Nusantara77 Publish time 5-8-2015 12:21 PM

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ini anda tidak kemana-mana? Bosan melayan kerenah anak! Mari lakukan aktiviti DIY yang mudah dan menarik bersama-sama mereka agar hujung minggu anda lebih menarik dan bermanfaat.

http://3.bp.blogspot.com/-3bbvRdM9b5o/UtCt0m9qCnI/AAAAAAAAS3o/YPmNeAi48pQ/s1600/kitar+%286%296.jpgDIY (Do it yourself) atau anda lakukan sendiri, satu aktiviti kraftangan yang sungguh menarik. Sesuatu benda yang selalunya anda beli tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri dengan mudah. Ia juga dapat mengajar anak-anak anda agar menggunakan akal dan kreativiti.



Hujung minggu ini apa kata anda bersama anak-anak membuat aktiviti DIY mudah ini. Jom! Kreativiti bekas serbaguna dari straw minuman.

Kreativiti DIYhttp://4.bp.blogspot.com/-xWDPyX8MQiI/UtCtz5PFTQI/AAAAAAAAS3U/XM-9jqXYfA0/s1600/kitar+%286%294.jpg
Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan :1. Straw
2. Gelung tisu terpakai
3. Gunting
4. Pembaris
5. Pen atau marker
6. Gam

http://2.bp.blogspot.com/-BXUZFEU_Kw0/UtCtz2bG11I/AAAAAAAAS3Q/zjPM96_Wzxg/s1600/kitar+%286%293.jpg
Langkah pertama :Ukur panjang diameter luar gelung tisu terpakai.
Setelah itu tandakan pada straw mengikut ukuran tersebut. Buat 3 tanda.
Bengkokkan straw pada bahagian yang ditanda sehingga menjadi
segi empat sama dan cantumkan hujungnya

http://3.bp.blogspot.com/-QxgBPQQl_us/UtCtzkJ_LXI/AAAAAAAAS3M/p9FR850XG68/s1600/kitar+%286%292.jpg

Buat sehingga anda mendapat sejumlah yang diperlukan

http://2.bp.blogspot.com/-71c7LDEKJmQ/UtCt0WsNaWI/AAAAAAAAS3s/wNIG2W48XBM/s1600/kitar+%286%295.jpg
Langkah seterusnya :Kini masa untuk serlahkan kreativiti anda.
Susun straw berbentuk segiempat tadi pada gelung tisu terpakai.
Gunakan gam untuk melekatkan straw dengan gelung tisu.
Susun ikut daya kreatif anda.

http://3.bp.blogspot.com/-3bbvRdM9b5o/UtCt0m9qCnI/AAAAAAAAS3o/YPmNeAi48pQ/s1600/kitar+%286%296.jpg
Contoh susunan yang boleh anda lakukan.
Tips : 1. Gunakan straw pelbagai warna utk hasil yang lebih menarik.
2. Selain bentuk segiempat sama, cuba kreativiti anda dengan bentuk-bentuk lain.

http://4.bp.blogspot.com/-pkJ8UgoUuHU/UtCt05UUveI/AAAAAAAAS3k/YmtS1xLGYm4/s1600/kitar+%286%297.jpg
Hasilnya :Sebuah bekas serbaguna yang menarik. Selamat mencuba!

Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti menarik dan bermanfaat.
Gunakan masa keemasan di hujung minggu anda dengan mengeratkan hubungan
sesama ahli keluarga. Salam manis di hujung minggu.


Author by Bin Muhammad
http://relakssminda.blogspot.com


Pages: [1]
View full version: Aktiviti DIY Di Hujung Minggu


ADVERTISEMENT