CARI-HBZ Publish time 18-8-2015 03:06 PM

Resepi Simple Tapi Sedap : Ayam Goreng Kunyit

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201508/18/145430id18llln1lln5qhm.jpg
Sumber foto : azuwar79.blogspot.com

Bagi suri rumah yang bekerjaya, penat seharian bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas pastinya membuatkan anda hilang mood untuk memasak. Tetapi tak kan hari-hari nak beli makanan dekat kedai kan, kena lah masak juga.

Tidak perlu bersusah payah memikirkan menu yang hendak disediakan kerana kami ada menu ringkas, sedap dan senang disediakan. Nah cubalah ayam goreng kunyit ini, makan dengan sup kosong sudah memadai dan membuatkan perut kenyang tidak terperi.

Masa : Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:

Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.

Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

Tips : Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.



Sumber resepi : iresipi.com

peningsokmo Publish time 18-8-2015 06:36 PM

antara makanan fav i.. sedap dan rangup

halraz Publish time 19-8-2015 07:52 PM

teringin la pulak

izzah_mia Publish time 21-8-2015 10:24 AM

sy punya tak berapa kuninglah..padahal dah ikut 1 sudu kecik & perap selama 5 minit.:dizzy:

friedfishsoup Publish time 24-8-2015 03:01 PM

thank you for the recipe

myakayina Publish time 24-8-2015 03:38 PM

klu takde idea nak masak apa..aku masak lauk ni jer.. mmg licin la pinggan lepas tu..

mesmerize Publish time 31-8-2015 10:55 PM

yupp aku pun kalau ada dada ayam masak ni je. tapi tak letak gula. tak guna cili merah tapi cili api baru kick meletop. ayam tu kalau nak lagi sedap lebihkan serbuk kunyit. pastu aku suka letak putik jagung hiris juga. sedap oh :drool3:

oxalate77 Publish time 27-9-2015 06:13 PM

Sedapnye:):)

cinta_86 Publish time 24-1-2016 04:27 PM

simple je resepi....nk kene try nie...

eyeNa07 Publish time 24-1-2016 07:37 PM

sedapnya...thanks for recipe

jojoe00 Publish time 26-1-2016 11:19 PM

sedap sgt makana time panas2

swayne Publish time 10-2-2016 11:31 AM

fuhh dapat pun resepi simple and mudah. senanggggggg

cmf_jeangrey Publish time 11-2-2016 05:56 AM

Ai letak serbuk kari sikit....jadi kaler brownish lepas goreng dan lebih terasa...mcm dijual kt kedai tu
Cuma tk reti nk buat sambal cili yg pedas berapi...kot2 sesapa ada resepi sila lah share ye

MistrezHermanaz Publish time 11-2-2016 10:48 AM

iols buat 2 versi, yg mcm kt atas ni dgn lagi satu ayam tu goreng x garing sgt,ala2 berkuah buh air sikit..anak iols suka versi yg ini

twinkleboo Publish time 9-4-2019 04:06 PM

Okay la. Looks nice.

Chimicuri Publish time 20-3-2021 11:47 PM

Nice presentation juga.. tq share resepi
Pages: [1]
View full version: Resepi Simple Tapi Sedap : Ayam Goreng Kunyit


ADVERTISEMENT