theskems Publish time 10-6-2015 04:35 PM

Guna manusia sebagai pasak bangunan

Aku actually tak tahu nak bagi tajuk apa yang sesuai tapi melalui cerita ni harap korang faham lah.

Aku dulu pernah couple dengan sorang amoi kenalan time bekerja ofis lama dulu. Dia ada share satu cerita dari Supervisor dia masa dia ditugaskan ke China sebagai Engineer.

Kisahnya ada satu projek construction bangunan diorang nak buat grouting untuk foundation. Grouting ni kira instead of piling kita korek dulu lubang lepas tu baru masukkan besi dan tuang concrete ke dalam. Kira pile kita buat sendiri la kat site.

Problem bermula kat satu lokasi grouting ni setiap kali dia tuang concrete ke dalam sampai penuh lubang, concrete tu mendap ke dalam tanah. Diorang ulang tuang lagi tak habis-habis tetap concrete tu mendap jugak ke dalam. Risau takut cost overshoot Supervisor project consult sami buddha untuk mintak nasihat since diorang dah usaha macam2 tetap jadi benda sama.

Sami tu cakap tanah tu perlukan seorang korban dengan cara sorang manusia kene masuk dalam lubang tu sebagai hadiah korban. Kira dia kene tanam hidup hidup la baru grouting tu menjadi.

Pihak management decide to offer buruh2 kat site sesiapa yang sanggup jadi korban company akan beri pampasan yang lumayan (aku tak pasti berapa) kepada keluarga dia. To my surprise berebut-rebut orang offer nak jadi korban. Menunjukkan betapa susahnya hidup buruh2 kat sana. Lagipun diorang percaya kelahiran semula kan. Tak tau lah apa motivasi diorang sebenar.

In the end sorang ni dipilih lah untuk menjadi korban. Lepas siap tulis wasiat dia pun masuk ke dalam lubang tu dan lori concrete pun tuanglah concrete dengan dia di dalam sampai penuh. Exactly macam sami tu cakap, concrete tu tak mendap dah ke dalam macam sebelum ni and project pun diteruskan seperti biasa sampai siap.

Aku rasa kesian gila tapi itulah realiti kehidupan di mana tak semua orang dilahirkan bernasib baik.

Aku ada dengar cerita Sabah dan Sarawak juga ada amalkan benda yang sama contohnya C****r P****t, KK. Cuma aku tak pasti guna orang hidup or mayat. Ini cerita kawan aku orang KK lah.

Korang ada pengalaman dengar cerita macam ni?




supernaturalee Publish time 10-6-2015 04:48 PM

gilelah




epis Publish time 10-6-2015 04:51 PM

dulu-dulu masa kecil pernah dengar kisah yang kalau buat jambatan, akan dipasung dengan kepala mayat dalam tu....

theskems Publish time 10-6-2015 04:57 PM

epis replied at 10-6-2015 04:51 PM
dulu-dulu masa kecil pernah dengar kisah yang kalau buat jambatan, akan dipasung dengan kepala mayat ...

Selalu dengar macam ni jelah tak pernah detail.. Cuma cerita yang aku dapat dari ex aku tu detail proses dia macam mana..

Yang kat borneo and possibly semenanjung tak taulah macam mana.. Dia bunuh dulu ke, culik ke apa..

espritvin Publish time 10-6-2015 05:04 PM

penah dgr... tapi slalunya dgr diorang guna budak2.. taktau betul ke tak la cite ni....

leylapple Publish time 10-6-2015 05:07 PM

epis replied at 10-6-2015 04:51 PM
dulu-dulu masa kecil pernah dengar kisah yang kalau buat jambatan, akan dipasung dengan kepala mayat ...

hmm...mmg mcm tu lah...

kalo tak mmg byk la kematian ..tak tau kenapa...dr kecik dah dgr cerita...siap lagi kata ada urg nak culik budak2 utk dijadikan korban...kitorang panggil lembeng...

epis Publish time 10-6-2015 05:10 PM

leylapple replied at 10-6-2015 05:07 PM
hmm...mmg mcm tu lah...

kalo tak mmg byk la kematian ..tak tau kenapa...dr kecik dah dgr cerita ...

aah, citernya macam tu la kan, kene korbankan awal2 supaya bile siap nanti jambatan tu ok xde yang terkorban... kat semenanjung pon femes kisah sebegini... mmg budak2 yang jadi mangsa..

epis Publish time 10-6-2015 05:10 PM

theskems replied at 10-6-2015 04:57 PM
Selalu dengar macam ni jelah tak pernah detail.. Cuma cerita yang aku dapat dari ex aku tu detail...

memang detail ceritanya... hati kering betullah sorang sume nak jalankan ritual tu...

AwgSagi Publish time 10-6-2015 05:17 PM

Volunteer jadi korban pasak bangunan tak pernah dengar. Cuma ada kat movie jer ni.
Mitos popular ialah guna kepala budak2.
Kalau foundation rumah, ada yg tanam kaca, asid dsbnya.

Chesire_Epilog Publish time 10-6-2015 05:22 PM

epis replied at 10-6-2015 04:51 PM
dulu-dulu masa kecil pernah dengar kisah yang kalau buat jambatan, akan dipasung dengan kepala mayat ...

Pernah dengar jugak masa kecik2 orang cakap guna kepala orang yang dah mati untuk mengukuhkan struktur jambatan / bangunan. Sebab tu banyak kes pekerja buruh (bukan local) jatuh & meninggal di tapak pembinaan, dimana mereka percaya jasad / roh orang tu akan buat bangunan tu jadi lebih kukuh.

theskems Publish time 10-6-2015 05:40 PM

Lagi satu cerita aku dengar ialah time construction KLCC. Masa tu tower dah naik separuh jalan macam tu kira dah tinggi jugak la progress.

Struktur utama KLCC ni banyak pakai besi so boleh tahan effect taufan or gempa bumi Inshaallah sebab dia boleh "membuai". Besi ni macam tube/casing aka berlubang so depa akan tuang concrete untuk tutup sambungan antara besi besi ni supaya lagi kukuh.

Al kisahnya ada sorang pekerja Indon terjatuh kedalam tube besi ni. Peluang untuk diselamatkan amatlah tipis since lubang tu jauh jugak kedalam.

Bila orang report ke Supervisor/Management, agaknya takut kes ni jadi besar and project kene hold, diorang decide tuang terus concrete kedalam lubang tu so kalau mamat ni hidup pun mati lah jugak dia.

Cerita tu tutup dan tak pernah jadi official dan sekarang cuma jadi urban legend di sebalik banyak kisah2 lain di KLCC.

cheida_mymee18 Publish time 10-6-2015 06:39 PM

aku ada dengar cerita macam ni berlaku masa depa nak buat jambatan pulau pinang yg 1st tu..
kena tanam kepala org dlm concrete mcm hg cakap tu la kot..
tp aku x pasti kebenarancerita nih...
{:biteo

mnSK Publish time 10-6-2015 07:18 PM

Edited by mnSK at 10-6-2015 07:20 PM

pernah dengar...tujuan nk kasi banggunan tue kukuh kononnye...
tp yg top dulu2 kepala budak/org tanam kat tiang jambatan... so mase aku kecik2 cukup takut la bila dengar org2 tua citer mcm tue..heheheee

suka2 Publish time 10-6-2015 10:19 PM

cite TT buat aku sedih betul part volunteer tanam hidup2 tu :'( ramai pulak tu yg offer diri padahal bukan dapat merasa pun pampasan tu.

suka2 Publish time 10-6-2015 10:21 PM

tapikan bila mayat tu mereput bukan ke nanti struktur konkrit tu akan berlubang ?

taji2906 Publish time 11-6-2015 09:22 AM

dulu selalu dengar citer kalau zaman dulu2 la, 50-60an kalau ada jambatan nak dibina, org kampung jarang nak keluar malam... anak2 akan diawasi.. .sebab nanti ada la org pegang parang nak potong kepala jadikan pasal jambatan... ni jambatan besar la... tak tau la betul ke tak.. tp kemungkinan tu ada..

theskems Publish time 11-6-2015 09:36 AM

suka2 replied at 10-6-2015 10:21 PM
tapikan bila mayat tu mereput bukan ke nanti struktur konkrit tu akan berlubang ?

Aku setuju dengan ko sebab banyak kes2 jenayah yang mayat mangsa bunuh kene tanam dalam konkrit, bau dia tetap naik. Mungkin gas dari reputan akibatkan bubble atau crack dalam konkrit sampai keluar ke permukaan.

Tapi bila kes2 mistik/misteri macam ni yang mana mainan jin dan syaitan, mungkin lah jin dan syaitan tu bela bangunan atau jambatan tu supaya tak roboh.

Sepatutnya halau diorang bukan ikut kehendak diorang. Baru la tak jadi benda pelik2. Wallahualam.

bellaa Publish time 11-6-2015 12:10 PM

Dorang wat jambatan, pasak pmpn dlm tu..

Itu yg bila lalu bwh jambatan, hantu melayang2 kain putih..

Eeeee

nordayu Publish time 11-6-2015 02:11 PM

byk kali dah dengar.xkisah buat bangunan ke,jambatan ke mesti kena korbankan sorang.

:funk::funk:

syue86 Publish time 11-6-2015 03:01 PM

selalu gak dengar cite ni
dan pernah dikupas dalam Mastika
dekat area opis ade construction
cleaner cakap, ada je yg mati
tapi tanam terus
diorang tau sebab kawan sekampung gituh
lgpun memasing xde permit
mati cmtu je la
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Guna manusia sebagai pasak bangunan


ADVERTISEMENT