khairulazuan Publish time 18-8-2015 03:23 PM

kasihnya manusia


Kasihnya manusia
tidak lama jua tidak kekal
Malah berubah ubah rasa
sering bermusim tak menentu
cinta yang diberi benci yang dibalas
kasih yang disuap marah dihembuskan
kesetian ditonjol-tonjolkan keraguan menyapa mari
keikhlasan pula disapu pergi

kasihnya manusia
tiadayang pasti
jalan jalan derita atau taman taman bahagia
berakhir bersama atau putus dipertengahan
hakikatnya manusia sering alpha
bila mengingat membuka cerita
awanan rindu berkampung didada
terbungkus derita menyesal tak sudah sudah
mata menangis hati hancur bersepah sepah
sampai mati tersimpan luka



khairulazuan Publish time 3-9-2015 06:15 PM

kasihnya manusia

awanjingga Publish time 3-9-2015 10:49 PM

Aku kira kamu sudah melupa
Setelah setahun berlalu..berlaku segala
Pun begitu kamu masih selesa bersandar dibangku kenangan cinta
Cuba mencantum serpihan bahagia
Aku pasti kamu tahu peluang mungkin tiada..

Guruh berdentum menjerkah langit
Menyentak lamunan pahit
Menghambur hujan rindu nan perit
Mengiringi nyanyian hati kecewa
Kerana kasihnya manusia..

Aku tertanya menyayangi
Apakah harus sesakit ini hati
Menangisi saat cinta tiada lagi dan pergi

Aku tahu kamu tersenyum menghiasi luka
Kamu tertawa menyembunyi rasa

Aku fikir kamu perlu dapatkan rawatan cinta
Suntik jiwa
Agar kalis rindu kalis pilu
Untuk mulakan kehidupan baharu

Dengan itu kamu akan berterima kasih dia pernah ada
Meskipun hanya sekadar sementara cuma

Dan biarkan luka itu sakit
Esok akan mengering kepedihan
Yang membekas sebagai pengalaman.

khairulazuan Publish time 6-9-2015 12:04 PM

awanjingga replied at 3-9-2015 10:49 PM
Aku kira kamu sudah melupa
Setelah setahun berlalu..berlaku segala
Pun begitu kamu masih selesa be ...


Ku tak lupa namun bukan tak cuba untuk lupa
Selautan memori selalu mnjelma menerjah muka
Mengamit rindu berair mata
Kutahu tangan terluka tika mencantum bahagia
Itulah aku beginilah aku pada yang satu

Guruh bertempik hujan kerenyaian membasuh pipi
Langit mendung dek matahari suram menyepi malu
Namun ku harapkan hadirnya pelangi indah
Yang mampu membelai malah menoreh kebahagian
Itulah aku beginilah akuseadanya

Ku berjalan tetapi seakan terjatuh
Meniti kesedihan diselimuti senyuman
Namun berpegang padaNYA kugagahi diri
Suatu hari kebahagian akan menjemputku
Itulah aku beginlah aku sebagai hambanya








Ipo Publish time 6-9-2015 09:10 PM

omak aih...
kalau saya ni..jenuh nak perah otak yg kecik ni
nk karang ayat puitis gini..:L

khairulazuan Publish time 7-9-2015 08:54 AM

Ipo replied at 6-9-2015 09:10 PM
omak aih...
kalau saya ni..jenuh nak perah otak yg kecik ni
nk karang ayat puitis gini..

sy pun x pndai sis...just apa yg saya rasa dri pnglman

Inderaloka_ Publish time 7-9-2015 12:50 PM

Kasihnya manusia tak bisa diukur dengan benda
Ikhlasnya tetap dapat kita rasakan, kerana ia...
datang dari hati dan jatuhnya ke hati jua

Kasihnya manusia mungkin juga bisa pudar
Kerana seperti pantai, hati manusia juga berubah
Kerana tiada yang kekal dalam perjalanan ini
Manusia datang dan manusia pergi

Namun, janganlah putus asa menerima kasih,
Berterima kasihlah pada yang masih terus setia
Berterima kasihlah pada Dia Yang Maha Pengasih,
lagi Maha Penyayang..

khairulazuan Publish time 7-9-2015 02:48 PM

Inderaloka_ replied at 7-9-2015 12:50 PM
Kasihnya manusia tak bisa diukur dengan benda
Ikhlasnya tetap dapat kita rasakan, kerana ia...
dat ...


Kerana kasihnya aku sayangnya aku
Seketul hati dimamah hiba sakit tak terperi
Tika hati dicampak kembali bila tak bererti
Seribu alasan disembur menyakiti diri
Keikhlasan ku sudah tak diambil peduli

Kerana kasihnya aku sayangnya aku
Zikir dan istghifar menjadi santapanku
Membasahi sejadah dengan air mataku
Tadahan doa bibir berbisik merintih sayu
Mengongoi mengadu nafas tersekat sekat

Kerana kasihnya aku sayangnya aku
Menuntut kasih yang pada yang sudi
Mengisi kekosongan sehidup semati
Ingin selamanya dicintai dan mencintai
Menuju ke jannah berpimpin tangan melangkah pergi
Pages: [1]
View full version: kasihnya manusia


ADVERTISEMENT