Cookeelaat Publish time 22-6-2015 08:12 AM

YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN MUDA MUHAMMAD AIMAN IBNI DULI YANG TERAMAT MULIA ...

Edited by Cookeelaat at 22-6-2015 08:13 AM


http://www.pelitabrunei.gov.bn/media/k2/items/cache/6f244b75ee3f8ebf94dbb4b9dd34f705_XL.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawasanya :
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda baginda, iaitu anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dengan nama :
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucapan selamat berikutan dengan meluaran cucunda baginda itu pada hari Ahad, 20 Syaaban 1436 bersamaan 7 Jun 2015, jam 2.02 pagi.


Source.


Comelnya :loveliness:

Lorra2411 Publish time 22-6-2015 08:23 AM

dah pening baca nama mereka :laugh3:

krustykrab Publish time 22-6-2015 08:54 AM

comelnyer...
best nye lahir dlm kuarga diraja, kaya, ternama...

tahniah

goss79 Publish time 22-6-2015 09:00 AM

comelnye baby dia..

Unagi Publish time 22-6-2015 09:06 AM

baca nama pening pun nak jadi isu semasa :lol:

butet1112 Publish time 22-6-2015 09:24 AM

aloloooo comeynya muhammad aiman nih.. :loveliness:

duniaku85 Publish time 22-6-2015 09:38 AM

oo anak Pengiran Anak Sarah rupanye
suka tgk sarah ni..comel je

AR101 Publish time 22-6-2015 11:25 AM

Macam baby Dhia Rana.

IxoraP Publish time 23-6-2015 09:22 AM

panjang nyer nama.. {:3_96:}

voiletiris Publish time 23-6-2015 09:45 AM

Lorra2411 replied at 22-6-2015 08:23 AM
dah pening baca nama mereka

tu lah aku skip baca .pjg betul

Syazzy Publish time 24-6-2015 09:05 AM

mana ada panjang...Pg Muda Muhammad Aiman je....

biasa je... ada anak org lagi panjang nama dari nama bapak...

cuba tanya cikgu2 kat malaysia... ada tak nama murid "NUR FATHANIAH THARIYAH KARIMAH FARWIZAH ZAHABIYAH SYAHIRAH" ... pasti ada tu yang terpanjang ;P;P;P:lol::lol:

mamaezah Publish time 24-6-2015 10:53 AM

adoiii muka diaaaaaa, time time ni kalo cium dia kat leher tu kat pipi tu kat telinga tuuuuu, ya allah ya rabbbiiiii silap hari bulan mmg kene gigit laaaaaa....syoknyaaa ada budak tecik!! baby mama pun dah 8 bulan....dah gigih nak jalan!!


sorry op topik, gerammm tengok budak tecik ni........................auwwwwwwwwwwwww

sesama Publish time 24-6-2015 12:17 PM

Panjangnya nama.

Kerabat brunei nama simple saja.

kerepektempe Publish time 24-6-2015 12:22 PM

Nama simple je..gelaran yang buat panjang..

zuliana29 Publish time 25-6-2015 06:07 PM

Panjang nama... comelnye... tingin nk ade baby sendiri...

alieyrina Publish time 26-6-2015 07:21 AM

Pagi2 aku dah pening{:fainto

nasib ada pic bb comel...

watachiwa Publish time 26-6-2015 07:51 AM

muhammad Aiman.. senang nak ingat.. yg ni byk ngikut muka PAIPAS

Chempaka~Kasih Publish time 26-6-2015 02:29 PM

Saja-saja je... nk tgk kecik2 sama tak muka diorg..

ni abg Muhammad Aiman - Prince Abdul Muntaqim (future sultan brunei) masa baby
http://www.bruneiresources.com/pictures/sarah/dpm_abdul_muntaqim.jpg

prince Muhammad Aiman
http://www.pelitabrunei.gov.bn/media/k2/items/cache/6f244b75ee3f8ebf94dbb4b9dd34f705_XL.jpg


ni kakak Muhammad Aiman - princess Muneerah Madhul Bolkiah
http://41.media.tumblr.com/tumblr_lw3s1mguM71qg2128o1_500.jpg

iena_jr Publish time 28-6-2015 01:52 PM

Namanya pendek. Gelarannya semput jugak nak membaca:lol:

cmf_Kimmy Publish time 28-6-2015 02:22 PM

rantai dileher dah tukar pada gangsa ke?
Pages: [1] 2
View full version: YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN MUDA MUHAMMAD AIMAN IBNI DULI YANG TERAMAT MULIA ...


ADVERTISEMENT