changa=famri7 Publish time 27-7-2015 06:13 AM

Tanaman penghalau nyamuk

Tetamu Aidilfitri yang diraikan dalam latar taman seharusnya berada dalam keadaan selesa sepanjang masa.Jika kurang mementingkan persekitaran yang bersih dan tanaman tidak terjaga, ia mengundang pembiakan nyamuk.Justeru, dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai tanaman yang berperanan sebagai penghalau nyamuk.Kehadiran tanaman ini bukan sekadar menambahkan seri taman, malah menghindari pembiakan nyamuk.Antara taman yang mempunyai peranan sedemikian ialah:1) PudinaTanaman ini tampil dengan daun yang menghijau dan tidak digemari nyamuk. Penghasilan pati minyak menggunakan daun pudina juga banyakmembantu. Caranya de-ngan mengisar pudina bersama minyak masak dan sedikit air.2) Bunga lavenderTanaman ini turut dikenali sebagai bunga tiga bulan dan dikatakan berasal dari pergunungan Alps, Switzerland.Nyamuk tidak menyukai tanaman ini terutama aroma bunganya. Lavender mempunyai zat linalool dan lynalyl acetate.Kedua-dua zat ini boleh diperoleh dari proses penyulingan selain menjadi bahan anti nyamuk.Bagaimanapun, anda tidak perlu membuat penyulingan lavender. Cukup sekadar menanam bunga itu sebanyak penyeri landskap kediaman anda.3) Bunga rosemary atau selasih (ocimum) Bunga selasih antara tumbuhan yang boleh dimanfaatkan daun, bunga dan bijinya sebagai rempah serta penyegar.Pelbagai bahagian tumbuhan ini mempunyai bau, perisa termasuk manis dan bergantung kepada jenisnya. Ada di antaranya boleh menyebabkan mabuk.Sering digunakan untuk mengusir nyamuk. Beberapa jenis selasih termasuk kemangi dikatakan berasal dari Asia Tenggara.Namun sebahagian besar dianggap berasal dari Benua India.4) Citrosa mosquito Tanaman ini turut dianggap musuh nyamuk dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Ia tergolong dalam famili geranium (lemon-geranium). Penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian khusus.Biasanya apabila disentuh tanaman ini mengeluarkan bau limau yang amat kuat dan boleh mengusir serangga.5) Marigold (bunga tahi ayam)Tanaman ini berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis Marigold iaitu tagetes erecta (African marigold) dan tagetes patula (dwarf French marigold). Sering dilihat menyerikan taman atau landskap kerana warnanya yang menyerlah.6) Bunga kantanNama saitinfiknya ialah etlingera eliator dan antara tanaman yang digunakan dalam masakan.7) Serai wangi Serai terkenal sebagai pelengkap dalam masakan.Mempunyai zat geraniol dan sitronelal yang tidak digemari nyamuk.Estrak serai juga banyak diguankan dalam pembuatan losen penghalau nyamuk dengan aroma khas.



http://assets.hmetro.com.my/images/articles/halau04.transformed.jpgBUNGA kantan atau nama saintifiknya etlingera eliator.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65959#sthash.p6oPqcxh.dpuf

Farini Publish time 28-7-2015 06:57 AM

senang dapatkan serai wangi sekarng ni.

http://seraiwangi.com.my/wp-content/uploads/2014/12/3.png

purpledesire Publish time 2-8-2015 09:31 PM

good info tt.. {:thumbo

513172 Publish time 6-8-2016 11:19 PM

Bole la tanam kat tepi rumah.. Kasi anak2 main outdoor sket.. Ni asyik takut kene gigit nyamuk

xyhxxy Publish time 29-9-2016 04:44 PM

good info. tq

cik_kitty Publish time 18-11-2016 07:48 PM

Gud info..tp meol beli je serai masaj tu letak kt umah..tp pastikan ada akar bole tumboh ;P;P
Pages: [1]
View full version: Tanaman penghalau nyamuk


ADVERTISEMENT