Nusantara77 Publish time 22-6-2015 11:09 AM

Hati-hati Membalut Makanan dengan Aluminium Foil

http://i0.wp.com/www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2015/06/kesan-alumnium-foil-ke-atas-makanan.jpg?w=620

Salah satu kegunaan aluminium foil ialah untuk membalut makanan sebelum digrill. Tidak kurang juga yang menggunakannya untuk membalut lain-lain bahan mentah atau makanan lain.Namun begitu, perlu berhati-hati menggunakan aluminum foil sekiranya membalut atau membungkus makanan seperti berikut:
[*]asam jawa
[*]sos marinade
[*]bahan mentah yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi (selalunya makanan yang masam)
Pernahkah anda perhatikan, sebahagian makanan yang dibalut dengan aluminium dalam tempoh agak lama kelihatan berlubang-lubang kecil ataupun mempunyai tanda berbintik. Ia berpunca dari tindakbalas asid di dalam makanan tersebut dengan aluminium.Sekiranya kita tidak menyedari, ketahuilah bahawa aluminum merupakan logam aktif yang bertindak balas dengan asid dari makanan yang dibalut tersebut telah meresap ke dalamnya. Kemudian ia dimasak dan dimakan oleh kita.Mungkin ada yang bertanya?, adakah bahaya termakan aluminium?Aluminium bukanlah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya logam aluminum banyak memasuki tubuh, ia dibimbangi akan menjejaskan sistem ketahanan tubuh. Sentiasalah berwaspada!Sumber- whfoods.com

gigahertz Publish time 25-6-2015 10:17 PM

Saya tak suka beli kat kedai yang membalut makanan guna suratkhabar.

ninja boy Publish time 8-7-2015 10:34 AM

di kenduri2 gigih letak ayam goreng dalam suratkhabar sblm masak merah
baik pakai daun pisang ja

duffyduck Publish time 14-9-2015 11:09 AM

mmg la asid dan logam. klu tuang cuka dalam sinki pon berlubang. aluminium foil bukan utk bungkus makanan. salah guna, mmg la padah
Pages: [1]
View full version: Hati-hati Membalut Makanan dengan Aluminium Foil


ADVERTISEMENT