CMFreporter1 Publish time 22-6-2015 12:33 PM

Setuju Atau Tidak Penghayatan Puasa Rakyat Malaysia Masih Rendah?



Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya mereka yang muda beranggapan puasa adalah amalan tidak makan dan tidak minum selepas solat subuh sehingga solat maghrib, tapi mereka tidak mengetahui sebenarnya berpuasa bukan setakat manahan nafsu menikmati juadah, sebaliknya mereka juga perlu menahan nafsu kebendaan, antaranya kita sering nampak ramai orang muda sepanjang waktu puasa suka bersiar-siar di shopping mall sambil menonton wayang di pawagam. Gejala ini secara tidak langsung boleh membuatkan seseorang itu tersasar daripada tujuan sebenar menjalani ibadah puasa.

          Setuju ke tak pendapat yang saya ketengahkan berhubung penghayatan puasa orang muda masa kini agak rendah berbanding dengan masa dahulu?


starbee Publish time 22-6-2015 03:33 PM

paling best bila berduyun2 ummah tanye benda2 yg membatalkan puasa... soalan tak logik pon keluar...

CikDayahRuslan Publish time 23-6-2015 03:41 PM

setuju.. sangat setuju

gusikuberdarah Publish time 24-6-2015 09:10 PM

kat kedai aku diorg ni dok sembang2 pasal nombor ekor..bukannya muda lg...dh nk jadi atuk budak dah pon..dok bangga diri bila kena nombor..

cmf_anisss84 Publish time 29-6-2015 02:15 PM

apapun peringatan untuk diri sendiri supaya lebih memanafaatkan bulan yg mulia ini

purpledesire Publish time 13-6-2016 11:37 PM

Barangsiapa yang gembira menyambut ketibaan bulan Ramadhan, maka Allah akan haramkan jasadnya Dari disentuh oleh api neraka..


Wallahua'lam

komorebi Publish time 24-7-2016 07:00 PM

posa dah lepas. tapi aku setuju penghayatan kita masih kurang.

senang je nak tengok. waktu berbuka. melampau mewah weyyy
Pages: [1]
View full version: Setuju Atau Tidak Penghayatan Puasa Rakyat Malaysia Masih Rendah?


ADVERTISEMENT