nor_aini.s Publish time 17-8-2015 11:16 AM

DILEMMA:PERBEZAAN EXEC DIP & PARTTIME DIP(CONT. STUDY)

Salam,

Sesiapa disini ada pengalaman sambung belajar part time..Apa perbezaan exec diploma dan part time diploma yg biasa.Sebab ada kawan cakap exec diploma walaupun ditawarkan oleh public U ada yg x diiktiraf sebab katanya syarat utk study dip/degree at least 3tahun.Yang saya survey dan baca dari web UM ambil masa 20-24 bulan untuk grad danUTM SPACE min less 1 tahun.(xsilap la).Planning saya untuk sambung belajar sebab after habis dip part time nanti saya nak terus sambung degree.Sebelum ni saya ada certificate in civil eng di politeknik.Saya takut kalau main ambil je nt xdiiktiraf rugi masa dan duit.

katakpuruz Publish time 24-9-2015 10:33 AM

Edited by katakpuruz at 24-9-2015 11:56 AM

Salam TT.matlamat TT nak sambung belajar ijazah kan?soalan saya:
1) adakah TT nak sambung belajar diploma mengikut jurusan yg sama dgn sijil?
2) adakah TT nak sambung belajar ijazah mengikut jurusan yg sama dgn diploma?
3) TT ada nyatakan nak smbg diploma part time.TT dah bekerja?adakah berkait dgn sijil yg TT peroleh.
4) jika TT belum bekerja,bidang apa yg TT ingin ceburi?

Pendapat saya samada diploma atau ijazah eksekutif kedua-duanya adalah untuk 'upgrade' status pendidikan pekerja utk kes berikut:

1) pekerja yg akan naik-taraf(promoted) ke jawatan yg memerlukan ijazah/diploma dalam masa terdekat. Banyak kes dimana pekerja telah dinaikkan jawatan tapi sedang mengambil diploma/ijazah.
2) pekerja yg bercita-cita utk membaiki jawatan semasa ke jawatan yg memerlukan ijazah/diploma dalam masa terdekat.


Kedua-dua kes diatas berkait dengan masa dan pekerja yg sedang bekerja. sebab itulah TT melihat diploma dan ijazah eksekutif tidak memerlukan masa yang lama utk dihabiskan serta syarat-syarat yg dikenakan tidak telalu ketat. HR hanya akan menyatakan di dalam notis internal vacancy, pekerja perlu memiliki diploma atau ijazah untuk memohon jawatan kosong. Sudah tentu untuk jawatan profesional seperti jurutera, diploma/ijazah perlu berkait dgn jawatan yg dipohon (cth: awam, elektrikal, dll).

Jikalau TT belum bekerja,saya nasihatkan TT ambil diploma yang diiktiraf oleh MQA. Good luck. :flex3:
Pages: [1]
View full version: DILEMMA:PERBEZAAN EXEC DIP & PARTTIME DIP(CONT. STUDY)


ADVERTISEMENT