changa=famri7 Publish time 29-6-2015 02:34 PM

Ular Sawa ‘pakai’ batu akik

Tuban (Indonesia): Penduduk di kampung Sendanghaji di Tuban, Jawa Timur terkejut apabila menangkap ular sawa yang mempunyai benjolan di kepala seperti batu akik.Ular sawa sepanjang lima meter itu ditangkap penduduk selepas banyak haiwan peliharaan mereka hilang sejak beberapa minggu lalu.Seorang penduduk, Busro Ilham berkata, dia dan bersama beberapa penduduk kampung memburu ular sawa itu selepas banyak haiwan ternakannya hilang dipercayai dimakan reptilia berkenaan.“Penduduk menjadi takut kerana banyak haiwan ternakan mereka seperti ayam, itik dan kambing hilang tiba-tiba,” katanya.Katanya, mereka berjaya menangkap tiga ular sawa dewasa berhampiran kawasan kampung yang dipercayai memakan haiwan ternakan penduduk.“Bagaimanapun, seekor ular sawa itu mempunyai benjolan di kepala dan selepas saya teliti ia seperti batu akik.“Saya tidak tahu benjolan di kepala ular sawa jantan itu adalah batu akik atau ketumbuhan biasa,” katanya.Tambahnya, dia meletakkan ular sawa itu di dalam satu sangkar di rumahnya dan berita mengenai haiwan berkenaan merebak ke seluruh daerah.“Ramai penduduk yang datang ke rumah saya kerana mahu melihat ular sawa yang memakai batu akik.“Ada juga yang mahu membeli ular sawa itu dengan harga yang tinggi, tetapi saya enggan menjualnya,” katanya.Menurutnya, batu akik biasanya ditemui di dalam tanah dan ia selalunya dijadikan batu perhiasan cincin. - Agensi




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 8:06 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/29hmphyton.jpg.transformed.jpgULAR sawa yang mempunyai benjolan seperti batu akik di kepala.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60869#sthash.6iIIvwiR.dpuf

tatirania Publish time 3-7-2015 07:09 PM

iyolah tu.....entah2 dieorang sendiri yang gi pasang batu akik tu.......
Pages: [1]
View full version: Ular Sawa ‘pakai’ batu akik


ADVERTISEMENT