitternya pada Selasa .



Najib mengumumkan: Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pekerjadan pakar veterinar di GPCC mengesan gerak-geri Liang Liang yang luar biasa sejak dua minggu lepas.



"Liang Liang mula menunjukkan tanda-tanda luar biasa seperti tiada selera makan, kurang aktif dan mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan.

"Sejak dari itu, pakar-pakar veterinar Zoo Negara membuat ujian darah dan menimbang berat badannya...mereka menjangka 80 peratus kemungkinan yang Liang Liang bunting," katanya.

Rosly berkata petugas-petugas di GPCC mengesan keadaan Liang Liang yang menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin selepas ia dikeluarkan dari kandang ke tempat pameran pada 10 pagi tadi.


"Berdasarkan pemerhatian pakar-pakar veterinar, Liang Liang kelihatan gelisah di tempat pameran sehingga kira-kira 1 tengah hari tadi. Ia mula menyorok di satu sudut terlindung sebelum melahirkan anaknya.

"Mereka dapat mengesan kelahiran seekor anak panda berdasarkan satu kaki kecil yang dapat dilihat selepas Liang Liang melahirkan anaknya," kata Rosly.

Menurut Rosly pihaknya setakat ini belum dapat memastikan jantina anak panda itu kerana Liang Liang menyorokkannya di satu sudut terlindung di kawasan pameran GPCC.

"Liang Liang juga dilihat agak agresif dan tidak mahu didekati selepas melahirkan anak," katanya.





Rosly menjelaskan Liang Liang dikuarantin buat sementara waktu untuk tempoh pantang dan menyusukan anaknya sehingga pakar veterinar mengesahkan ia sudah bersedia untuk dikunjungi di GPCC.

Berikutan itu, para pengunjung hanya dapat melihat panda gergasi jantan, Xing Xing sahaja di pusat panda itu, katanya.


Berdasarkan perjanjian sebelum ini, beliau menjelaskan anak panda itu hanya boleh berada di negara ini selama dua tahun sebelum perlu dihantar pulang ke China, tempat asal pasangan Xing Xing dan Liang Liang.


"Ia menjadi milik China selepas itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Zoologi dan Veterinar GPCC Dr Mat Naim Ramli berkata tempoh bunting panda betina hanya mengambil masa tiga bulan selepas berlaku persenyawaan.

Beliau berkata Xing Xing dan Liang Liang sebelum ini pernah menjalani proses pengawanan selama 10 hari dari 28 April hingga 7 Mei lepas.


"Pada peringkat permulaan, kedua-dua panda itu dilihat menerima satu sama lain selama 20 minit, namun selepas itu kami membuat andaian proses pengawanan itu tidak berjaya kerana Xing Xing dilihat tidak mahu menerima Liang Liang.



"Namun, selepas pemeriksaan kesihatan ke atas Liang Liang dilakukan sejak dua minggu lepas, kami mendapati ada 80 peratus kemungkinan panda betina itu bunting," katanya.

Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Kedua-duanya akan berada di negara ini selama 10 tahun.


Pada 25 Jun tahun lepas, Najib mengumumkan nama baharu pasangan panda berkenaan iaitu Xing Xing (kemakmuran) bagi panda gergasi jantan dan Liang Liang (cantik) bagi panda gergasi betina sempena pelancaran GPCC.

anniez08 Publish time 18-8-2015 10:23 PM

lahir je kat Malaysia.. lepas tu da di pulangkan balik ke China baby panda tu..

Farini Publish time 18-8-2015 10:33 PM

tiga bulan je panda bunting rupanya.

Ipo Publish time 18-8-2015 10:33 PM

wah...ni binatang kepupusan spesies ni..
kena jaga betul2..

Ipo Publish time 19-8-2015 06:31 PM

Anak Panda




anniez08 Publish time 19-8-2015 08:42 PM

Ipo replied at 19-8-2015 06:31 PM
Anak Panda

comey nya.. kecil je..:loveliness:

olafhul Publish time 10-9-2015 10:40 PM

apa nma anak panda ni? hri tu mcm kecoh psl nk bg nma.

bobok Publish time 27-9-2015 10:32 PM

apalah yang korang nak celebrate. kita kena bayar USD600,000 utk setiap anak panda.

tu belum masuk maintenance yg sah2 diorg mark up kaw2 utk bagi2 sama diaorg.

bayangkan apa boleh buat dengan duit sebanyak tu.

melampau betul bodohnya kita ni.

mogwaii Publish time 2-10-2015 12:24 PM

nama utk anak panda pun kena dpt kebenaran dari kerajaan China

Farini Publish time 21-11-2015 09:50 AM

anak panda. Jingjing
1077583795615773

SuteraPurple Publish time 23-11-2015 12:26 PM

Farini replied at 21-11-2015 09:50 AM
anak panda. Jingjing

comey nya jingjing {:3_98:}
Pages: [1]
View full version: Panda Di Zoo Negara Melahirkan Anak


ADVERTISEMENT