Nusantara77 Publish time 17-8-2015 09:43 AM

60 Petua Mendapatkan Pasangan petua dapat jodoh

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/roseb017-300x150.jpg

1. Semua orang ada jodoh atau pasanganyang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orangbertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kitawajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertaidengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusatdi hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semuaperasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hatidengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkanorang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar andadan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasanganharus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bilamasa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menariksetiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialahpakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikanpertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untukmenerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudahdatang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata laluturun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakalpasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melaluifikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangandengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang danpatah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkarayang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakalpasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuanmemulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakanmereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuanyang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra danbersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkanbercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenaiapa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkansibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesraseperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintimandengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan halperibadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah diamenceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kitapandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh oranglain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang.Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang bolehmenyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahalterhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yanganda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarikkepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasihdan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarikkepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatankepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat ataukedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenalkerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepadakelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangansesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakalpasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat.Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaanmenyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakalpasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi danmelengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat denganbakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir sepertiyang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan denganberbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatukegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakalpasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi sepertikefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang danhobi.


32. Dua orang yang amat banyakperbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu ataudua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancongatau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarikbakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentakangkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan denganpamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa –sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jikamempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban,kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukaioleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakalpasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkankepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejatitanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika andamengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepadaanda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsangsemangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalammemuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, diaakan terus menjauhkan diri daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlasbertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujiandaripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujiandaripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atauslogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasaistimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakalpasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan inidengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang populardan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya.Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dandihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepadasetiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai danmelembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda,pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih danbersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebabkeunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteriterlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakalpasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodohsukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda danbentukkeyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggimenyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelakiyang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita,berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan,berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahirankomunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifatkelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinyaseperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerakbatin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifatkewanitaan disamping menghayati sifat lelaki
seperti minat dalampolitik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijaktapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerapbertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orangperempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenaiperasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bilabakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohanlelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawankepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan,bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadapwanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orangperempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas.Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuhminat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah,pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari denganteliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudahsayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepadaperasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk naktanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yangtenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakapsecara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan seringbercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/PasanganHidup.jpg

-pakarcinta


azalea85 Publish time 17-8-2015 12:45 PM

mcm pernah baca dlm buku motivasi dr fadzilah kamsah, hehehe

anaz98 Publish time 19-1-2020 12:37 PM

Terima kasih
Pages: [1]
View full version: 60 Petua Mendapatkan Pasangan petua dapat jodoh


ADVERTISEMENT