Esmiria
Publish time 2-8-2015 09:48 PM
wipers81 replied at 2-8-2015 09:10 PM
Belum lagi Sis. In Sha Allah, dalam masa terdekat
ingt de update.....ropenya..
wipers81
Publish time 2-8-2015 10:14 PM
Esmiria replied at 2-8-2015 09:48 PM
ingt de update.....ropenya..
Psttt Esmiria... selingan tau.
ladyFinger12
Publish time 3-8-2015 11:30 AM
wipers81 replied at 2-8-2015 09:10 PM
Belum lagi Sis. In Sha Allah, dalam masa terdekat
Tak nampaklah siapa penerbit dia...
Anyway all the best and tahniah!
tapi kan.... mcm pelik je font warna pink tu :$
Ipo
Publish time 3-8-2015 11:32 AM
ladyFinger12 replied at 3-8-2015 10:30 AM
Tak nampaklah siapa penerbit dia...
Anyway all the best and tahniah!
itu logo Karystos cik lady..
tak jauh ofisnya dari ofis saya:$
kami berjiran..idea kreatif, october love, karystos, jemari seni..
ladyFinger12
Publish time 3-8-2015 11:36 AM
Ipo replied at 3-8-2015 11:32 AM
itu logo Karystos cik lady..
tak jauh ofisnya dari ofis saya
kami berjiran..idea kreatif, octo ...
ic... so para penerbit saling mengenali lah ek?
pst... kalau penulis lari ke penerbit lain, uols di kalangan penerbit kecik hati tak? Bermasam muka tak?
Ipo
Publish time 3-8-2015 11:40 AM
ladyFinger12 replied at 3-8-2015 10:36 AM
ic... so para penerbit saling mengenali lah ek?
pst... kalau penulis lari ke penerbit lain, uol ...
tak kecik hati..hati dah kecik, nak buat apa nak kecikkan lagi:lol:
itu hak penulis..cuma patuhi kontrak la..
apa yang dicatat dalam kontrak..
kalau tak menyalahi..go ahead..:$
wah..cakap macam pakar plak..;P
padahal baru jagung putik buat masak lemak campur sawi dan kubis..nyum...:drool3:
ladyFinger12
Publish time 3-8-2015 11:52 AM
Ipo replied at 3-8-2015 11:40 AM
tak kecik hati..hati dah kecik, nak buat apa nak kecikkan lagi
itu hak penulis..cuma patuhi ...
betul gak tu... buat apa nak kecikkan apa yg dah kecik :lol:
wipers81
Publish time 3-8-2015 02:34 PM
Edited by wipers81 at 3-8-2015 03:30 PM
PART 13
Arfah pantas berpaling. Kerana terkejut, jantungnya berdetak laju. Mujur masih melekat elok.
“Awak saya tengok sekarang, senang terkejut.”
“Zul, terkejut aje tak apa, jangan melatah. Buatnya saya tersebut nama haiwan larangan, baru awak tahu.”
“Awak... tak ada genetik melatah, kan Arfah?” Zulhasmi semakin melebarkan senyum sebaik melihat Arfah menggeleng. Langkah kanan dia hari ini, boleh pula berjumpa gadis idaman.
“Cuti ke Zul?”
“Arfah, mana ada sekolah buka hari minggu?”
Arfah sengih. Malu pula dia. Nampak sangat sudah lama tinggalkan alam persekolahan.
“Awak ada apa-apa kerja ke lepas ni?”
Arfah menggeleng. ‘Haish kepala ni, pantas betul bagi jawapan,’ getusnya.
“Boleh kita keluar? Saya nak belanja makan. Lepas tu,tengok wayang.”
“Zul, seumur hidup saya, tak pernah masuk panggung wayang.”
Zulhasmi menilik wajah Arfah, mencari andai wanita di depan sedang bergurau namun hampa. Wajah itu nampak serius. Ada lagi ke manusia di dunia serba moden ini tidak pernah masuk panggung wayang?
“Zul, saya tak main-main. Saya memang tak pernah masuk panggung wayang.”
“Biar betul Arfah?”
Arfah mengangguk perlahan. Sudah sedia maklum dia dengan reaksi seperti itu.
Hati Zulhasmi terdetik rasa kagum. Ini sudah bagus. Jarang wanita seperti Arfah dia jumpa. Dia masih merenung Arfah, yang dulunya seorang periang namun tidak lagi sekarang. Kematangan Arfah semakin jelas namun tidak padan dengan usia yang boleh dikata masih muda lagi. Arfah sekarang dia lihat, penuh dengan kelesuan.
Esmiria
Publish time 3-8-2015 03:24 PM
aku nk update.mnanya kak.asik balah komen. Awat hang lambat sgt hapdet?
ishj..blh juga tiru gya tulis wiper ni.
wipers81
Publish time 3-8-2015 03:46 PM
Edited by wipers81 at 3-8-2015 03:49 PM
PART 14
“Dah puas tilik muka saya Zul?” Tanpa disangka, ayat itu yang keluar dari mulutnya.
Zulhasmi disimbah bahang malu apabila ditegur begitu. Wajahnya lekas-lekas dipaling dari Arfah. Memandang sekitar sambil cuba menenangkan hati yang bergetar kuat tadi.
‘Arfah, kenapalah payah betul kau nak terima aku?’ hatinya merintih. Arfah, cinta pertamanya namun hingga kini masih tak terbalas cintanya. Mahal benar harga sebuah persetujuan dari Arfah.
“Arfah... saya masih tunggu...”
“Zul, jawapan saya masih sama.”
“Sampai bila Arfah? Sampai bila awak nak tangguh?”
“Saya tak suruh awak tunggu pun Zul.”
“Kenapa Arfah, sebab keluarga awak ke awak tolak cinta saya?”
“Apa maksud awak Zul?”
“Arfah, saya tahu pasal mak, pasal adik-adik awak...”
“Jangan mengarut Zul. Itu hal saya.”
“Sampai bila awak nak tanggung semua sendiri? Adik-adik awak, semua dah ada kerjaya sendiri. Mak awak sepatutnya tanggungjawab mereka juga.”
“Zul, buruk-buruk diorang, tetap keluarga saya.”
Zulhasmi diam. Dia tahu tahap ketegasan Arfah. Riak wajah mulus di depan sudah cukup menunjukkan isyarat, berhenti bertanya.
Esmiria
Publish time 3-8-2015 06:45 PM
wipers81 replied at 3-8-2015 03:46 PM
PART 14
aduh aduh syg.knpa kau tolak..
aduh aduh syg, knpa kau tolk.
cintaku ini..
wipers81
Publish time 3-8-2015 10:05 PM
Edited by wipers81 at 3-8-2015 10:09 PM
PART 15
“Mak, mana boleh buat macam ni!” Arfah tiada niat mahu kurang ajar namun emak sudah melampau. Membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
“Kenapa pula tak boleh? Kau tu anak aku, suka hati akulah!”
“Mak, ni soal hidup Arfah. Mana boleh mak terima macam tu aje? Bukannya kita kenal sangat keluarga diorang tu.”
“Hei Arfah, tak kenal apa pula! Kau dengan dia memang dah kenal lama, kan? Aku dah terima, kau jangan banyak songeh. Telinga aku ni dah nak naik bernanah tau bila dengar orang kampung ni kata macam-macam. Kau tak ada rasa malu ke? Kau tahu tak, diorang tu kata, aku simpan anak dara tua. Dah orang berkenan kat kau, aku okeykan ajelah. Kau nak tunggu putera raja mana datang pinang kau?”
“Mak, kenapa nak kisah dengan mulut orang? Bukan diorang yang bagi kita makan. Arfah tak sedia nak kahwin lagi.”
“Kau jangan nak mengelak. Aku dah terima lamaran diorang, kau jangan cari pasal!”
“Tapi mak...”
“Kau jangan bagi aku sumpah jadi anak derhaka. Aku kata ikut, ikut ajelah. Jangan nak panaskan hati aku ni.”
Hati Arfah, penuh dengan kepiluan. Bertindan-tindan rasa pilu itu di dalam hati, dilapisi pula dengan sedih. Dilayan bagai anak tiri sejak kecil hingga dia tertanya-tanya, adakah dia benar-benar anak kandung? Dengan lelehan air mata, dia berlalu pergi. Masuk sahaja ke dalam bilik, tangannya pantas mengemas pakaian. Dia mahu segera pergi dari rumah itu.
“Ingat, bulan depan jangan tak balik pula. Kau buat macam tu, aku report polis, kata kau lari rumah!”
Apabila emak berkata-kata... Arfah melajukan langkah. Hajat mahu tidur semalam di kampung, dibatal serta-merta. Sebaik dia menghumbankan diri ke atas kusyen kereta Vivanya, kepala terus diletak ke stereng dengan dahi berlapikkan kedua tangan. Tangisan, hanya bergema di dalam kereta itu. Berjuraian air matanya jatuh.
“Ayah, Arfah rindukan ayah.” Nama itu dirintih setelah lama dibisukan. Hanya lelaki itu yang faham akan dirinya. Lelaki, yang hampir lima tahun pergi meninggalkannya. Pergi yang tidak akan kembali. Bagai tidak tergalas beban yang perlu dia pikul semenjak pemergian lelaki yang amat disayanginya itu.
Zamzam2013
Publish time 4-8-2015 01:44 PM
Jahatnya mak dia... Kesian arfah...
wipers81
Publish time 4-8-2015 09:54 PM
Zamzam2013 replied at 4-8-2015 01:44 PM
Jahatnya mak dia... Kesian arfah...
jahat-jahat emak, mungkin ada maksud tersirat agaknya Zam. Barangkali, cara itu yang terpaksa emak guna, suruh anak sulung dia kahwin.
wipers81
Publish time 4-8-2015 09:57 PM
Edited by wipers81 at 4-8-2015 10:13 PM
PART 16
“Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu?” Kecil besar matanya memandang lelaki yang beriak wajah selamba itu. Geramnya dia, rasa macam nak dicakar saja wajah yang dikata tampan oleh orang lain.
“Kalau bincang, awak akan setuju ke Arfah?”
“Awak...” Arfah menarik nafas dalam-dalam. Gigi sudah diketap, agak kuat.
“Duduk dulu Arfah. Kita cakap elok-elok.”
“Cakap elok-elok! Dengan orang macam awak?”
“Duduk dulu Arfah.”
Arfah merengus kemudian dia melabuh duduk. Akur juga dia akhirnya. Lelaki di depan, berulah lain benar hari ini. Riak wajah itu jelas menampakkan serius campur tenang. Tidak seperti selalu.
“Saya minta maaf sebab buat macam ni. Saya dah tak sanggup Arfah. Setiap kali ingatkan awak, saya... Awak mungkin tak faham apa yang saya lalui.”
“Kenapa awak terus setuju? Awak tak tahu pasal keluarga saya, pasal mak saya...”
Esmiria
Publish time 4-8-2015 10:02 PM
wipers81 replied at 4-8-2015 09:57 PM
PART 16
ciputnya.......syreeeeeeeek..Syreeek.bunyi siput berjln
wipers81
Publish time 4-8-2015 10:14 PM
Esmiria replied at 4-8-2015 10:02 PM
ciputnya.......syreeeeeeeek..Syreeek.bunyi siput berjln
Sabar Es. Ko kang, akak hantar masuk sekolah pondok nanti. :lol:
Zamzam2013
Publish time 5-8-2015 05:37 AM
wipers81 replied at 4-8-2015 09:54 PM
jahat-jahat emak, mungkin ada maksud tersirat agaknya Zam. Barangkali, cara itu yang terpaksa emak ...
Betul tu kak tp sometimes cara tu tak kena kak... Dhlah semua benda arfah yg tanggung... Dlm kes mak arfah ni zam pun tak tahu apa maksud disebaliknya... Mungkin salah satu cara tebus kesalahan dia yg lalu... Mungkin dia dh sedar beruntungnya dia dpt anak mcm arfah... Of course hanya akak yg tahu...
cokolat
Publish time 12-10-2015 04:37 PM
Lama nya ilang
RinIna
Publish time 13-10-2015 12:36 PM
Ehhh.. laa.. tgh syok2 baca.. ingt habis dh.. ermmm i'm waiting.. {:hypnotizeo