changa=famri7 Publish time 27-5-2015 11:20 PM

ikan betta

Kemampuan mengeluarkan lebih 1,000 ikan betta (pelaga) sebulan menjadikan Mohd Fajiha Alaihif, 25, muncul penternak ikan betta tersohor di daerahnya di Kemaman, Terengganu. Katanya, kaedah menternak betta dipelajari dari penternak berpengalaman dan dia sanggup ke Kelantan untuk berguru selama beberapa bulan.
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/lenggok1.jpg.transformed.jpg
Kini, dia mampu mengeluarkan ikan betta berskala besar untuk pasaran domestik dan luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Thailand. Dia menggunakan tek-nik kacukan silang bagi menghasilkan berbagai bentuk serta varieti menarik. “Pengalaman lebih lima tahun menternak betta membolehkan saya memukau perhatian peminat ikan hiasan,” katanya.


Menurutnya, menternak betta bukan perkara mudah kerana kedua-dua induk segar dan terbaik perlu dipilih sebelum proses pembiakan. Penggunaan daun ketapang yang direndam dalam tangki pembiakan disediakan lebih awal. “Ia supaya kualiti air berubah kepada sedikit masam kelat seperti mana di habitat asalnya. Faktor kejayaan pembiakan bergantung kepada kematangan induk, khususnya induk betina yang bersedia untuk bertelur.


“Tanda kematangan induk betina mudah dikesan apabila terdapat tanda putih seperti beras terbonjol keluar dari bahagian bawah perut atau pusatnya mula kelihatan,” katanya.Menurutnya, rangsangan pembiakan perlu dilakukan dan masukkan induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. “Kemudian, baru masukkan induk betina yang ditempatkan di dalam botol kecil berasingan.


“Waktu ini induk jantan begitu agresif apabila melihat induk betina dan ini membolehkan kedua-dua-nya saling berkenalan dan tidak bergaduh apabila disatukan dalam tangki pembiakan nanti,” katanya.Katanya, dalam tempoh itu, induk jantan mula membuat sarang atau buih manakala induk betina dilepaskan bersama pasangannya dalam tangki pembiakan.“Pembiakan sempurna ialah apabila persenyawaan berlaku. Induk betina mula mengeluarkan telur dan pasangan berkenaan akan melekatkan telur masing-masing pada buih.“Selepas bertelur, induk betina segera dikeluarkan dari tangki berkenaan. Ini berikutan sifat induk jantan mulai bertukar agresif dan akan menyerang induk betina yang cuba menghampiri sarang buih.


“Telur yang sempurna persenyawaan akan menetas dalam tempoh 18 hingga 24 jam, namun peratus kejayaan penetasan bergantung kepada keadaan suhu air,” katanya.Menurutnya, bila usia rega (anak) tiga hari hing-ga sebulan setengah, ia perlu diberi makanan seni (halus). Artemia adalah pilihan makanan seni terbaik untuk rega yang baru menetas.“Ini peringkat paling getir kerana kalau tersilap bagi makan semua rega akan mati atau diserang penyakit. Pemberian makanan artemia atau kutu air diberikan pada hari ke lima hingga ke satu bulan.


“Manakala makanan selingan ‘bloodworm’ diberikan pada minggu ketiga sehingga dewasa. Anak ikan betta boleh dijual apabila mencapai usia dua bulan setengah hingga empat bulan.“Spesies betta paling popular ialah Halfmoon, Halfmoon Plakat, Giant Halfmoon Plakat, Double Tail, Crown Tail, V Tai dan Plakat.“Harganya RM30 hing-ga RM100 seekor,” kata-nya.

Pages: [1]
View full version: ikan betta


ADVERTISEMENT