ambok Publish time 15-8-2015 09:30 PM

'Ketam Luar Biasa' Jadi Tarikan Di Sebuah Restoran Di Juru

Edited by ambok at 18-8-2015 01:57 PM

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/08/15/11/25/ketam.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seekor ketam berwarna biru yang jarang-jarang ditemui berjaya 'diselamatkan daripada periuk' apabila seorang pengusaha restoran membelinya daripada penjual ikan di pasar Bukit Mertajam di sini.

A.K. Ang, 40, berkata dia tidak mahu hidupan laut luar biasa itu berakhir sebagai hidangan eksotik kerana dia tidak pernah melihat ketam seperti itu sebelum ini.





"Saya melihat ramai orang di sebuah kedai ketika saya sedang membeli makanan laut segar di pasar untuk perniagaan harian saya dan mereka kelihatan mengambil gambar sesuatu dengan telefon bimbit mereka.

"Apabila saya melihat warna ketam itu, saya berfikir bahawa saya mesti membelinya.

"Saya membelinya pada harga RM37," kata Ang, sambil menambah dia telah diberitahu bahawa ketam itu ditangkap di Kuala Muda, Kedah.

Ketam biru itu telah menjadi tarikan di restoran milik Ang di Juru.


Ang berkata dia akan memilih satu tarikh bertuah untuk melepaskan ketam itu kembali ke dalam laut.

Pakar biologi marin Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Aileen Tan Shau Hwai berkata krustasea itu kelihatan berbeza daripada ketam lumpur biasa.

"Spesies ketam lumpur dikenali sebagai Scylla serata, tetapi ketam ini tidak kelihatan seperti ia tergolong dalam spesies ini.

"Saya katakan ini berdasarkan bentuk karapas ketam biru ini yang berbeza," kata beliau.


Dr Tan berkata ukuran nisbah lebar, ketinggian, bentuk dan ketebalan cengkerang ketam diperlukan untuk menentukan spesies.

"Pemerhatian dan pengenalan lebih terperinci diperlukan untuk pengesahan lanjut.

"Selain itu, ketam juga boleh menukar warna kulit mereka sebagai penyamaran untuk tujuan perlindungan.



"Warna cengkerang juga tertakluk kepada keadaan alam sekitar itu; sama ada ia terletak di kawasan yang bersih atau tercemar," tambah beliau.

Warna biru biasanya menghiasi cengkerang kebanyakan spesies ketam, walaupun hanya di bahagian kaki.

Sandal Publish time 15-8-2015 11:52 PM

Ketam galah ;P

Ipo Publish time 16-8-2015 09:33 AM

owh ketam pun boleh menyamar ek?:o

Farini Publish time 16-8-2015 10:42 AM

wujud rupanya ketam warna biru.

samperit Publish time 31-8-2015 08:35 PM

xde gmbr ke

Hatida Publish time 11-10-2015 04:10 PM

mana gambarnye? tak keluar pon??

sliza Publish time 29-10-2015 08:51 PM

biru ketamnya.....

anniez08 Publish time 1-11-2015 10:19 PM

mesti cantik ketam berwarna biru tu..
sebab selalu ketam berwarna perang2..

mogwaii Publish time 2-11-2015 07:47 PM

hidup ke tak lg ketam ni.
Pages: [1]
View full version: 'Ketam Luar Biasa' Jadi Tarikan Di Sebuah Restoran Di Juru


ADVERTISEMENT