zamkumis Publish time 30-7-2015 12:34 PM

Tips memilih durian - Gambar2


Oleh kerana durian ini banyak sangat jenis dan ragamnya, mari kita kumpulkan koleksi kulit dan isinya, sebab ada juga durian kampung yang sedap, tapi memilih durian memang rumit untuk dapat yang bertuah, pada pendapat saya durian dari siam rasanya agak tawar dan tidak berbau kuat dan sesedap durian malaysia, mungkin disebabkan penggunaan baja kimia. Durian malaysia banyak menggunakan baja organik atau langsung tak berbaja, menjadilah ia durian yang natural rasa dan baunya lebih sedap dari durian import siam.


Rangking Gred durian dimalaysia:


1. Durian duri hitam - paling mahal
2. Musang king - Saya pernah makan tapi tidak menepati selera saya.
3. Udang merah - Lemak berkrim.
...
...
... Durian tembaga - tidak basah tidak kering, tidak lembut tidak keras, warna kekuningan boleh makan banyak dan tidak muak, tapi agak panas badan, kalau badan jadi panas minum air masam-masam macam oren ya. Sama macam makan kambing juga, untuk elakkan panas perlu minum air yang masam-masam.

Ciri-ciri durian kegemaran saya,iaitu Udang Merah dan D2. sendawa tak berbau tempoyak, sebaliknya berbau aroma wangi..nyam nyam. Durian lain banyak dah rasa, tapi tak sesedap udang merah.

znuyul Publish time 30-7-2015 12:43 PM

mane tips bergambarnye?

cpixie Publish time 14-9-2015 01:07 PM

i memang tak tahu pilih durian. macam mana cara nak pilih durian isinya bagus?

mogwaii Publish time 16-11-2015 01:08 PM

nice info... tunggu musim akan datang
Pages: [1]
View full version: Tips memilih durian - Gambar2


ADVERTISEMENT