bianglala Publish time 21-7-2015 09:45 PM

Buah Belimbing Wuluh


https://farm2.staticflickr.com/1298/895999340_23309f9fd2_o_d.jpg

Secara umumnya, buah belimbing terdiri daripada dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur. Di negara kita, belimbing buluh disebut sebagai buah belimbing sayur, belimbing buluh dan belimbing asam. Manakala di kawasan Nusantara pula, tanaman ini memiliki pelbagai nama seperti belimbing wuluh, selimeng, malimbi, calincing dan asom.

Secara saintifik, belimbing Wuluh dikenali sebagai Averrhoa Bilimbi L (bahasa Latin). Tanaman asli ini berasal daripada Amerika Syarikat. Tanaman ini pertama kali dipertemukan dikepulauan Maluku, Indonesia. Ia dikembangbiakkan serta tumbuh di beberapa buah kawasan seperti di Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Myanmar dan juga Malaysia.

Banyak kajian yang dilakukan terhadap buah belimbing buluh kerana kepekatan rasa masam yang terkandung dalam buah tersebut. Buah ini juga mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antara kandungannya ialah protein, kalsium, fosfor, zat besi dan beberapa jenis vitamin.

Di sebalik rasa masam, buah ini bermanfaat untuk mengubati penyakit seperti anti-radang, diabetes, dan lain-lain. Selain itu, ia juga sangat istimewa kerana digunakan sebagai perencah dalam masakan dan campuran ramuan jamu.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan pada bulan Mac 2014, Jerantut bakal menjadi pengeluar utama belimbing buluh di Pahang apabila projek sulung tanaman secara berkelompok dijalankan. Ia membabitkan tiga buah kampung yang akan mengeluarkan hasil pada tahun ini. Kesemua tanaman ini membabitkan kawasan seluas 125 hektar di Kampung Gintong, Bukit Puas dan Tebing Tinggi. Penanaman buah belimbing ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Kisah dongeng Wuluh disumpah seranah oleh seorang nenek telah menyebabkan buah belimbing yang manis berubah masam. Itulah yang berlaku kepada seorang gadis cantik yang bernama Wuluh.

Dikatakan pada suatu hari, datang seorang nenek tua singgah berehat di bawah pokok belimbing kesayangan Wuluh. Wuluh begitu marah melihat nenek tua yang tidak mahu berganjak daripada pokok buah belimbing kesayangannya. Dia melemparkan sebiji belimbing yang telah busuk ke arah nenek itu.

Nenek itu terperanjat lalu marah dan menyumpah. Pada keesokan harinya Wuluh dapati buah belimbingnya kesukaannya telah berubah rasa daripada manis kepada masam. Disebabkan itu, penduduk menamakan buah itu sebagai "Belimbing Wuluh". Ia sebagai memperingati kisah Wuluh agar menjadi teladan dan pengajaran.

Seperti kisah dongeng yang lain, kisah ini juga cuba menyampaikan mesej kepada masyarakat. Justeru itu, sebutan 'wuluh' akhirnya menjadi 'buluh' di Malaysia.
Sumber Artikel : Majalah INFINITI JUN 2015.

anniez08 Publish time 21-7-2015 11:42 PM

belimbing ni masam sgt2..
buat masak2 sedap gak..

ip_lepat Publish time 21-7-2015 11:47 PM

anniez08 replied at 21-7-2015 11:42 PM
belimbing ni masam sgt2..
buat masak2 sedap gak..

masak asam ikan patin ;P

anniez08 Publish time 21-7-2015 11:51 PM

ip_lepat replied at 21-7-2015 11:47 PM
masak asam ikan patin

sedap tu..{:thumbo
tp biasa org masak belimbing buluh dgn gulai lemak.
kecur air liur bila bayangkan..;P

ip_lepat Publish time 21-7-2015 11:53 PM

anniez08 replied at 21-7-2015 11:51 PM
sedap tu..
tp biasa org masak belimbing buluh dgn gulai lemak.
kecur air liur bila bayan ...

masa kecik2 dulu main perang je dgn belimbing tu
baling yg dah busuk kat org lain ;P

anniez08 Publish time 21-7-2015 11:55 PM

ip_lepat replied at 21-7-2015 11:53 PM
masa kecik2 dulu main perang je dgn belimbing tu
baling yg dah busuk kat org lain

nakalnya..;P
combat ke?..

ip_lepat Publish time 21-7-2015 11:56 PM

anniez08 replied at 21-7-2015 11:55 PM
nakalnya..
combat ke?..

budak lelaki beb..
bkn gayah nk main masak2 :lol:

imransulaiman Publish time 22-7-2015 07:11 AM

Agak-agaknya pickle yang ada dalam burger Burger King tu diperbuat daripada belimbing buluh ke?

bianglala Publish time 22-7-2015 08:33 AM

imransulaiman replied at 22-7-2015 07:11 AM
Agak-agaknya pickle yang ada dalam burger Burger King tu diperbuat daripada belimbing buluh ke?

rasanya pickle dalam burger king tu.. sejenis timun(?)

http://thepoliticalcarnival.net/wp-content/uploads/2014/01/CantorPicklesw446h318.jpg

imransulaiman Publish time 22-7-2015 12:52 PM

bianglala replied at 22-7-2015 08:33 AM
rasanya pickle dalam burger king tu.. sejenis timun(?)

Ooooo species timun rupanya....


Terima kasih...dan selamat hari raya :)   

bianglala Publish time 22-7-2015 01:52 PM

imransulaiman replied at 22-7-2015 12:52 PM
Ooooo species timun rupanya....




selamat hari raya juga. :)

dekmieDandy Publish time 22-7-2015 03:23 PM

yg ni buat sambal itam tu kan {:1_141:}

Elle_mujigae Publish time 23-7-2015 06:07 PM

Pokok belimbing kat kampung kita...:loveliness:

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201507/23/180558h59qunbbui9qqnze.jpg

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201507/23/180558s515561zpl58qr1n.jpg





Elle_mujigae Publish time 23-7-2015 06:10 PM

Thank you mod for the kredit raya..hehe...

bianglala Publish time 24-7-2015 01:41 PM

Elle_mujigae replied at 23-7-2015 06:07 PM
Pokok belimbing kat kampung kita...

terima kasih kongsi gambar. :loveliness:

bianglala Publish time 24-7-2015 01:41 PM

dekmieDandy replied at 22-7-2015 03:23 PM
yg ni buat sambal itam tu kan
tepat sekali.

http://2.bp.blogspot.com/-ydT65aF9tJk/UtdT16Iax6I/AAAAAAAACPw/C1l6JgqPLWk/s1600/sambal+hitam+belimbi+belimbing+buluh+4.jpg

kredit : Wendyinkk blogspot

Ipo Publish time 2-8-2015 08:40 PM

Selama ni ipo panggil belimbing buluh..first time dengar wuluh;P

bianglala Publish time 3-8-2015 07:14 AM

Ipo replied at 2-8-2015 08:40 PM
Selama ni ipo panggil belimbing buluh..first time dengar wuluh

sama la. rupanya ada kisah dongeng pula. :sweat3:

tari Publish time 6-8-2015 09:58 AM

belimbing buluh ni, kita paling suka masak gulai dengan telur itikmabeles...


http://farm6.static.flickr.com/5105/5652493881_a6be79bb78.jpg

bianglala Publish time 6-8-2015 01:30 PM

tari replied at 6-8-2015 09:58 AM
belimbing buluh ni, kita paling suka masak gulai dengan telur itikmabeles...

ada la pokok ni di rumah tari ya.

Pages: [1] 2
View full version: Buah Belimbing Wuluh


ADVERTISEMENT