Zamzam2013 Publish time 12-7-2015 12:50 PM

Saya suka sgt jalan ceritanya... Sangat santai & membuatkan pembaca nak tahu apa akan jadi seterusnya...

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:37 PM

Zul, Eric dan lain-lain berbaring santai atas tikar setelah penat mandi-manda dan menangkap ikan. Mereka bersembilan mengeringkan badan di bawah sinaran matahari yang sedikit memancar dicelahan dedaun serta ranting pepohon hutan yang masih terpelihara tanpa diteroka.

Angin sekali-sekala bertiup menyegarkan tubuh mereka. Mereka terlelap seketika. Sedap pula tidur dalam hutan di bulan puasa begini.

****************************
Audrey mengesat peluh didahi setelah puas berjalan meneroka flora dan fauna di hutan dara ini. Penat berjalan dan puas dia merakam gambar, Audrey duduk diperdu pokok melepaskan lelahnya.

Dalam pada dia berehat itu, dia baru tersedar... sekeliling dirasakan terlalu sunyi dan... makin banyak pokok-pokok seolah-olah dia makin jauh dari...

Wajah Audrey mulai pucat. Dadanya berombak kencang. Audrey cuba mengagak-agak laluannya yang mula-mula tadi. Namun suasana sekeliling seakan sama. Tidak tahu mana mulanya dan akhirnya.

Audrey sesak nafas. Dia kemudian terduduk dan menangis tersedu-sedu. hampir tidak terkeluar suaranya memandangkan tubuhnya jadi terlalu lemah untuk menerima hakikat dia telah sesat dalam hutan. Pandangan Audrey kian berbinar dan kelam. Akibat terlalu panik Audrey jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:39 PM

“Abang Zul, dah nak masuk zohor ke ni?” Zakri menggaru-garu pipinya yang sedikit ditumbuhi jerawat.

Zul mengeluarkan hanset zaman yang boleh dibuat sandal pintu, dari kocek seluar jeans lusuhnya. Dia menala pada skrin hanset waktu yang tertera di situ.

“Haah. Jomlah kita berwudhuk dan sama-sama jemaah kat sini.”
“Baik...!” Masing-masing menyahut sambil patuh arahan tanpa soal.

Eric melangkah nak ke jeram, teringat sesuatu dan mula tercari-cari kelibat seseorang. Mana perginya dia ni?

“Abang Alex. Ada nampak Kak Audrey tak? Mana dia pergi ye?”
“Hah?!”

Zul baru terperasan akan Audrey. Hampir dia lupa gadis itu turut bersama-sama dengan mereka. Melilau Zul mencari kelibat Audrey. Tidak kelihatan langsung.

Ah parah. Mana pulak dia pergi ni. Takkan dia leka sampai masuk kat hutan sana tu. Aduhh...

Zul kepanikan. Dia terus menuju ke kawasan hutan yang agak tebal. Dia bertinggung sambil matanya meliar mencari kesan kot-kot tapak kasut Audrey melalui kawasan itu.

Sah, dia memang dah masuk ke dalam. Kesan tanah lembab itu sedikit terbenam menyatakan segala-galanya. Zul semakin resah. Dilurut rambutnya ke belakang. Tak tahu nak mulakan bagaimana.

“Kenapa Abang Zul?”

Zakri dan rakan-rakan menyerbu Zul melihatkan abang angkat mereka masih lagi belum berhadas kecil. Wajah lelaki itu juga penuh kerisauan dan resah gelisah.

“Kak Audrey, dia dah hilang kat dalam hutan sana tu.”
“Apa?” Masing-masing pula yang panik. Tidak dapat dibayangkan Audrey sendirian di hutan tebal sana.

“Kak Audrey dah sesat tu bang. Macam mana ni?” Aiman turut menyatakan kebimbangan walaupun masih berusia sepuluh tahun.

“Abang, apa-apa hal kita solat dulu. Nanti kita sama-sama cari dia.” Eric cuba meredakan keadaan.

“Okey, korang siapkan saf. Abang ambil wudhuk dulu. Zakri, jadi imam.”

Zul memberi arahan dan agak tegas kali ini. Mungkin kebimbangan yang dialami membuatkan kegembiraan mereka seketika tadi bertukar hambar dan sedikit tidak tenteram.

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:39 PM

Gerakan mencari dimulakan seramai 4 orang terdiri dari Zul dan 3 orang penduduk setempat yang mahir selok-belok di hutan. Anak-anak yang lain sudah beransur pulang dengan ditemani penduduk kampong juga.

Zul tidak putus-putus berdoa agar Audrey tidak terlalu jauh ke dalam. Diharapkan Audrey dijumpai sebelum malam menjelma. Lagi sukar menjejaki gadis itu nanti pabila diselubungi kegelapan malam.

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:41 PM

TUJUH BELAS: HATI INI MILIK SIAPA

Audrey melangkah tanpa tujuan. Disekelilingnya kelihatan putih, tiada penamat dan penghujung sepanjang dia berjalan. Audrey mengangkat gaun putih yang dipakainya bagi memudahkan langkahnya agar cepat sampai ke jalan penamat.

Audrey berjalan terus berjalan tanpa putus asa. Sehinggalah dia bertemu kelibat seseorang di hadapan suatu lorong yang juga berwarna putih. Audrey mengamati susuk tubuh tinggi lampai itu. Tubuh tinggi dan tegap itu membelakanginya.

Tubuh misteri itu memakai sepasang sut putih seperti dirinya ini. Bila diamati gaun dipakai Audrey, seperti gaun pengantin dari barat. Begitu juga lelaki misteri itu. Langkah Audrey diperlahankan. Lambat-lambat Audrey mendekati susuk tubuh itu. Mahu mengetahui siapakah gerangannya.

Susuk lelaki itu seperti menyedari kehadirannya, dia menoleh... tiba-tiba... pandangan Audrey dihalang cahaya putih yang menyilau mata dan Audrey menahan dengan tangannya.

Audrey merasakan tubuhnya bagai diawang-awangan. Terkelip-kelip Audrey cuba membuka kelopak mata. Ternampak bebayang seseorang, kelihatan sangat kabur. Dia cuba amati di mana dia berada saat ini. Namun, serasa badannya terlalu letih dan kepala makin memberat. Dia pengsan semula.

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:45 PM

Kelopak mata terkedip-kedip dibuka perlahan-lahan. Turun nafas Audrey semakin teratur. Dapat dirasakan tubuhnya terbaring dan pada dahinya begitu dingin sekali. Audrey mengangkat tangannya lambat-lambat menyentuh bahagian dahi. Sedikit melekit dan basah.

Audrey menghidu hujung jari yang menyentuh bahan melekit dan basah tadi. Bau agak masam. Apa ni? Audrey tidak tahu bau tersebut merupakan sapuan air asam jawa. Ketika pengsan di hutan, tubuhnya diserang demam panas. Hingga doktor terpaksa dibawa ke rumah Nek Teh memeriksa tahap kesihatan Audrey.
Sedang Audrey mencerna apa yang berlaku kepadanya, kedengaran pintu bilik di buka perlahan. Mama Sophie masuk sambil menatang dulang berisi mangkuk dan segelas air masak. Mama Sophie melempar senyuman melihat anak saudaranya membuka mata.

“Audrey dah bangun sayang.”
“Aunty, what happen to me? Dah lama ke Audrey tidur?”

Mama Sophie sedikit menghela nafas perlahan.

“Sebenarnya, dah dua hari Audrey tak sedarkan diri. Badan Audrey panas sangat lepas sesat dalam hutan tempohari. Audrey ingat tak? Mujurlah Alex jumpa Audrey pengsan dan terus bawa balik. Masa bawa balik pun badan Audrey dah bahang sangat. Kenapa boleh demam tiba-tiba?”

Hampir ternganga Audrey mendengar. Dua hari aku pengsan? Demam? Audrey menggeleng kepala perlahan. Dia pun tak tahu kenapa boleh jatuh sakit tiba-tiba. Bukan ke dia begitu seronok mengambil gambar pemandangan dalam hutan dan...

Audrey teringat sesuatu.

“Aunty, mana kamera Audrey?”
“Kamera ada. Aunty dah simpan dalam almari. Dah, makan bubur ni. special tau. Lepas tu boleh makan ubat ni.”

Mama Sophie mengacau-ngacau bubur sambil meniup sedikit. Disuakan ke mulut Audrey. Audrey serba salah membuka mulut. Seleranya seakan mati. Walaupun perut terasa lapar.

“Makan sayang. Dah dua hari tak jamah apa-apa. Nanti melarat sakit tu.”
“Tapi... Audrey tak lalu. Tekak... pahit.” Audrey menelan airliur yang terasa payau.
“Jangan macam tu sayang. Kesian kat Abang Alex kamu, penat dia masak bubur ni untuk Audrey tau.”

Membulat sedikit mata Audrey yang agak kuyu tadi. Abang Alex... masakkan aku bubur?

“Makan sikit pun tak apa. Nanti boleh makan ubat. Nah...”

Audrey mula membuka mulut dan Mama Sophie menyuap perlahan. Mama Sophie sedikit tersenyum. Sebut Alex yang masakkan baru selera nak makan. Getus Mama Sophie dalam hati.

Memang Zul yang memasak bubur ini buat Audrey. Gigih anak muda itu masakkan bubur. Katanya kalau orang sakit demam kurang selera makan. Jadinya rencah dikurangkan, lebihkan isi ikan dan sayuran serta ditambah sedikit garam, cukup dah.

Suapan terakhir memuaskan hati Mama Sophie. Tak sangka licin mangkuk dihabiskan Audrey.

“Licin pun. Sekarang makan ubat. Lepas tu terus tidur okey.”

Audrey mengangguk sambil tersenyum kecil. Usai makan ubat, Audrey berbaring dan Mama Sophie selimutkan tubuh Audrey hingga ke dada.

“Tidur ye. Aunty nak ke beranda.”

Belum nak melangkah Audrey memanggil ibu saudaranya lemah.

“Aunty, Audrey nak kamera... nak tengok gambar-gambar yang Audrey tangkap.”
“Yelah, tunggu kejap aunty ambilkan.”

Mama Sophie mengeluarkan kamera yang tersimpan di sudut tepi dalam almari pakaian. Dihulurkan kamera LCD kepada Audrey lalu dicapai Audrey bersama senyuman dibibir yang sedikit memucat.

“Terima kasih aunty.”
“Sama-sama. Lepas tengok-tengok tu terus tidur tau.”

Audrey hanya mengangguk cuma.

sellie003 Publish time 12-7-2015 01:48 PM

Audrey menatap satu, satu pada skrin LCD gambar yang dirakamnya tempohari. Tersengih-sengih dia melihat gambar-gambar tersebut. Adakalanya yang lebih lucu dia akan ketawa sendirian.

Hinggalah gambar figura yang satu itu. Antara gambar yang ditatap agak lama. Audrey mengensot membaringkan tubuhnya yang sebelum ini duduk bersandar dikepala katil.

Buat sekian kali dia menyelami gambar itu. Dia memejam mata seketika dan tapak tangan kanannya melekap kedada. Ada degupan kencang di situ. Perlahan-lahan nafas dihela. Wajahnya tiba-tiba bermuram durja.

Abang Alex, bukan Abang Alex... nama dia Zul... dia seorang muslim... tapi aku... mana perginya Abang Alex. Dia dah mati atau masih hidup?

Audrey benar-benar keliru. Hatinya tidak tenteram dan berbelah bagi. Adakah cinta sebenarnya kepada Alex atau Zul? Mereka, dua insan yang berbeza. Berbeza pagangan dan cara hidup. Alex, singkatan nama kepada Alexander. Alex sebenar penganut Kristian tetapi bukan seorang yang taat pun.

Zul atau sebenarnya Zulkarnain. Dia muslim tetapi sangat taat pada agama Islam. Lelaki itu lebih lembut dari segi tingkah laku berbanding Alex. Cuma percakapan dengannya dua-dua ada persamaan. Lembut dan adakala tegas dalam berbicara. Cuma dari segi kematangan. Alex lebih matang dan berkarisma.

Zul, adakala seperti keanak-anakkan, boleh pula dia bergaul dengan budak-budak dan jadi gila-gila. Tengok sajalah semasa mereka ke jeram kelmarin. Dah macam budak-budak remaja perangainya. Baru dia nampak sedikit demi sedikit perangai sebenar Zul. Yang pastinya, keunikan Zul tiada pada Alex.

Si telinga merah yang pemalu.

Zamzam2013 Publish time 12-7-2015 08:28 PM

Thanks sis... Sambungan yg tak pernah mengecewakan... Good job sis...

cegitu Publish time 13-7-2015 10:23 AM

{:1_141:} bestnya.... nanti sambung banyak sikit ok?

Zamzam2013 Publish time 13-7-2015 01:17 PM

Sis... Bila nak sambung? Huhuhuhuhu

Ezzie Publish time 19-7-2015 02:29 PM

Selamat Hari Raya......sis belum ada sambungan ke?

Esmiria Publish time 19-7-2015 04:05 PM

Mohon tukar tajuk, syawal ini. syawal kito bak kta @ladyFinger12

cegitu Publish time 22-7-2015 08:15 AM

Selamat hari raya semua....

Esmiria Publish time 23-7-2015 01:03 AM

cegitu replied at 22-7-2015 08:15 AM
Selamat hari raya semua....

Duit raya mna...

Ezzie Publish time 23-7-2015 10:09 AM

sis....selamat hari raya. nak sambungan, nak sambungan :P:P;P;P

sellie003 Publish time 23-7-2015 09:01 PM

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin. Akak trpaksa stop kejap. Masalah lappy akak rosak dan akak pom jatuh sakit leps cuti beraya dikg. Dek penangn air batu n cuaca x menentu. Kot2 raya haji sambung:lol: mohon maaf sekali lgi

Zamzam2013 Publish time 24-7-2015 07:01 PM

sellie003 replied at 23-7-2015 09:01 PM
Selamat hari raya. Maaf zahir & batin. Akak trpaksa stop kejap. Masalah lappy akak rosak dan akak po ...

MashaAllah! Akak dh ok ke ni? Jaga diri elok2 kak... Selamat hari raya....

sellie003 Publish time 3-7-2016 07:37 AM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN2 PENULIS, TEMAN2 DAN PEMBACA2 SETIA SEMUA SAMADA YANG SETIA MENG-KOMEN @ SR JEK...

MAAF JIKA THREAD SY NI TAK POST LAGI CITER NI... SEPANJANG TAHUN NI BAYK HAL BERLAKU...MOGA2 DI LAIN TAHUN KETEMU LAGI...

DIKESEMPATAN INI SYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN... OK...SY NAK SEGERA BALIK KG KIRA LAGU NI SEBAGAI TANDA KASIH SYG SY BUAT SEMUA...BYEE...

fejarAeVyyE

Zamzam2013 Publish time 18-10-2016 06:02 PM

sellie003 replied at 3-7-2016 07:37 AM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN2 PENULIS, TEMAN2 DAN PEMBACA2 SETIA SEMUA SAMADA YANG SETIA MENG-KOMEN @ ...

Assalamualaikum Sis @sellie003 ... dh lama tak dengar khabar berita... Sis sihat ke?
Pages: 1 2 3 4 5 [6]
View full version: RAMADHAN INI, RAMADHAN KITA


ADVERTISEMENT