changa=famri7 Publish time 26-5-2015 10:08 AM

Mengenang P Ramlee

Tanggal 27 Mei ini, genap 42 tahun seniman agung Tan Sri P Ramlee meninggalkan kita. Perginya hingga kini belum ada pengganti.Begitu cepat insan berbakat besar ini pergi mengadap Penciptanya kerana meninggal dunia ketika usia 44 tahun pada 27 Mei 1973 kerana serangan sakit jantung.P Ramlee bukan saja pelakon dan penyanyi hebat, malah pengarah, penulis skrip, pencipta lagu pemuzik dan penulis lirik.

Ketika hayatnya, P Ramlee atau Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh sempat mengarah dan berlakon lebih 66 filem dan merakam lebih 350 lagu yang kebanyakannya terus ‘evergreen’.Sempena sambutan Hari Seniman pada 29 Mei setiap tahun, RTM menyiarkan dokumentari khas, P Ramlee terbitan Pesona Pictures dan diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Ia akan disiarkan jam 2 petang menerusi TV2.


Dokumentari khas ini mengangkat insan seni Melayu yang hebat dominasinya dalam seni yang bukan saja terkenal di Singapura dan Malaysia, tetapi juga di Nusantara.Sejarah hidupnya bukan seperti pernah selalu kita fikirkan. Biarpun dilambung pujian atas hasil karya agungnya, hidupnya juga penuh dengan kesedihan.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929, P Ram-lee mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Francis Light, kemudian melanjut-kan pelajaran ke Penang Free School dan pernah belajar di Japanese Navy Academy ketika zaman Jepun.

Pada 1947, P Ramlee menang tempat pertama pertandingan lagu dianjurkan Radio Pulau Pinang dan tujuh tahun selepas menceburi dunia lakonan di Singapura, dia bergelar pengarah melalui filem Penarek Becha.

P Ramlee kembali ke Malaysia selepas mencurah bakti dengan Shaw Brothers di Singapura. Filem terakhir lakonan dan arahannya ialah Laksamana Do Re Mi pada 1973 manakala lagu terakhirnya, Air Mata di Kuala Lumpur.Berkahwin tiga kali, pertama dengan Junaidah pada 1950 hanya bertahan empat tahun, kemudian bersama seniwati Noorizan Mohd Noor pada 1955 dan bercerai pada 1961. Perkahwinan ketiga dengan penyanyi terkenal, Saloma pada November 1961 kekal hingga akhir hayatnya.


Kebanyakan mereka yang ditemuramah dalam dokumentari ini sudah tiada dan ini bahan eksklusif yang bakal menjadi tatapan penonton.Ia akan menyusuri titian memori bersama-sama mereka yang mengenali dan menyanjung beliau seperti Sazali Ramlee, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Hashimah Yon dan Datuk Siti Nuhaliza.

Dokumentari ini juga menampilkan sedutan eksklusif yang tidak pernah disiarkan di TV seperti temuramah bersama keluarga dan rakan rapat P Ramlee sebelum pemergian mereka. Antaranya Nasir P Ramlee (anak P Ramlee), Sukardi (teman zaman kanak-kanaknya), Datuk Ahmad Daud (teman sekampungnya) dan Datin Saadiah (teman seperjuangannya dalam industri perfileman).

epis Publish time 26-5-2015 10:25 AM

waktu tayangan mesti tah ape-ape...

binisupir Publish time 26-5-2015 11:37 AM

sedihla ... takde pengganti

loklik2 Publish time 29-5-2015 06:41 PM

legenda yg tidak ada pengganti

msrobotic Publish time 19-6-2015 01:11 AM

Satu dlm sejuta

amirgo Publish time 23-6-2015 10:02 PM

Allahyarham dikurnia bakat yg sgt besar

orangselut Publish time 26-9-2015 02:56 AM

Genius dalam bikin filem..banyak kritikan sosial dalam filemnya masih terpakai sehingga sekarang..
Pages: [1]
View full version: Mengenang P Ramlee


ADVERTISEMENT