Edisi Kejam:Ciknik tabur pasir dalam periuk nasi Miranda Kerr
Edited by buapakperut at 19-8-2015 08:45 AMArakian kini supermodel kontrak juta jutaan USD seperti Miranda Kerr, KateMoss, Adrianna Lima menggigil bulu keting dek penangan seorang pemuda nusantara yang kelihatannya memiliki DNA perfek ten selain jurus2 selpie yang jarang2 dilihat
sila baca ayat2 pendinding sebelum melihat gambar beliau dikhuatiri empangan pecah dek takungan rembes merembes2
bersiaran di desa pprt:cikki jgn tergugat dengan cup perfek ten meskipun beliyau ini ciknik.. Ayuh bersiar bersama, mini skirt dari perca kain batik medan menyerlah kan peha gebu dan betis bunting padi beliau dengan indah sekali
Ya Rabbul, bukti keindahan alam didepan mata, busana warna fuchsia menenggelamkan latar belakang tangki air pprt
Berkorban untuk kecantikan: busana diperbuat dari makanan panda menyebabkan efek2 nyeri pada kemaluan tetapi beliau menggayakan dengan penuh kevoguean
Cemerlang Gemilang Terbilang: ketiak menyerlah keemasan ibarat awan mega.. selayaknya ratu yang disembah, persetankan bumbung rumah yang diperbuat dari komposit, ambil beliyau ini perbuatkan jadi kubah nescaya rumah berseri2 dan dicintai gagak
Harum semerbak: tak disangkal lagi kehadiran beliau yang menyeri umpama bidadari sehingga neraka berubah menjadi taman botani
EKsotik: padanan rumput2 organik ranum dengan tali rafia dengan potongan princess menyerlahkan pinggang ramping dan betis gebu si peragawan muda..
Berani: Editor majalah vogue menyifatkan photoshoot ini "mengundang kiamat", keghairahan si peragawan terserlah dengan fabrik langsir lelong hotel bajet di wisma yong peng dengan lagak ngeri diatas pohon ara tak ubah seperti kera sumbang
Bangga: bersarung mangga, ... desas desus mengatakan fabrik dipakai beliau merupakan karpet merah yang dikenakan sentuhan kain pelikat lengkap dengan bau peluh kaki .. dengan tali pinggan chrome sebagai pelengkap gaya
FATA MORGANA :jika netizen ciknik fikir ini adalah nona manis! awas tahankan gelodak nafsu didada, ini hanyalah seorang lelaki yang layak mendapat 5 bintang dalam teknik mix and match. kuda2 dan jurus tangan seolah2 dirasuk semangat mak yong melengkapkan photoshoot
MACAM KENAL :tampar pipi anda jika menyangka ini wallpaper samsung galaxy... kesempurnaan sang perawan tidak terhenti hanya dengan menggayakan rumput2 makanan ternakan dan kain berbau hanyir, beliau juga bijak menggayakan props seperti belon berwarna2 pastel, menyebabkan lady gaga terduduk pilu
:lol::'(:lol::'(:lol: hahahahahahahahahahaha {:1_555:} :$ tgugat smue para wanita hahhahhahaha :lol::lol:
mcm cilake jer..lawak explaination gmbr tu {:cryruno{:cryruno{:cryruno Wallpaper samsunggalaxy...
Hahaha;P;P;P hahaha siot jer {:1_563:}
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201508/18/081451b99td8pdrddgdgrt.jpg.thumb.jpg
Wahh...pakai zing pun jadik..Siall...:lol::lol:
org mana nih
apapun beliau sgt gigih chuols punya description untuk setiap gambar tuh memang world class....{:thumbo{:laugho gambar dah kelakar, ulasan tt lagi kelakar {:1_563:}{:1_563:} ini lah makhluk tuhan paling sekssi sila baca ayat2 pendinding sebelum melihat gambar beliau dikhuatiri empangan pecah dek takungan rembes merembes2
{:1_563:} korg patut tgok dia [nye video... lg lawak nak termuntah lah plak......... tungkai replied at 18-8-2015 05:12 PM
Wahh...pakai zing pun jadik..Siall...
dipadankan dengan top peplum " see toro" dengan warna senada aorela beliau :shutup:
Yoongie replied at 19-8-2015 02:29 AM
ini lah makhluk tuhan paling sekssi
hoho yg bener.. sepatutnya ayat ekau jadi tajuk bonang huhuhu
Suchi replied at 19-8-2015 12:53 AM
org mana nih
apapun beliau sgt gigih
rasanya orang siam den jupo kat fb.. tulisan siam yang gambar no. 2 tu buzz follow ig dia.... @maenbaanmeenuad
dia mmg fesyen ikon kt thailand... mmg meletopppp abessss...