Nusantara77 Publish time 21-7-2015 11:02 AM

Misteri Batu Membesar Jika Terkena Air

http://4.bp.blogspot.com/-IJ1mPm2LWcI/UsKzscbt0RI/AAAAAAAA_UE/GxwIUF0EzXY/s320/2013-12-31_195718.jpg

Romania mempunyai sebuah tarikan tersendiri yang disebut Trovants. Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi sebuah batu yang akan membesar ketika hujan dan boleh berpindah sendiri.

Batu yang namanya bermakna "pasir disimen" itu terdapat di desa Costesti. Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah adanya aktiviti seismik yang kuat. Gempa bumi yang memunculkan batu itu pada 6 juta tahun yang lalu.

Trovants kemudian tumbuh ketika terkena dengan air. Akhirnya, dari ukuran semula 6-8 mm kini telah mencapai 6-10 meter atau lebih.




Proses pertumbuhan itu dibuktikan dengan adanya lingkar usia pada batu, sama seperti pokok. Trovants mempunyai teras baru dengan kulit luar yang terdiri daripada pasir. Selepas hujan lebat maka batuan kecil akan jadi besar dan kesemua batu tersebut bentuknya seakan mirip.

Ada banyak teori, dari ilmiah hinggakan mistik, mengenai keanehan Trovans. Saintis yakin di sebalik cengkerang batu tersebut mengandungi mineral tinggi yang jika basah akan merebak dan menjadi lebih besar. Namun itu hanya teori yang belum dibuktikan dengan kajian.

Trovants kini menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Romania. Muzeul Trovantilator (Muzium Nasional Perlindungan Trovants) ditubuhkan pada 2004 dan sekarang dilindungi UNESCO.
http://1.bp.blogspot.com/-M2r5OFxNn38/UsKzsf_emtI/AAAAAAAA_UA/16OyXFBVZs8/s1600/2013-12-31_195737.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-SQS4wCQ7lIA/UsKzsVcunPI/AAAAAAAA_UI/f9c_RsgL4Do/s1600/2013-12-31_195754.jpg
dairishare


ipes2 Publish time 21-7-2015 11:52 PM

Ohhh camni benda nye.
I cari dalam google dia soh gi wikipaedia under concretion

areenarena Publish time 22-8-2015 06:08 PM

ada bateria jenis tukar CO2 dari udara dan kalsium dari bahan organik kepada kalsium karbonat kot.ibarat plak taik gigi kita.

areenarena Publish time 22-8-2015 06:08 PM

ada bateria jenis tukar CO2 dari udara dan kalsium dari bahan organik kepada kalsium karbonat kot.ibarat plak taik gigi kita.

duffyduck Publish time 14-9-2015 11:10 AM

fuiyoooohh!!
Pages: [1]
View full version: Misteri Batu Membesar Jika Terkena Air


ADVERTISEMENT