sham159 Publish time 26-5-2015 10:30 AM

Sekarang pakai Maxis broadband - Nak tukar broadband internet baru

Edited by sham159 at 26-5-2015 10:35 AM

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Sham ingin meminta bantuan. Buat masa sekarang Sham melanggan maxis broadband-HSDPA - WBB 7GB Peak/21GB Off Peak.                                                                                          
Pakej ini adalah RM128 sebulan dan mempunyai kuota. (7GB Peak (8.00 am - 2.00 am) /21GB Off Peak (2.00 am - 8.00 am)

Speed OK. Takde masalah. Sham duduk kat Jalan Tropicana Selatan di Damansara. Bila balik kampung di Teluk Intan pun OK juga kelajuannya.
Cuma yang x puas hatinya ialah dia ada kuota dan broadband Sham sering kehabisan kuota pada hujung-hujung bulan. Mahal tau bayar RM128 sebulan.

Justeru itu, Sham bercadang nak bertukar ke broadband lain. Cadang nak tukar streamyx tapi kat KL ni sewa bilik sahaja. Pemilik apartment sini memang dah pasang streamyx 1 MBPS. (Sham kena bayar RM30 klu nak share kata pemilik rumah). Tapi kalau kita guna streamyx hanya sekadar di kawasan liputan atau di dalam bilik sahaja la.

Boleh berikan cadangan yang sesuai broadband terbaik pada masa kini utk saya tukar?

Terima kasih.

kumbang7 Publish time 29-5-2015 10:16 AM

yes 4g skrg ada buat promosi...kalau xsilap dlm RM128 utk 20GB (xde peak2 hours)..try la g tanya

axlee Publish time 10-7-2015 04:17 PM

Maxis mahal gila. Tak berbaloi.

Tukar kepada Digi atau UMobile; walaupun sesetengah tempat tak stabil; namun berbaloi untuk harga dan quota.

tentera_laut Publish time 23-7-2015 04:54 PM

sabarla sham idup mmg cam tu..

sham159 Publish time 27-7-2015 01:53 AM

Edited by sham159 at 27-7-2015 01:54 AM

axlee replied at 10-7-2015 04:17 PM
Maxis mahal gila. Tak berbaloi.

Tukar kepada Digi atau UMobile; walaupun sesetengah tempat tak st ...
Alhamdullillah..Sham dah tukar ke U mobile..Pilih dan subscribe RM128 sebulan...Peak hours 12GB dan 20GB non peak hours.
Insyallah esok akan call maxis untuk tamatkan langganan maxis broadband..

Bayaran RM150 utk kali pertama. Dapat potongan RM10.00 untuk 10 bulan. Ini bermakna Sham bayar RM118 (tidak termasuk GST) selama 10 bulan. Tiada contract untuk langganan pakej U mobile.

Setakat malam ini laju jer internet. Sham di Jalan Tropicana Selatan di Damansara.

Kat kampung di Teluk Intan tengahari tadi dapat juga internet tetapi kelajuan kurang..network 2G...Kat Damansara ini 4G

trunks Publish time 2-9-2015 01:20 AM

sham159 replied at 27-7-2015 01:53 AM
Alhamdullillah..Sham dah tukar ke U mobile..Pilih dan subscribe RM128 sebulan...Peak hours 12GB da ...

wah terbaik juga kan umobile ni..sham cukup ke guna sebulan tu?
32gb ye?

sham159 Publish time 4-9-2015 04:08 PM

trunks replied at 2-9-2015 01:20 AM
wah terbaik juga kan umobile ni..sham cukup ke guna sebulan tu?
32gb ye?

Rasanya cukup..Peak hours 12GB jika dibandingkan 7GB maxis broadband dgn harga yang sama iaitu RM128

Pages: [1]
View full version: Sekarang pakai Maxis broadband - Nak tukar broadband internet baru


ADVERTISEMENT