bianglala Publish time 17-8-2015 09:08 AM

Burung Pemakan Otak

Edited by bianglala at 17-8-2015 09:11 AM

Burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai burung Zombie Tit adalah antara burung yang berbahaya di dunia. Ini kerana ia merupakan sejenis burung daripada kumpulan omnivor yang memakan tumbuhan dan juga daging.

http://i1-news.softpedia-static.com/images/news2/These-Teeny-Tiny-Birds-Like-to-Crush-Other-Creatures-Skulls-Eat-Their-Brains-467597-2.jpg

Walaupun 90 peratus makanannya adalah tumbuhan dan serangga, namun ada kalanya burung Zombie Tit boleh bertindak ganas dengan membunuh burung atau kelawar untuk meratah otak.

Biasanya burung ini akan menyerang mangsa secara serangan hendap sama ada ketika burung-burung berada dalam sarang atau ketika kelawar sedang berhibernasi pada waktu siang. Pada waktu itu, Zombie Tit akan menerkam kepala mangsa, lalu mematuk tengkorak sehingga pecah sebelum menjamah otak segar.

Meskipun saiz burung ini hanyalah berukuran 12.5 hingga 14 sentimeter, namun ia dianugerahkan paruh yang sangat kuat hingga mampu memecahkan kacang hazel serta biji-bijian lain. Maka tidak hairan jika ia mampu memecahkan tengkorak haiwan lain. Satu lagi tabiat pemakanan burung ini ialah suka menjamah bangkai.

http://img.gawkerassets.com/post/8/2013/02/redpolls-killed-by-great-tits-lassi-kujala-600-px-tiny-feb-2013.jpg

Walaupun burung ini sangat kecil, namun ia mampu bertelur sehingga 12 biji telur dalam satu-satu masa. Meskipun begitu, hanya dua ekor sahaja yang biasanya kekal hidup akibat buruan haiwan pemangsa lain seperti burung belatuk, tupai, hama dan juga manusia.

Terdapat satu lagi kelebihan burung Zombie Tit iaitu siulan yang merdu. Burung ini memiliki satu intonasi suara yang sangat nyaring dan sedap didengar. Malah, mereka boleh menghasilkan nyanyian lebih dari 40 jenis siulan. Mungkin kerana itu, mangsa jarang menyedari kehadirannya kerana tidak dapat mengenal pasti jenis burung sebenar yang akhirnya menyebabkan otak mereka diratah.

sGpqOGWpK3E

Sumber : Majalah INFINITI September 2015.

ip_lepat Publish time 17-8-2015 09:18 AM

jahatnya ;P

Lorra2411 Publish time 17-8-2015 09:45 AM

comel tapi ganas

chinta89 Publish time 17-8-2015 09:50 AM

wowww... cantik tetapi jahat..

Ipo Publish time 17-8-2015 11:12 AM

"The Beauty Killer"

Farini Publish time 17-8-2015 11:53 AM

kecil-kecil cili padi.

zahirnya cantik. 'dalaman' kejam.

anniez08 Publish time 18-8-2015 10:18 PM

kalau masuk pertandingan nyanyian burung.. mesti dia menang.;P

zulzaria Publish time 6-9-2015 08:26 PM

Kalo lastik best ni

olafhul Publish time 10-9-2015 10:37 PM

mcm pembunuh bersiri plak

KuewTeuwKungFu Publish time 13-9-2015 08:05 AM

Kecik-kecik si ganas....

Hatida Publish time 11-10-2015 04:23 PM

uishh ganasnye... and kejam sikit. hahaha.. :lol:

sliza Publish time 28-10-2015 11:48 AM

nature dia...
Pages: [1]
View full version: Burung Pemakan Otak


ADVERTISEMENT