obelisk Publish time 15-8-2015 08:41 AM

GOODNIGHT MOMMY

Edited by annehuda at 16-8-2015 02:15 PM

Trailer 'Goodnight Mommy' dilabel trailer paling seram
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 18:50 MYT

http://img.astroawani.com/2015-08/81439542079_GOODNIGHTMOMMY.jpg
Majoriti komen yang diterima trailer berkenaan berbaur positif dan ramai yang sudah mula tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam.                           
Trailer filem dari Austria, Goodnight Mommy, mendapat perhatian warga media sosial sejak dikeluarkan secara rasmi dua minggu lalu. Kebanyakan pemerhati dan peminat filem seram mengklasifikasikan trailer itu sebagai paling seram yang pernah mereka saksikan.

Majoriti komen yang diterima trailer berkenaan berbaur positif dan ramai yang sudah mula tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam.

Filem berdurasi 1 jam 40 minit itu mengisahkan dua beradik kembar (dilakonkan oleh Lucas dan Elias Schwarz) yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu mereka (Susanne Wuest) selepas menjalani satu pembedahan di bahagian wajahnya.

Si ibu tampak sering menjauhkan diri dan ia membuatkan dua beradik itu merasa terasing daripada ibu sendiri. Situasi menjadi semakin pelik apabila mereka menemui sekeping gambar ibu mereka bersama seorang wanita lain yang seiras, selain tingkah laku si ibu yang bagaikan dirasuk.

Filem itu akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 11 September ini.

0kXpUaQpXMA

batman_2007 Publish time 15-8-2015 08:57 AM

Aah. Serius teruja jgk. Lol.

ultra78 Publish time 15-8-2015 09:12 AM

Nampaknya dah makin naik filem-filem seram dari australia. Hari tu filem babadook. Baru-baru ni filem observance

revolusi_30 Publish time 15-8-2015 09:16 AM

ultra78 replied at 15-8-2015 09:12 AM
Nampaknya dah makin naik filem-filem seram dari australia. Hari tu filem babadook. Baru-baru ni file ...

Austria kot sis.....

otai_g Publish time 15-8-2015 09:42 AM

tgk trailer pun mengujakan. teringin nak tau the real story. btl ke mak dia tu or someone else?

zorrro_03 Publish time 15-8-2015 09:50 AM

Korang tgk lah. Nnt laporkan dalam ni. Aku mcm tak berapa suka seram2 ni.Tapi nampak thriller ni mcm best. mcm cerita kelakar pun...

bazinga Publish time 15-8-2015 09:58 AM

Aku tak rasa seram pun... Tp teringin la nak tengok kesudahannya nanti

syafarah_2k Publish time 15-8-2015 10:02 AM

Xseram pn thriller ni..penat nyuruk2 blkg hubby..;P
tp mcm menarik ceritanya

Artemesiaa Publish time 15-8-2015 10:22 AM

Gimmik yang berjaya.Tapi article ni cam salah board je.

sofiazara Publish time 15-8-2015 10:36 AM

x seram pun

Ipo Publish time 15-8-2015 10:47 AM

wah..macam best..

samperit Publish time 15-8-2015 11:05 AM

x seram tp mcm best je

stania83 Publish time 15-8-2015 11:10 AM

depa tak tengok lagi filem pierre andre

spiderman80 Publish time 15-8-2015 11:10 AM

Tak sesuai diletakkan di dalam Board CI. Spidey pindahkan ke Board Filem&Wayang. Kalau Momod rasa tak sesuai,tolong tutup.Terima kasih.

Ferr_Remy Publish time 15-8-2015 03:22 PM

Menarik. Cam best je

lizache Publish time 15-8-2015 03:42 PM

dah ada kat Pirate Bay.. Download le.. Btw, ini cite tahun 2014..

cicicumel Publish time 15-8-2015 11:47 PM

lizache replied at 15-8-2015 03:42 PM
dah ada kat Pirate Bay.. Download le.. Btw, ini cite tahun 2014..

with sub? yg nk release sept ni versi BI kot

lizache Publish time 16-8-2015 02:21 PM

cicicumel replied at 15-8-2015 11:47 PM
with sub? yg nk release sept ni versi BI kot

ada je synced english sub kat opensubtitle @ subscene.. yg nak release ni the same original austrian movie with german language, titled 'Ich seh, ich seh'...
kat us baru nak release, kat mesia tak tau le bila, mungkin tak release kot.. kalau release pun kat GSC Mid Valley je, bwh International Movies category.


Suchi Publish time 17-8-2015 01:18 PM

lizache replied at 16-8-2015 02:21 PM
ada je synced english sub kat opensubtitle @ subscene.. yg nak release ni the same original austri ...

berminat nk tgk,hope ade kt malaysia

lizache Publish time 17-8-2015 02:42 PM

Suchi replied at 17-8-2015 01:18 PM
berminat nk tgk,hope ade kt malaysia

rasa mcm takda harapan je nak main kat mesia... takda dlm schedule gsc pun...

Pages: [1] 2
View full version: GOODNIGHT MOMMY


ADVERTISEMENT