Nusantara77 Publish time 14-8-2015 02:30 PM

Resepi GULAI IKAN TALANG MASIN orang utara PUNYA!

http://1.bp.blogspot.com/_GVAaxqzM0fo/TN6rCr3Ko4I/AAAAAAAAABQ/GmW1FIiupUo/s320/IMG_0888.png

Dah masuk waktu makan tengahari. Gulai ni sangat popular di utara. Di masak juga sebagai menu kenduri.
Sayamasak gulai ni macam yang arwah mak saya ajar . Hmmm gulai ikan masinni favorite arwah abah masa kami tinggal di Jitra dulu memang gulai ikanmasin ni adalah salah satu menu wajib di rumah saya sebulan sekalimesti ada lah tapi abah saya suka guna ikan masin kurau yang bertulang .

Agakmudah cara nak masak gulai ikan masin , tumis saja macam biasa cumalast sekali saya buat tumis darat bebrapa bahan dan saya curahkan keataskari yang dah masak ni .
Masatahun 1988-89 masa saya belajar masak kari ni , mak saya guna rempahkhas untuk kari udang dan ketam cap Adabi cuma sekarang ni ada lagi kasaya pun tak pernah nak cari atau pun Adabi dah tak keluarkan rempahkari tu .


BAHAN-BAHAN :

500 grm ikan talang masin - rendam selama 1 jam
1 biji nenas
4 cawan santan pekat
2 biji terung bulat sederhana besar - dipotong 4
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

1 peket rempah kari ikan
2 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1 ranting daun kari

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :

3 biji bawang merah-dimayang nipis-nipis
1 ranting daun kari

* Jika kuah terlalu pekat tambah sedikit saja air.

CARA MEMASAK :

Bersihkankepingan ikan talang masin dan rendam selama 1 jam untuk buang garam .Beli nenas yang sedang elok maksudnya jangan terlalu muda atau terlalumasak kiranya . Kupas dan bersihkan nenas ini dan potong ( nanti lainkali saya tunjuk cara potong nenas ini ) buah nenas tak perlu dibelahhanya potong menyerong jadi berkeping-keping macam sengkuang tu anggaranketebalan dalam 1 cm dan lebar dalam 15 cm . Bila dah potong jadi macamkepingan-kepingan dan tak payah ambil bahagian empulur yang keras tu .

Kupaskulit semua bawang dan halia serta dimayang halus . Panaskan 3-4 sudubesar minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang , halia , halbacampur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh ladimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahanmendidih dan rempah kari terbit minyak itu tandanya rempah kari dahmasak .

Bilarempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta kacau kuahdan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semuakepingan ikan masin serta nenas dan kacau sekejap . Jika kuah terlalupekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi. Kemudiandimasukkan terung tadi dan kacau sekejap , boleh dirasa garam jika sudahmasin tak perlu ditambah garam .

Biarkankuah mendidih dan ikan masin masak dan terung dah empuk , boleh lahditutup api . Panaskan 3 sudu besar minyak baru dalam kuali dan tumissemua bawang merah tadi dengan sedikit daun kari bila bawang sudahmenjadi warna kekuningan coklat tapi jangan terlalu garing , terus tuangsemua bawang dan daun kari ni bersama minyak tadi ke dalam periukberisi gulai ikan masin tadi dan tutup tudung periuk . Ini la di katakantumis darat , kari ikan masin ini akan jadi sangat wangi dan lebihsedap sesuai buat teknik ini untuk kari ketam .

resepisedap-nenni



Lengkong Publish time 23-1-2021 10:24 AM

sedap sangat ni..suka makan nenas ikut cara tt potong

noorazurams Publish time 16-3-2021 08:45 AM

Sedapnya....tq bg resepi

Entahlah.Babe Publish time 16-3-2021 10:21 AM

thanks for the recipe. Daebakkkk

Xaveria Publish time 17-3-2021 07:57 AM

Tq share resipi.. boleh try ni

Dieja75 Publish time 17-3-2021 10:04 PM

Sedap...my favorite ni

Liliput189 Publish time 17-3-2021 10:36 PM

Kenduri belah utara slalu jugak ad menu ni..mmg sedappp..

Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:10 PM

Mil orang utagha sedap sangat dia buat
Pages: [1]
View full version: Resepi GULAI IKAN TALANG MASIN orang utara PUNYA!


ADVERTISEMENT