Kreatif ! Lukisan Menggunakan Gula Karamel
http://3.bp.blogspot.com/--0tioxCYkwM/UVGtyjv8pGI/AAAAAAAAA6I/6RAg3veHBFM/s400/gula.jpgJika ingin menyaksikan sendiri seni lukisan menggunakan gula karamel ini, maka bolehlah berkunjung ke wilayah Sichuan di Negara China. Walaupun budaya ini kini tidaklah sepopular dahulu, namun seni kraf zaman silam ini ternyata menjadi salah satu daya tarikan pelancong utama yang berkunjung ke Negara China.
http://3.bp.blogspot.com/-iPYxVJXT-AU/UVGt2rh0PcI/AAAAAAAAA6Q/bIEHB7AWwaI/s400/gula1.jpg
Menurut para pakar, seni ini dikatakan berasal dari Dinasti Ming dan ketika Dinasti Qing pula seni ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat dan teknik pembuatannya juga semakin dipertingkatkan. Hasilnya, terbinalah pelbagai corak seni lukisan gula karamel ini yang kebanyakkannya bertemakan alam semulajadi atau hidupan liar.
http://3.bp.blogspot.com/-zYthCzjBMIk/UVGt5aGAouI/AAAAAAAAA6c/fA1ZxMD1EZc/s400/gula+2.jpg
Lukisan menggunakan gula karamel ini bukanlah seni yang melukis yang biasa kerana gula yang panas itu akan cepat menyejuk. Jadi para pelukis itu terpaksa bergerak dan melukis dengan cepat namun dengan menggunakan teknik yang betul.
http://ariesha8187.blogspot.com
SubhanAllah...creative nyaaaaaaaa....:$:$:$ Cik lang suka makan gula-gula karamel cantiknya & so sweet gitu
Pages:
[1]