changa=famri7 Publish time 21-5-2015 06:18 PM

Beruang Gollum mati akibat kanser

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0521/Kosmo/Negara/ne_09.1.jpg

KEADAAN beruang matahari ketika dikuarantin di Pusat Hidupan Liar Matang selepas ditangkap pada April lalu.

KUCHING – Seekor beruang matahari menyerupai watak makhluk Gollum dalam filem The Lord of the Rings yang sakit dan dikuarantin di Pusat Hidupan Liar Matang di sini, disahkan mati pada Isnin lalu.Beruang matahari atau nama saintifiknya Helarctos malayanus itu dikuarantin di pusat hidupan liar tersebut sejak 3 April lalu selepas hampir tiga bulan diburu oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).Pengurus Pusat Hidupan Liar Matang, Saili Aban berkata, kisah haiwan yang menarik perhatian masyarakat di negara ini sejak kira-kira empat bulan lalu akhirnya tamat kira-kira pukul 6 petang.Katanya, beruang itu disahkan mati di pusat hidupan liar berkenaan dipercayai akibat sel-sel kanser tahap empat yang semakin merebak hingga menyebabkan beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.“Berdasarkan laporan pemeriksaan pakar hidupan liar di sini turut mendapati beruang malang itu sangat uzur dan tenat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


bianglala Publish time 22-5-2015 07:32 PM

ooo. ni beruang yang sangat-sangat kurus masa dijumpai tu.. tak panjang umurnya..

http://www.hotkelate.tv/wp-content/uploads/2015/02/ne_06.1-2.jpg

Kosmo

Hatida Publish time 11-10-2015 04:41 PM

alaaa... ciannye.. {:3_97:}
Pages: [1]
View full version: Beruang Gollum mati akibat kanser


ADVERTISEMENT