changa=famri7 Publish time 27-5-2015 11:37 PM

yg lebih diutamakan ? Insurans Kesihatan VS Simpanan ASB/Tabung Haji ?

yang mana anda utamakan untuk anak anda ?
beli insurans kesihatan ataupun buka akaun tabung haji/ASB untuk mereka menabung sejak kecil ?

mana yang lebih berbaloi untuk anak2 kita ?

mama_ann Publish time 28-5-2015 11:33 AM

yes... dua2 sama penting, tp yang lebih penting no.1

amirgo Publish time 29-5-2015 06:26 PM

jika beli insurans kesihatan, tapi xpernah dapat claim kerana xmasuk wad, adalah satu kerugian yg besar

mama_ann Publish time 1-6-2015 02:24 PM

amirgo replied at 29-5-2015 06:26 PM
jika beli insurans kesihatan, tapi xpernah dapat claim kerana xmasuk wad, adalah satu kerugian yg be ...

syukur alhamdulilah... amirgo beli insurans tak pernah claim means amirgo diberi nikmat kesihatan oleh Allah swt

lurve82 Publish time 3-6-2015 11:00 AM

hakak buat dua2...klu amik insurans kesihatan amik sekali utk saving..bru berbaloi...

loklik2 Publish time 6-6-2015 02:34 AM

Serba salah....

Insurans pun kerajaan pow gst 6%...tiap2 bulan kena 6% tak tahan woo

Duit tabung haji, asb pula disalah guna oleh penyamun umno melalui 1mdb

koliba Publish time 7-6-2015 01:32 AM

Lebih elok menabung

koliba Publish time 7-6-2015 01:33 AM

Lebih elok menabung

hasmania Publish time 18-6-2015 04:33 PM

kita lebihkan simpanan dari kecik lagi ....
yg insuran tu pun penting jugak ....

hafezjaafar Publish time 19-6-2015 09:26 AM

Semua sama penting..mulakan dgn ada simpanan dulu. Lepas dah stabil,ambil la perlindungan takaful. Sekurangnya ada perlindungan dari musibah sakit dan penyakit krn kita tak mahu ketika sakit tu,terpaksa la pula guna duit simpanan kita yg dh lama simpan. So, mulakan satu2..jgn anggap menyimpan je dah cukup krn ada byk ketakpastian yg berlaku dlm kehidupan ni.

ibm632 Publish time 19-6-2015 03:46 PM

loklik2 replied at 6-6-2015 02:34 AM
Serba salah....

Insurans pun kerajaan pow gst 6%...tiap2 bulan kena 6% tak tahan woo


Jangan pikir apa orang lain ... pikir apa kita dapat... dan apa kita rugi kalau decision kita salah

@inardni Publish time 22-6-2015 12:29 PM

hasmania replied at 18-6-2015 04:33 PM
kita lebihkan simpanan dari kecik lagi ....
yg insuran tu pun penting jugak ....

yup..setuju tu{:thumbo

amirgo Publish time 23-6-2015 09:31 PM

mama_ann replied at 1-6-2015 02:24 PM
syukur alhamdulilah... amirgo beli insurans tak pernah claim means amirgo diberi nikmat kesihatan...

Alhamdulillah ada segala nikmat NYA terutamanya nikmat yg paling besar, Iman dan Islam serta diberikan hidayah

jusmadu Publish time 26-7-2015 12:17 PM

lain orang lain keperluan...ada yang anak selalu sakit so parents ambik medical card.
ada yang anak alhamdulillah x sakit selalu so tabungan lagu berbaloi. boleh simpan untuk anak nak masuk pre-school etc. pre-school nye fees pun da tinggi skrg.
kalau u cukup untuk ambik kedua-duanya, ambiklah dua-dua. sebb medical kalau u ambik since baby premium masih murah.
ada pro-cons nye..kalau u nak saving tak nak insurans pun ok sebb hospital kerajaan masih ada cuma kalau ada kecemasan and wad penuh di hospital kat situ u kena transfer di hospital yang ada wad kosong.
macam kawan i nye kes anak kena denggi since putrajaya penuh so kena transfer ke hospital ampuan rahimah klang sebab itu je yang kosong.

baby_pingu Publish time 4-9-2015 10:58 AM

iols buat tabungan dulu dlm tabung haji..kira tabungan n inves kecil-kecilan la tu utk baby..

sbb medical insurans company dah cover..
ada lebihan baru belikan insurans yg lain2 nanti..

mama_ann Publish time 7-10-2015 10:41 AM

Bagus buat simpanan....;) Tapi lebih bagus klau menyimpan beserta dengan perlindungan...

Ada tips sket nak bagi if nak cari pelan takaful @ insurans

1) mesti ada simpanan ~ walaupun takaful bukan pelan simpanan sepenuhnya seperti menyimpan di bank, tabung haji or ASB, tapi education takaful yg pagus patut ada elemen simpanan supaya tak claim apa2 ( which is bagus.. alhamdulilah anak sihat walafiat) tp kita masih dapat sebahagian wang utk tambah fund bila anak nak sambung belajar sama ada dlm negeri or oversea

2)Mesti ada Medical coverage ~ supaya bila anak kita sakit, kita ada pilihan yang baik utk anak kita. JIKA hospital government penuh, Kita boleh buat pilihan mana2 hospital swasta yang ada utk rawatan yg cepat & selesa untuk anak kesayangan kita. Yang penting tak perlu korek balik saving kita sekiranya memerlukan kos rawatan 5K, 10K 60K..

3) Mesti ada Parent protection ~ ape nie yer? Ha, ini lah satu2nya elemen yang mana kebanyakan bank or institusi simpanan duit lain yang ada di malaysia tidak sediakan... SIMPANAN anak kita akan jadi PERCUMA.. yer sekali lagi PERCUMA, simpanan akan berterusan bila berlaku sesuatu kepada ibu/bapa Cth: meninggal dunia, Lumpuh a.k.a hilang upaya or terkena penyakit kritikal...

semoga memberi menafaat kepada ibu/bapa yang perihatin...:loveliness:



onnabila Publish time 18-11-2015 07:46 PM

keutamaan kepada menabung.

Sasha Publish time 19-11-2015 09:04 AM

dua2 penting

CLOROXwipes Publish time 19-11-2015 09:44 AM

Sasha replied at 19-11-2015 09:04 AM
dua2 penting

Menabung tuk ngadap DIA....hang masuk dalam akaun mana?????

Kita ingat DIA...DIA akan senantiasa ingatkan kita...itu janji DIA pada hamba2NYA....

Bak kata anak buah Manak yang tecik tuh...bila setiap langkah yang kita anjakkan atas muka bumi ini atas kalimahNYA...the rest should naturally be in placed......


kita akan dipermudahkan utk jadi tetamuNYA menunaikan haji.....jikait's time utk kita dipanggil olehNYA meninggalkan dunia yang fana ini ....kita akan menemuinya dalam keadaan tenang, tidak membebankan sesiapa DAN yang utama ISLAM DAN peninggalan kita anak anak and what not tidak akan merempat...INSYALLAH...




mama_ann Publish time 12-1-2016 09:50 AM

Up kan balik topic..

blh jadikan panduan pada parent yang masih mencari tabungan yang sesuai utk anak2{:1_152:}
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: yg lebih diutamakan ? Insurans Kesihatan VS Simpanan ASB/Tabung Haji ?


ADVERTISEMENT