dauswq Publish time 12-8-2015 08:52 PM

MALAYSIAN FILM CRITICS ASSOCIATION

Edited by eddlisa_uyuk at 13-8-2015 07:29 AM

Malaysian Film Critic Association dinaungi oleh peminat-peminat pengkritik daripada kalangan forumer.Keputusan yang kami keluarkan diambil secara kolektif bersama hasil pengkritikan terhadap calon-calon pilihan anugerah untuk tahun tersebut sempena meraikan anugerah berprestij, FFM yang akan dibuat sekurang-kurangnya 2-3 minggu akan datang.


Metodologi penganugerahan: Rujuk #2

Ahli -ahli komuniti pengkritik : #3

Keputusan 2015: #4

dauswq Publish time 12-8-2015 09:13 PM

Edited by dauswq at 12-8-2015 09:52 PM

Metodologi penganugerahan:

1. Ahli-ahli komuniti sekurang-kurangnya mestilah terdiri daripada 5 orang.
2. Setiap ahli komuniti sekurang-kurangnya diketahui arif dalam analisis dan kritikan dibuat dalam mana-mana posting dalam forum sebelum ini.
3. Setiap ahli komuniti sedar akan peranan mereka sebagai pengkritik, maka mereka sememangnya sudah menonton beberapa filem dan boleh menganalisis secara kritis.
4. Setiap ahli komuniti akan mengemukakan calon-calon pilihan mereka tersendiri sebelum dihantar ke mesyuarat penentuan untuk pemilihan akhir. Calon-calon pilihan boleh dikemukakan di thread ini sebaik sahaja anda telah register sebagai ahli komuniti.
5. Dalam mesyuarat penentuan kemenangan anugerah,setiap ahli komuniti diminta mengkritik senarai calon-calon yang mereka tahu sahaja berdasarkan analisis terhadap filem yang ditonton.
6. Keputusan penentuan kemenangan anugerah diambil secara majoriti hasil pengkritikan positif terhadap calon-calon yang terpilih. Kenyataan kemenangan setiap anugerah diumumkan secara kolektif bersama.
7. Setiap ahli komuniti tidak dibenarkan untuk menghebahkan butir-butir perbincangan di luar mesyuarat.
8. Berikut adalah anugerah kritik yang diperkenalkan:

a) Best Picture (Filem Terbaik)
b) Best Director (Pengarah Terbaik)
c) Best Actor (Pelakon Lelaki Terbaik)
d) Best Actress (Pelakon Wanita Terbaik)
e) Best Supporting Actor (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
f) Best Supporting Actress (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)



dauswq Publish time 12-8-2015 09:19 PM

Edited by dauswq at 12-8-2015 10:56 PM

Ahli-ahli komuniti pengkritik (2015):

1. @enchikfitz
2. @sepitsiput
3. @beta_carotene
4. @cemolot
5. @joey_mcintrye
6. @qqofficial

dauswq Publish time 12-8-2015 09:35 PM

Keputusan:

dauswq Publish time 12-8-2015 09:43 PM

Kronologi anugerah pengkritikan perfileman 2015:

1. Pendaftaran ahli-ahli komuniti pengkritik dibuat selewat-lewatnya 16/8/2015.

2. Penyenaraian calon-calon pilihan awal ahli-ahli mesti dibuat sebelum 16/8/2015.

3. Mesyuarat pusingan I pengkritikan dibuat pada 17/8/2015 - 23/8/2015

4. Mesyuarat pusingan II pengkritikan dibuat pada 24/8/2015 - 31/8/2015.

5. Keputusan akhir anugerah berserta calon-calon diumumkan pada 1/9/2015.

dauswq Publish time 12-8-2015 10:04 PM

Edited by dauswq at 12-8-2015 10:05 PM

Contoh pencalonan awal:

a) Best Picture (Filem Terbaik)
- Lelaki Harapan Dunia
-Terbaik Dari Langit
- Rentap
- The Journey

b) Best Director (Pengarah Terbaik)
- Bernald Chauldry - Manisnya Cinta Di Cappadocia
- Lim Seng Tat - Lelaki Harapan Dunia
- Nik Amir Mustafa - Terbaik Dari Langit
- Raja Mukhriz - Ophilia

c) Best Actor (Pelakon Lelaki Terbaik)
- Lee Sai Peng - The Journey
- Wan Hanafi Su - Lelaki Harapan Dunia
- Bront Palarae - Terbaik Dari Langit

d) Best Actress (Pelakon Wanita Terbaik)
- Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia
- Dawn Cheong - Cuak
- Joanne Yew Hong Im - The Journey

e) Best Supporting Actor (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
- Amerul Affendi - Terbaik Dari Langit
- Nasir Bilal Khan - Laga
- Jalil Hamid - Lelaki Harapan Dunia

f) Best Supporting Actress (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
- Sharifah Shahora- Ophillia
- Nadia Nissa - Terbaik Dari Langit
- Nor Fazura- Kami Histeria

beta_carotene Publish time 12-8-2015 10:49 PM

eh choi.. nak joinT tapi byk movie meol x tgk lagi ;P

link plzz :lol:

dauswq Publish time 12-8-2015 10:53 PM

beta_carotene replied at 12-8-2015 10:49 PM
eh choi.. nak joinT tapi byk movie meol x tgk lagi

link plzz

alrite dah masukkan..

aku pun bagi senarai calon yang aku fikirkan layak
tp filem yg aku tgk saje la..

nnt kau senaraikan calon-calon sblm ahad ni..
kt thread ni senang sket mcm aku bg contoh kt atas ni

:D

enchikfitz Publish time 12-8-2015 11:27 PM

Dua tiga minggu lepas iols tgk marathon Lelaki Harapan Dunia, Laga dan Terbaik Dari Langit (memandangkan tiga2 filem ni tercalon best pictures). Dalam tiga2 filem ni, Terbaik Dari Langit yang paling kemas cerita berbanding dua filem pesaing. Tema persahabatan yg diangkat tapi diolah cantik menjadi kekuatan filem ni yang patut diangkat menjadi Filem Terbaik 2014. Kedua2 filem yg lain mengangkat kisah dalam masyarakat Melayu di kampung which is too common walaupun ada nilai tradisi spt Bunohan & Wayang.

Namun, untuk persainagn pelakon lelaki terbaik, ketiga2 filem ni boleh dikatakan majoriti A-class actor. Lelaki Harapan Dunia membariskan Wan Hanafi Su, Azhan Rani, Jalil Hamid dll. Laga membariskan Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Wan Hanafi Su dll. Terbaik Dari Langit menampilkan Bront Palarae, Ameerul Affendi dll. Mungkin antar sebab nama2 ni tak termasuk dalam top 5 Best Actor adalah untuk kesamarataan dan tak dimonopoli satu filem sahaja. Tapi x dinafikan top 5 Best Actor tahun ni sangat2 sengit.

Bagi Pelakon Wanita, tk banyak filem yang betul2 menyerlahkan bakat mereka. Filem2 cinta, seram dan komedi boleh dikatakan terlalu common. Namun, apa yang pasti, juri mesti nak melihat sejauh mana keberkesanan seseorang pelakon dalam menjiwai watak meskipun watak yg digalas agak cliche. Contohnyawatak Fazura sebagai wanita urban yg kental hatinya, Lisa sebagai wanita gila, Dawn Cheong sbg wanita mualaf yg mencari erti dalam Islam, Maya dgn wanita urban tomboi serta Sara Ali dgn watak remaja. Character lakonan masing2 berlainan tapi keberkesanan sesuatu watak dlm lakonan tu yg kita nak tgk. Berjaya atau tidak?

dauswq Publish time 12-8-2015 11:41 PM

Edited by dauswq at 12-8-2015 11:42 PM

enchikfitz replied at 12-8-2015 11:27 PM
Dua tiga minggu lepas iols tgk marathon Lelaki Harapan Dunia, Laga dan Terbaik Dari Langit (memandan ...
mukadimah yang dinanti-nantikan {:1_551:}

akujust nk tanya pendapat,
adakah lebih baik kritik terus calon-calon top 5 ffm, dan umumkan siapa layak menang

atau kemukakan sendiri dulu calon-calon awal, kemudian kritik penyenaraian calon-calon utk dpt terus calon-calon top 5 spt dlm plan cadangan skrg?





qqOfficial Publish time 13-8-2015 12:33 AM

dauswq replied at 12-8-2015 09:13 PM
Metodologi penganugerahan:

1. Ahli-ahli komuniti sekurang-kurangnya mestilah terdiri daripada 5 o ...

Best new actor and new actress (plakon harapan laki n wanita) tak dimasukkan k? ...rasanya boleh disenaraikan

enchikfitz Publish time 13-8-2015 01:15 AM

dauswq replied at 12-8-2015 11:41 PM
mukadimah yang dinanti-nantikan

akujust nk tanya pendapat,


I prefer kalau nilaikan terus top 5 yg dah tersenarai. Sebab lagi mudah nak menilai sejauh mana kredibiliti seseorang pelakon membawakan watak. Macam yang I komen memula dkt thread FFM tu, kadang2 juri nak kan kelainan dalam setiap kateogri, tak dimonopoli dgn satu jenis karakter yang terlalu serious. I memang dah agak Awie akan bolos top 5 sebab kelainan watak yg dibawakan dalam Dollah Superstar. Watak Bront Palarae, Wan Hanafi Su tu mcm dah biasa kita tgk dlm filem2 yang diorang lakonkan sebelum ni.
Walaupun karektor beliau macam tak de beza sangat dengan filem2 yang lain, I percaya Wan Hanafi Su akan merangkul Best Actor.


Untuk Best Actress pulak, I terkejut Maya Karin boleh tercalon padahal wataknya biasa2 dan x meninggalkan kesan. Mungkin pihak dia pandai melobi. Tapi for me, kali ni peluang MK utk menang memang tipis. Berbeza dgn Dawn Cheong. Walaupun beri lakonan cemerlang dalam Cuak, I tak pasti adakah orang bukan Melayu boleh menang Best Actress untuk acara nasional? Mungkinkah kali ni FFM bagi non-malay pulak merasa Best Actress? Wallahualam. Tapi kalau FFM masih nak bagi kepada pelakon wanita Melayu utk menang, I prefer Fazura atau Lisa Surihani. Kalau juri jenis tak kisah nak bagi award kepada actress yg sama berulang kali, kebarangkalian peluang LS menang tu tinggi sebab lakonan dia memang mantap utk Dendam Orang Mati, mungkin much better than lakonan dia untuk Istanbul Aku Datang. That means LS berjaya buktikan kematangan dalam lakonan dia, tak dibayangi oleh character yang sama je.

Berbanding dgn Fazura yang lebih menonjol dgn watak gadis urban. Tk dinafikan kali ni, Fazura berjaya membawa karahter Ifti Liyana dgn berkesan walaupun sering diberikan character yg hampir serupa tapi dia berjaya bawa dgn cara yg berlainan. Watak kelakar, bubbly, sedih semua diadun menjadi cantik dalam filem Manisnya Cinta. That film is really for her.

Harapan I agak tinggi utk lihat Fazura menang Best Actress selepas banyak kali terlepas peluang. Sepatutnya dia menang utk Pisau Cukur dulu. Atau mungkin juri tak suka karakter gedik too much? :o


Watak Supporting jap lagi eh? Penat nak mengarang :lol:

mat_arof Publish time 13-8-2015 07:54 AM

Wahhh...dah ada Critic Choice Awards dari Forum Cari..

hebat..

louistan Publish time 13-8-2015 02:27 PM

dah ada Critic Choice Awards dari Forum Cari..

hebat..

Ferr_Remy Publish time 15-8-2015 03:26 PM

Kelas... haram tak tgk satu pun movie Melayu taun ni :lol:

joey_mcintrye Publish time 18-8-2015 06:08 PM

Edited by joey_mcintrye at 18-8-2015 06:41 PM

Pelakon Wanita Terbaik.
Rasanya FFM kali ni bukan semua calon-calonnya outstanding.Plg menonjol Fazura, Dawn & Lisa Surihani. Manakala Maya & Sara Ali ....maaf lakonan anda baik tetapi bukan utk award material. Jd siapa yg akan merangkul gelaran ini? Jika melihat dr sudut overdue ...Fazura mungkin menang tetapi...opsss...jgn kita lupa tentang politik dlm FFM yg boleh kita samakan dgn politik tanahair sekalipun tidak sehebat 1MDB. Nah...tumpuan pemimpin negara skrg adalah utk memulihkan hubungan di antara kaum yg seakan-akan npk tergugat sejak akhir2 ini akibat drpd tangan mereka sendiri. Sy percaya bg menjayakan Agenda Perpaduan Nasional, Dawn akan merangkul anugerah ini dan mencipta sejarah baru dlm industri perfileman Malaysia....ia bagaikan serampang 2 mata bg ahli politik. Buat Fazura, anda mungkin kena tunggu utk filem Langit Cinta..itu pun kalau juri masih sudi utk memasukkan anda dlm top 5. Bg Lisa dlm DOM...byk aspek lakonan yg telah diperbaiki...cuba di setengah2 adegan...sy masih terlihat lakonan Lisa dlm filem2 sblm ini...tambahan pula sudah menang 2 kali sebelum ini...harapan kali ini sangatlah nipis utk Lisa.

qqOfficial Publish time 19-8-2015 08:00 PM

KRIK.....krikkkk...krik....apa cer benang ni...??:lol::lol:

qqOfficial Publish time 19-8-2015 08:27 PM

Edited by qqOfficial at 19-8-2015 08:28 PM

Dawn Cheong - watak seorang chinese yg kapel dgn lelaki melayu muslim. berperang dengan perasaan dirinya yg kena convert tetapi pada masa yg sama bakal suami merupakan lelaki moden (urban) yg kurang pemahaman dengan islam. gaya persembahan lakonan mmg ok dan meyakinkan cuma utk menang best actress takkot ..maybe dia leh menang best newcomer.

p/s : rasanya akan ada kuota utk non malay tercalon dlm top 5 dan menang.. tgkla next year mesti akan ada tercalon jua utk kategori lakonan bagi non malay.

p/s/s : kenapa Joannne yew Hong Im (The Journey) atay Yeo yann Yann (The cage) tak lepas top 5, meols rasa watak dan lakonan mereka lagi best dan cemerlang dlm filem tu

Fazura - semua rasa ada dalam watak Ifti lakonan sheols, sedih, gedik urban, romantik, stress, pendam perasaan..kira complete la...and faz berjaya dengan persembahan lakonan yang cemerlang, cuma watak sheols mengingatkan kpd watak putri (gol n gincu), so adakah peluang dia rangkul award...70-30..kalo dari segi kelainan persembahan lakonan, meols prefer watak nya dalam pisau cukur

p/s : and watak Cik lang (Faz) mmg sheols lakonkan dengan cemerlang...ada harapan 90% utk best supporting actress

Lisa Surihani - satu lagi watak lain yg dipersembahkan oleh Lisa..berjaya juga sheols pegang watak ni... kira dapat rasa apa perasaan 'sakit' dan misteri lakonannya cuma...sometimes nampak kekayuan sikit lisa and especially mimik mukanya ketika marah...macam tak meyakinkan..macam keras.. kejung... but overall chance to win 70-85%

p/s : melos suka watak dian dlm IAD dan Mila dalam Ombak Rindu (she's nailed it)..

Maya Karin - maya is Maya ...berila watak apa sahaja...diaa boleh lakonkan dgn cemerlang...cuma watak Gina ni macam ringan shj... dan maya lakonkan secara natural dan bersahaja...meols suka part bila dia sedar yg dia dah jatuh cinta pada bront (hero) dan mula rasa jeles bila bront kembali rapat dgn izara dlm filem ni..mmg part tu meyakinkan dia bawak...

p/s ; bg meols maya better dlm LBS 3 compare to Sejoli utk calon Best Actress


Sara Ali - sgt kejutan bila sheols lepas top 5 ..ingat tercalon dlm best supporting..sbb meols lagi prefer lakonan Mila Jirin dlm Kami histeria..watak Sara mcam diri dia juga, seorang yg 'vocal', memberontak dan suka pendam2 perasaan (i.g Songlap)... mmg makanan Saraa utk watak tu... well...peluang sheols maybe dlm 55-65%.
Pilihan meols : Best Actress FFM 27 ikut rankingi) Fazura ii) Lisa Surihani iii) Dawn Cheongiv) Sara Ali   v) Maya Karin

{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

supernaturalee Publish time 20-8-2015 02:39 PM

nak join jgk tt

sorry, i baru je noticed top 5 ffm ni



sepitsiput Publish time 20-8-2015 05:40 PM

meols lambat daftar chuols... dok jaga kakak kt sepital.

so meols tanda2 dulu..nnt meols ulas..sbb ada beberapa filem yg meols x tgk lagi...
Pages: [1]
View full version: MALAYSIAN FILM CRITICS ASSOCIATION


ADVERTISEMENT