akudansesuatu Publish time 2-7-2015 08:28 AM

Jom Bincang : Cara Penulisan

Assalamualaikum para penulis...

Rasanya dalam dunia penulisan ni banyak cara untuk menulis. Yang aku boleh listkan ada 3. Istilah ni aku hentam aje sebab aku pun tak tau istilah sebenarnya:

1. Penulisan Monolog dalaman
-Yang ni ramai juga yang buat. contoh : 'Aku memandu motorkar itu melalui rumah Rosmah. Nampak macam sunyi je. Tiada orang kot?'. bagi aku kartunis banyak guna kaedah ni sebab karya diorang dikuatkan dengan grafik yang diorang lukis. Dia jadi novel grafik. kalau penulisan yang hebat macam aie ex-ujang tu, aku rasa memang karya yang dihasilkan nmpak kuat. ada juga yang pakai kaedah ni dan aku ada cuba kaedah ni tapi nampk macam terbatas sikit. terutamanya bila kita bergantung pada tulisan semata-mata. tapi kelebihannya rasa lebih dekat dengan penulis dan apa yang nak disampaikan.

2- penulisan teknik bercerita
-yang ni paling ramai guna termasuk novel2 yang ada d pasaran. contohnya 'Sahak menunggang motorkarnya melalui rumah rosmah. diperhatikan sekelilingnya sunyi sepi. tiada orang kot? hatinya berkata.' nmpak meluas dan tak terhad. boleh kata ni format yang betul kalau nak menulis. tapi bagi aku tulisan boleh jadi terlalu panjang untuk satu babak dan kalau tak pandai olah atau kurang mahir mmpelbagaikan perkataan, tulisan akan jadi bosan.

3 - jenis dialog.
-yang ni aku tak pernah tengok lagi. tapi pernah trfikir macam nak buat

pe pendapat korang? rasanya aku kalau nak mulakan menulis, benda ni yang aku pertimbang kn dulu. sebab banyak pro n kontranya. pe pendapat korang?

ladyFinger12 Publish time 2-7-2015 09:29 AM

sebelum tu....

bila nak sambung citer pedo?


ok, back on topic...

3 - jenis dialog.

Dialog perlu tapi kdg2 ia boleh meleret2 dan panjang.... Ada kalanya lebih ringkas dan mudah cerita di lakar melalui teknik bercerita

Iols pernah buat.... bila muka surat beribu2 lemon, byk dialog yg terpaksa dibuang dan diubah kepada teknik bercerita. Iols rasa teknik bercerita old skul. Mkin sebab iols pun old skul, jadi iols kurang gemar dgn jenis dialog panjang2... :$


Ni ada contoh yg mgunakan teknik dialog
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 409&extra=page%3D10

boleh search cerita2 dia yg lain. Iols noticed byk bentuk dialog...

Esmiria Publish time 2-7-2015 10:08 AM

aku punya.well.kalo aku guna POVpertama, aku guna teknik monolog dalaman.

Aku tk suka gaya cerita guna teknik dialog.rasa x best.dok feeeelllllllllllllll!

Aku x thu gaya tulis yg lain.tpi ada gaya tulis yg tak guna pov ketiga mcmsatu cerpen yg ditulis oleh @sellie03


Byk cerpen aku x plbgai perkataan.aku peduli pe.sebab..aku siar kat online.lainle nk bukukn...

Ipo Publish time 2-7-2015 10:23 AM

Pada saya, perlu seimbang. Ada monolog, ada penceritaan dan dialog. Yang penting, ada identiti sendiri. Tidak ciplak mana2 penulisan. Belajar boleh, sekadar utk perbaiki tulisan dan tatabahasa kerana pembaca boleh kenal penulis melalui cara penulisan dan itu merupakan identiti penulis itu sendiri.

Saya masih belajar kerana bahasa dan tulisan saya tidak setanding dgn penulis lain. Banyak kekurangan dari segi olahan ayat. :$

akudansesuatu Publish time 2-7-2015 11:58 AM

ladyFinger12 replied at 2-7-2015 09:29 AM
sebelum tu....

bila nak sambung citer pedo?


Cite pedo???

akudansesuatu Publish time 2-7-2015 12:00 PM

Esmiria replied at 2-7-2015 10:08 AM
aku punya.well.kalo aku guna POVpertama, aku guna teknik monolog dalaman.

Aku tk suka gaya ceri ...

Ko rsa ada x yg tulis guna monolog dalaman cite ny dibuku kn?
Selain dr katunis la...

ladyFinger12 Publish time 5-7-2015 10:35 AM

akudansesuatu replied at 2-7-2015 11:58 AM
Cite pedo???

oppsss... sorry! Silap org da... :$ Kat sini tak ramai penulis lelaki. Tengok avy uols, iols andaikan lelaki... bila nampak penulis lelaki terus teringat citer pedo yg baru nak bermula tapi dah tergantung tu :L

btw, hakak tak faham apa yg korang bincangkan pasal monolog dalaman ni. Akak tulis novel main belasah jekk... ;P


Esmiria Publish time 5-7-2015 10:41 AM

ladyFinger12 replied at 5-7-2015 10:35 AM
oppsss... sorry! Silap org da...Kat sini tak ramai penulis lelaki. Tengok avy uols, iols andai ...

akak ni rendh diri.xkn x thu..muahahaha. sesajekn ni

ladyFinger12 Publish time 5-7-2015 10:49 AM

Esmiria replied at 5-7-2015 10:41 AM
akak ni rendh diri.xkn x thu..muahahaha. sesajekn ni

serius tak tahu ni.... POV pun akak gigih tanya pacit google :$

kalaupenceritaan tu mcm karangan kan?

dialog..... orag bercakap2

cik es sila habaq sat apa korang maksudkan dgn dgn monolog dalaman.... bg contoh hokeh :D

Esmiria Publish time 5-7-2015 10:56 AM

ladyFinger12 replied at 5-7-2015 10:49 AM
serius tak tahu ni.... POV pun akak gigih tanya pacit google

kalaupenceritaan tu mcm karan ...

monolog dalaman ni. mcm cakap dalam hatilah. Tapi biasanya bila org guna pov pertama....pov ketiga pun boleh.

Saya byk guna monolog dalaman bila guna pov pertama dlm cerpen saya.

tt dh bgi contohlah kak oi..

Monolog
dalaman -Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.Teknik ini menjadi alat untuk
merakamkan isi hati,pergelokan batin,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan
dalam bentuk dialog atau monolog.Hanya terdapat dalam cerpen atau novel.
sifat-sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati,bersifat unsur pemikiran,
bersifat menentang,bersifat psikologi,bersifat menetapkan azam,bersifat
ragu-ragu,bersifat takut,bersifat angan-angan,dan bersifat ego dan sebagainya.
Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya,keluhnya,
bisik hatinya dan sebagainya.







......link- gegeplace.blogspot.in/2010/05/komsasteknik-plot.html?m=1

ladyFinger12 Publish time 5-7-2015 11:01 AM

Ooo.... bicara dlm hati.... kekeliruan istilah rupanya... hakak ni tak belajor teknik2 asas penulisan secara formal. bedal sajorkk

komsas lagi la.... tak pernah ada dlm silibus dedulu.... maklumlah hakak ni, zaman dinosaur dah wujud. :lol:
Pages: [1]
View full version: Jom Bincang : Cara Penulisan


ADVERTISEMENT