virgo19 Publish time 24-7-2015 11:11 PM

Pelaburan emas.. betulke menguntungkan?

Salam semua kawan2.. saya baru terbuka hati nak cuba pelaburan emas ni. Tapi masih ragu2 sebab kurg pendedahan, memandangkan kalangan keluarga dan kawan2 takde yg buat pelaburan emas ni. Rata2 diorg lebih suka simpan kt asb dan tabung haji. Tadi ada baca artikel, betul ke keuntungan boleh mencecah purata 20% setahun? Mcm best je.. Ada tak sesiapa yg dah buat pelaburan emas ni.. mohon share pengalaman korang..

BigPanther Publish time 24-7-2015 11:49 PM

bagi aku cuma ok kalau ada emas fizikal
tak yah nak percaya 20% or apa
remember, nothing certain in investment
emas fizikal ni bagusnya bila shit hit the fan, ko ada emas d tangan
gi africa pon laku harga sama

edee_91 Publish time 25-7-2015 12:27 AM

ooooo...... baharu aku tahu.

mommymonster82 Publish time 25-7-2015 01:04 AM

Jangka panjang yer..jangka pendek tidak...
Pastikan pelaburan ada emas fizikal baru halal disisi syariah.kalu sekadar nombor tak boleh...

Esmiria Publish time 25-7-2015 01:58 AM

mommymonster82 replied at 25-7-2015 01:04 AM
Jangka panjang yer..jangka pendek tidak...
Pastikan pelaburan ada emas fizikal baru halal disisi sy ...

thnx for the info

koliba Publish time 25-7-2015 02:21 AM




1-4chHr5nso

csF9P-RVAOY

AdBUTKtaHGc




AbukRokok Publish time 25-7-2015 06:20 AM

ko beli emas skrg 150...bulan semilan nti rege 130 je ;P

alieyrina Publish time 25-7-2015 07:21 AM

Kwn aku mcm tiap2 bulan beli gelang mas...mungkin ang leh tiru cam dia...tiap2 bulan ok...

virgo19 Publish time 25-7-2015 07:42 AM

mommymonster82 replied at 25-7-2015 01:04 AM
Jangka panjang yer..jangka pendek tidak...
Pastikan pelaburan ada emas fizikal baru halal disisi sy ...

Terima kasih atas info.. mmg niatnya utk pelaburan jangka panjang. Utk persaraan dan pendidikan anak2. Mungkin lagi 10-20 tahun baru nak jual balik.

bellaa Publish time 25-7-2015 08:46 AM

for ur reference

Harga emas jatuh ke paras terendah sejak 2010
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=886226

ninja boy Publish time 25-7-2015 11:58 PM

Edited by ninja boy at 26-7-2015 12:38 AM

hang dah beli rumah ke belum
patut simpan 40% dalam bentuk hartanah, 25% fizikal emas dan perak, 10% dalam tunai. jika belaku masalah ekonomi @ wang kertas menurun, emas dan hartanah masih ada.

philipinoe2 Publish time 26-7-2015 11:21 AM

jap panggil parot skemer utk sexplen...:lol:

virgo19 Publish time 26-7-2015 03:23 PM

semua mcm negatif je.. ni yang down semangat ni.. huhu

kumbang7 Publish time 27-7-2015 11:21 AM

untuk pelaburan simpan je la di tabung haji or asb..emas ni harga x menentu, skrg ni pulak harga emas dlm trending menurun..

dinamokiev Publish time 27-7-2015 01:32 PM

Orang mana invest dalam emas dah. Merugikan. Emas dah macam minyak, so volatile. Baik invest dalam hartanah. Harga tanah takkan jatuh. Kecuali ada orang buat kubur sebelah tanah kau beli tu. ;P

farouk21 Publish time 27-7-2015 01:40 PM

wow..ade topik emeh...
ok..incek parok akan mengomen secara ilmiah...
sebelum tu..ASL Pliss..

Kalau kata keuntungan pelaburan emeh tu 20% meningkat setiap tahun..itu adalah taik seladang..
Since smua komiditi mcm emeh, oil , perak,platinum ada dalam forex, so keuntungan pelaburan yg dpt pun banyak dari FOREX.yg mana target "buy low sell high".tapi hukumnya tak patuh syariah pasal syaratnyer,,,, Beli Emeh dapat Emeh.
.
So tukarkan niat dari nak wat pelaburan, tukar jadi niat nak buat simpanan. xyah fikir turun naik harga emeh.
Since bila simpan emeh, sayang sket nak tukar emeh tu jadi duit..lagipun, RM bukan selalunya naik..turun menjunam ada.
.
Nak untung lagi,try bisnes emeh..hihihi..
.

Sekian
Pakar Emeh yakni incek parok yg sochi dan jujur.
tak macam @philipinoe2si scammer

virgo19 Publish time 27-7-2015 02:09 PM

ninja boy replied at 25-7-2015 11:58 PM
hang dah beli rumah ke belum
patut simpan 40% dalam bentuk hartanah, 25% fizikal emas dan perak, 10 ...

rumah dah beli.. yang tgh duduk sekarang. skrg ni tgh buat bisnes kecil2an, ada la lebihan duit tiap2 bulan dalam rm4-5k mcm tu. tu yg terfikir nak buat pelaburan, samaada emas atau hartanah.

farouk21 Publish time 27-7-2015 02:32 PM

virgo19 replied at 27-7-2015 02:09 PM
rumah dah beli.. yang tgh duduk sekarang. skrg ni tgh buat bisnes kecil2an, ada la lebihan duit ti ...

so sila beli lg umah...hihihih...beli yg lelong ke..yg 100k, janji org senang nak sewa.
emeh tu just utk insuran je..incase anything happen to RM or nak kluar negara, bawak emeh..huhu

mongoose_kidz Publish time 27-7-2015 03:07 PM

nak tumpang tanya..
klau join powergold ok ke??.xnk buat networking pun..just nak beli je
beli pun x byk..dlm 1 gm 1 bulan..
Teringin nak try smpanan yg lain skit..
slalu tbg hj,asb n main kutu..
mohon sgt bg pndpt

alibrandi Publish time 28-7-2015 09:04 AM

ce try baca blog mohdzulkifli.com
banyak artikel dia ajar pasal emas ni
dia ni bagus sangat. walaupun dia jual emas tapi dia akan nasihat betul2 kalau nak mula beli emas ni.
bukan nak kejar untung semata.
antaranya sebelum beli emas kalau boleh pastikan kita dah ada simpanan 3 bulan gaji dalam bentuk wang ringgit sebab emas ni pelaburan jangka panjang, bukan jangka pendek.
Pages: [1] 2
View full version: Pelaburan emas.. betulke menguntungkan?


ADVERTISEMENT