Zamzam2013
Publish time 28-7-2015 07:35 PM
Kesian arfah...Ini kisah benar atau hanya rekaan sis ... Sedihnya
Esmiria
Publish time 28-7-2015 07:39 PM
Akak syg,bila baby akak syg tu nak lahir.sy menabti.jgn mhl harganya sudhlah.
wipers81
Publish time 28-7-2015 10:03 PM
Edited by wipers81 at 24-8-2018 03:54 PM
PART 8
Penat betul Arfah hari ini. Banyak stok baru masuk hingga memaksa dia bekerja lebih teruk dari biasa. Waktu rehat sedang dimanfaatkan dengan betul di kantin. Zulhasmi, tiba-tiba nama itu terlayar di dalam kotak memorinya. Lelaki yang tidak pernah kenal akan putus asa. Masih tidak jemu menagih cintanya. Arfah sedar, dia bukan muda lagi. Seru untuk bertemu jodoh masih belum sampai. Buat masa sekarang, hatinya masih tidak terbuka untuk bercinta. Mana dengan masalah keluarga... ah, dia semakin buntu. Semakin dia tidak kenal dengan perangai setiap ahli keluarganya.
“Tak habis makan lagi ke?”
Pantas Arfah berpaling, matanya membeliak dan kini dia berpaling semula sambil mencebik.
“Amboi sombongnya dia.” Ikram ketawa kecil smelihat ragam Arfah. Ada dia kisah?
“Boleh saya duduk?”
Senyap.
“Saya dah duduk ni.”
“Duduklah, kenapa nak tanya lagi! Bukan ada nama siapa-siapa kat kerusi tu. Hak awam.” Arfah mengecilkan mata sambil menggigit bibir, ‘gelak pula dia ni,’ getusnya.
“Kelakarlah awak ni Arfah,” Ikram sambung ketawa lagi. Entah apa yang lucu agaknya? Angau sedang menguasai diri, walhal wajah mencuka Arfah, bukan dia tidak nampak. Manis pula Arfah dengan riak begitu.
Arfah memandang lelaki di depan. Keningnya semakin berkerut. Apa kena agaknya dengan encik penyelia itu? Wayar di kepala betul-betul putus agaknya?
“Arfah,” Ikram ketawa kecil lagi.
wipers81
Publish time 28-7-2015 10:18 PM
Edited by wipers81 at 28-7-2015 10:23 PM
PART 10
“Tak sihat ke?” Sambil-sambil mata Arfah memerhati kawasan sekitar, terlihat olehnya akan gelagat orang sekeliling, berbisik-bisik sesama sendiri. Dia semakin rimas kerana menjadi tumpuan.
“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu.” Arfah lekas-lekas bangun dan mula mengatur langkah.
“Nanti Arfah.”
Langkah terhenti dan mata Arfah sudah dibeliak sehabis mungkin. Terarah pandangan yang tajam ke tangan lelaki itu yang sudah memegang lengan bajunya.
“Apa pegang-pegang ni!” Dia merentap kembali lengan bajunya dan memandang semula lelaki itu dengan pandangan yang sarat geram. Ada juga yang kena penampar nanti.
“Saya pegang tangan awak betul-betul nanti, baru tahu.”
Jawapan selamba dari Ikram itu mengundang rengusan dari Arfah. Mata sudah dikecil manakala bibir sudah digigit kuat.
“Encik Ikram, saya serius. Saya tak suka encik buat macam ni!”
“Arfah. Saya serius sukakan awak. Awak yang buat-buat tak nampak. Pernah awak peduli hati dan perasaan saya? Awak nak macam mana lagi? Saya dah puas luah cinta kat awak.” Oktaf suara Ikram menjadi tinggi rendah. Bukanlah geram tetapi Arfah, gadis itu seperti sedang mencabarnya.
Arfah terdiam kemudian matanya curi-curi pandang sekeliling lagi. Sah, kali ini mereka memang menjadi tumpuan. Bibir bawah sudah digigit kuat. Mengapa perlu lelaki itu mencipta suasana memalukan ini? Dia memberanikan diri memandang wajah lelaki yang semakin menyemarakkan rasa geram di hati. Tajam sekali pandangan yang di tujukan kepada lelaki itu.
“Arfah, sampai bila awak nak dera hati saya? Sampai bila!”
“Encik Ikram merepek apa ni?”
Esmiria
Publish time 28-7-2015 10:41 PM
wipers81 replied at 28-7-2015 10:18 PM
PART 10
arfah jual mhl. loll.
Zamzam2013
Publish time 28-7-2015 10:57 PM
Kesian arfah terpaksa korban perasaan sendiri utk kebahagiaan org lain...
Ezzie
Publish time 29-7-2015 08:23 AM
best2....nak sambungan...nak sambungan...{:1_152:}{:1_152:}
Ipo
Publish time 29-7-2015 01:12 PM
wipers81 replied at 28-7-2015 03:23 PM
PART 7
“Cuma apa Arfah?”
“Takkan tak ada kot? Takkan semua perempuan kat luar sana rabun?” Arfah mengulum kata sebaik Zulhisham meletuskan gelak.
akak...Zulhasmi ke Zulhisham?
ke saya yang tak faham..ada dua watak ke?:o
wipers81
Publish time 29-7-2015 02:01 PM
Ipo replied at 29-7-2015 01:12 PM
“Takkan tak ada kot? Takkan semua perempuan kat luar sana rabun?” Arfah mengulum kat ...
Hahaha.. yelah Ipo. Nampaknya akak yang rabun
wipers81
Publish time 30-7-2015 09:31 PM
Edited by wipers81 at 30-7-2015 09:38 PM
PART 11
“Saya tak merepek. Saya memang nakkan awak. Saya dah penat, penat tunggu jawapan awak. Kita, bukannya muda lagi.”
“Apa masalah encik ni? Untuk pengetahuan Encik Ikram, saya tak pernah usik hidup encik,”
“Tapi awak usik perasaan saya Arfah. Awak usik jiwa saya untuk cintakan awak walaupun awak tak pernah layan saya. Saya dah cuba lupakan awak tapi saya tak mampu. Awak... terlalu istimewa.”
Arfah tersentak. Ya, memang lelaki itu selalu mengejar dan mendamba cinta darinya walaupun selalu dia rasa jengkel namun hari ini lelaki itu... nampak lebih serius. Ikram... lelaki yang gemar bergurau namun gurauan lelaki itu terhadap Arfah selalu melebihi tahap yang sepatutnya. Arfah sering makan hati.
Kenapa diam Arfah? Awak memang jenis perempuan yang suka main-mainkan perasaan lelaki ke?”
“Jaga sikit mulut awak tu Ikram!”
“Habis, awak perempuan jenis macam mana?” Ikram sudah panas hati bertambah panas tatkala melihat Arfah hanya diam.
“Atau awak Arfah... bernafsu songsang, suka...”
Pang!
Ikram terdiam lantas tangan kanan sudah melekap ke pipi. Pijar, walaupun semakin menjalar namun matanya tidak lepas memandang seraut wajah di depan, wajah yang sedang menahan marah.
“Kau tak ada hak pertikai pasal aku!” Arfah terus berlalu dengan langkah sepantas mungkin.Dia juga terkejut, ringan benar tangannya tadi. Air mata merembes dengan laju. Malu, geram, sakit hati... semakin bercampur aduk hingga dia tidak tahu yang mana satu perlu dia dahulukan?
wipers81
Publish time 30-7-2015 09:45 PM
Edited by wipers81 at 30-7-2015 10:01 PM
PART 12
“Arfah, mak nak pakai duit.”
“Mak, dua hari lepas Arfah bagi tiga ratus. Takkan dah habis?”
“Mak dah guna. Nak bagi ke tak ni Arfah!”
Arfah diam. Tubir matanya sudah terasa panas. Mak, nama itu dikeluh di dalam hati.
“Arfah, dengar tak? Mak nak pakai duit sangat-sangat ni.”
“Yalah, nanti Arfah masukkan.”
“Sekarang, jangan lambat pula!” Tut... tut... tut.
Arfah melihat telefon bimbit, model lama yang tidak pernah berganti. Air matanya mengalir deras. Mengapa emak selalu bersikap begitu dengannya? Arfah menangis puas-puas. Setelah puas menangis, Arfah bingkas bangun, mula bersiap. Dia melangkah keluar dari rumah dengan hati yang membukit sedih. Janji pada emak perlu ditunai.
“Cuti ke hari ni?”
Esmiria
Publish time 30-7-2015 10:02 PM
wipers81 replied at 30-7-2015 09:45 PM
PART 12
Oh.arfah so called gay.haha.lol.
wipers81
Publish time 31-7-2015 11:21 AM
EncikKrab replied at 28-7-2015 04:08 PM
sambung lagi cpt2
Dah sambung, jom baca
wipers81
Publish time 31-7-2015 11:22 AM
Zamzam2013 replied at 28-7-2015 07:35 PM
Kesian arfah...Ini kisah benar atau hanya rekaan sis ... Sedihnya
Zam. Maaf lambat reply. Ada hal kena urus pasal 'baby' sulung. Last minute ada masalah pula tapi hope semuanya ok.
Kisah ni nak kata rekaan... macam tak. Nak kata betul... agaknyalah. Sebab tak mustahil perkara macam ni terjadi dalam masyarakat kita.
wipers81
Publish time 31-7-2015 11:24 AM
Esmiria replied at 28-7-2015 07:39 PM
Akak syg,bila baby akak syg tu nak lahir.sy menabti.jgn mhl harganya sudhlah.
Es, In Sha Allah akan lahir juga 'baby' tu. Masih bertungkus lumus menyelesaikan masalah yang datang saat akhir. Sabar ya.
wipers81
Publish time 31-7-2015 11:37 AM
Zamzam2013 replied at 28-7-2015 10:57 PM
Kesian arfah terpaksa korban perasaan sendiri utk kebahagiaan org lain...
Insan macam ni, memang wujud
Esmiria
Publish time 31-7-2015 11:53 AM
wipers81 replied at 31-7-2015 11:22 AM
Zam. Maaf lambat reply. Ada hal kena urus pasal 'baby' sulung. Last minute ada masalah pula tapi h ...
takpe wiper .mmng ada bnrnyakn.janji wiper x wat plot tentang es kna kawen dgnsuami yg berbau kambing ..pahtu gaduh2..hehehehe
Zamzam2013
Publish time 1-8-2015 09:52 AM
wipers81 replied at 31-7-2015 11:22 AM
Zam. Maaf lambat reply. Ada hal kena urus pasal 'baby' sulung. Last minute ada masalah pula tapi h ...
Its ok sis... I don't mind... As long as ada samvunga... I ok je... Hehehehe
ladyFinger12
Publish time 1-8-2015 10:44 AM
wipers81 replied at 31-7-2015 11:24 AM
Es, In Sha Allah akan lahir juga 'baby' tu. Masih bertungkus lumus menyelesaikan masalah yang data ...
lady ingatkan dah lama keluar
yg tajuknya Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia
kan?
wipers81
Publish time 2-8-2015 09:10 PM
Edited by wipers81 at 2-8-2015 09:26 PM
ladyFinger12 replied at 1-8-2015 10:44 AM
lady ingatkan dah lama keluar
yg tajuknya Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia
Belum lagi Sis. In Sha Allah, dalam masa terdekat