Ipo Publish time 2-8-2015 10:17 PM

Pokok Rerama

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:36 PM

Info dan Khasiat Daun Rerama




Nama Saintifik : Mariposa christiavespertillonis Asal : Rantau Asia Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Khasiat Daun ReramaKajian awal oleh Universiti Putra Malaysia ke atas daun rerama atau Red Butterfly Wing ini mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti barah dan anti keradangan. Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata, susulan penemuan awal itu, UPM akan menjalankan penyelidikan lanjut dengan melakukan saringan dan ujian praklinikal peringkat kedua terhadap daun rerama. Menurutnya, kajian peringkat kedua terhadap tumbuhan dengan nama saintifik Christia vespertilionis itu akan dijalankan terhadap haiwan. Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama.Latifah berkata, saringan pertama yang dilakukan pada 2013 secara in vitro menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara. Katanya, saringan kedua itu juga akan meneliti profil kimia daun rerama.
Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka pada 2010 juga menunjukkan daun rerama mempunyai 13 sebatian kimia yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.


Selain berkesan merawat barah, daun rerama ini juga boleh mengubati denggi, Sistem Lupus Erithematosus (SLE) dan penyakit lain berkaitan sel darah.




Sumber :http://ubatkanser.my/tag/daun-rerama/






Ipo Publish time 2-8-2015 10:21 PM

ada juga pokok rerama lain yang dijadikan pokok hiasan

anniez08 Publish time 2-8-2015 10:31 PM

Ipo replied at 2-8-2015 10:21 PM
ada juga pokok rerama lain yang dijadikan pokok hiasan

pokok rerama yg purple ni cantik..

bluezink Publish time 2-8-2015 11:42 PM

Cantik bukan? Sama macam sayap rama-rama..eh mang dah sama macam rama-rama pom.
yg warna ijau boleh buat ubat berbanding warna merah{:1_550:}

bianglala Publish time 3-8-2015 07:11 AM

Ipo replied at 2-8-2015 10:21 PM
ada juga pokok rerama lain yang dijadikan pokok hiasan

rumah saya ada pokok rerama hijau yang berbelang merah ni. nak cari yang purple tu macam susah jugak.

tapi betul la, yang hijau tu je yang boleh dijadikan ubat. dulu ada keluar paper pasal boleh mengubat kanser ni, orang yang tanam tu terus dapat permintaan luar biasa pokok rerama hijau.

Ipo Publish time 3-8-2015 11:19 AM

anniez08 replied at 2-8-2015 09:31 PM
pokok rerama yg purple ni cantik..

ipo pernah nampak pokok rerama purple ni kat satu nursery kat Seri Kembangan..memang cantik

Ipo Publish time 3-8-2015 11:20 AM

bluezink replied at 2-8-2015 10:42 PM
Cantik bukan? Sama macam sayap rama-rama..eh mang dah sama macam rama-rama pom.
yg warna ijau boleh ...

kalau perasan, selalunya pokok berdaun hijau ni banyak dijadikan ubat berbanding pokok berwarna warni

Ipo Publish time 3-8-2015 11:22 AM

bianglala replied at 3-8-2015 06:11 AM
rumah saya ada pokok rerama hijau yang berbelang merah ni. nak cari yang purple tu macam susah jug ...

pakcik yang tersenyum dalam gambar tu la owner pokok ni..dia la pioneer dalam ubatan kanser guna pokok rerama ni.
Lepas tu, timbul dari orang lain ..yang tak pure.
Mak ipo dah beberapa kali beli dari pakcik tu..daun rerama yang dah dikeringkan..
rebus daun tu dan minum airnya..

bianglala Publish time 3-8-2015 11:24 AM

Ipo replied at 3-8-2015 11:22 AM
pakcik yang tersenyum dalam gambar tu la owner pokok ni..dia la pioneer dalam ubatan kanser guna p ...

la, yeke Ipo.. kita pun tak ingat muka orang yang keluar paper tu..

kat area mana belinya. dia ada nurseri jual bunga-bunga lain jugak? seplastik berapa?

(banyak soalan... curious) :sweat3:

Ipo Publish time 3-8-2015 11:27 AM

Edited by Ipo at 3-8-2015 10:29 AM

bianglala replied at 3-8-2015 10:24 AM
la, yeke Ipo.. kita pun tak ingat muka orang yang keluar paper tu..

kat area mana belinya. dia...

harga satu plastik tak silap rm50 ringgit ke..tak ingat dah..kena tanya mak;P
mak ipo beli direct dari pakcik tu, call dia....dia pos nanti..
ni berita pasal pakcik dan daun rerama


anniez08 Publish time 3-8-2015 01:43 PM

Ipo replied at 3-8-2015 11:27 AM
harga satu plastik tak silap rm50 ringgit ke..tak ingat dah..kena tanya mak
mak ipo beli dire ...

kalo hasil kajian berjaya.. rasa nya harga sepokok mesti melebihi dari harga asal kan?..

bianglala Publish time 3-8-2015 02:26 PM

Ipo replied at 3-8-2015 11:27 AM
harga satu plastik tak silap rm50 ringgit ke..tak ingat dah..kena tanya mak
mak ipo beli dire ...

boleh tahan harganya.

Ipo tak pernah cuba minum ke.. :lol:

Ipo Publish time 3-8-2015 03:59 PM

anniez08 replied at 3-8-2015 12:43 PM
kalo hasil kajian berjaya.. rasa nya harga sepokok mesti melebihi dari harga asal kan?..

mungkin la kut..dah dikomersialkan..naiklah harga pokok ni
dulu pakcik ni bagi free je bila ada orang mintak
pastu dia dah stop sebab nak biakkan pokok ni 3-4 bulan jugak katanya..
so, sekarang ni dia biakkan banyak2 dan jual

Ipo Publish time 3-8-2015 04:00 PM

bianglala replied at 3-8-2015 01:26 PM
boleh tahan harganya.

Ipo tak pernah cuba minum ke..

tak pernah lala...hehehe..
tengok je mak minum..
sebelum ni dah merasa herba pahit..ya ampun..:dizzy:

bianglala Publish time 16-8-2015 12:11 PM

Ipo replied at 3-8-2015 04:00 PM
tak pernah lala...hehehe..
tengok je mak minum..
sebelum ni dah merasa herba pahit..ya ampun..:d ...

Ipo, tadi kita pergi nurseri bunga.

bunga butterfly purple tu .. pasu kecik.. RM10. tak beli pun. :$

Ipo Publish time 16-8-2015 01:12 PM

bianglala replied at 16-8-2015 11:11 AM
Ipo, tadi kita pergi nurseri bunga.

bunga butterfly purple tu .. pasu kecik.. RM10. tak beli pu ...

oh ya ke?..murah la tu

kalau kat area seri kembangan atau putrajaya...mahu berbelas ringgit satu pasu

samperit Publish time 31-8-2015 08:32 PM

mcm mn nak cari pokok ni ye

Ipo Publish time 1-9-2015 01:01 AM

samperit replied at 31-8-2015 07:32 PM
mcm mn nak cari pokok ni ye


cuba tanya kat nursery/tempat jua2l pokok bunga...kut2 ada jual
selalunya mak ipo beli kat pakcik tu(foto kat dalam artikel atas tu)

samperit Publish time 1-9-2015 09:57 AM

Ipo replied at 1-9-2015 01:01 AM
cuba tanya kat nursery/tempat jua2l pokok bunga...kut2 ada jual
selalunya mak ipo beli kat pakc ...

ape kata ipo bukak tred sape nk beli pokok rerama...blh order kat ipo jer :lol::lol:

hehehe gurau...tenkiu ipo

Ipo Publish time 1-9-2015 10:12 AM

samperit replied at 1-9-2015 08:57 AM
ape kata ipo bukak tred sape nk beli pokok rerama...blh order kat ipo jer

hehehe gur ...

kalau serius nak cari..nanti ipo kasi no telefon pakcik tu..:P
Pages: [1] 2 3
View full version: Pokok Rerama


ADVERTISEMENT