anniez08 Publish time 19-5-2015 01:56 PM

bianglala replied at 19-5-2015 01:49 PM
selotape ada? selotape kelopak mata ?

letak batang mancis je..:'(

bianglala Publish time 19-5-2015 01:58 PM

anniez08 replied at 19-5-2015 01:56 PM
letak batang mancis je..

http://1.bp.blogspot.com/-CJZzs9F6HlY/UfFOtO00Q2I/AAAAAAAAAhc/m11m6E6mytE/s320/Matches_%281818354825%29.jpg

N dah makan ke belum?

tari Publish time 19-5-2015 03:04 PM

bianglala replied at 19-5-2015 01:34 PM
waalaikumussalam.

semalam tengok tak majalah 3

tgk {:3_98:} dari mula smpai abis..
kita dok tercari2 kot ada bianglala..tp kuciwa :lol:

istiadat pertabalan sultan di Perak byk proses ek
yg istiadat tabal jin tu apa? seram bunyinya

thx lala bg tau kita, kalau x melepas la x dpt tgk

tari Publish time 19-5-2015 03:08 PM

bianglala replied at 19-5-2015 09:44 AM
selamat pagi.

rasa macam manik ni... masih in trend lagi.. kalau manik biasanya kita jahit kat tangan jeleher x payah...membazir bukan org nmpk pun :lol:

tari Publish time 19-5-2015 03:12 PM

anniez08 replied at 19-5-2015 09:05 AM
Assalamualaikum florianz.. n masuk umah baru floria..
waalaikumsalam n
bkn.. megi tu megi ayam.. n x selera mkn megi ayam. kalo kari okay la..
kakak n buat sup dia.. letak telur.. pastu megi tu dia celur dulu dlm air panas dan tapis..
kendian masuk baruletak kuah sup tu..
bagus la celur dulu megi dlm air panas n tapis baru masuk dlm supnya
bahawa kan kalau megi tu x dicelur...
dah lah skrg ni mcm2 benda tiruan ada..

tari Publish time 19-5-2015 03:14 PM

anniez08 replied at 19-5-2015 01:56 PM
letak batang mancis je..

hahaha...apa kes smpi kena letak btg mancis
mlm td jadi musang ek :lol:


ip_lepat Publish time 19-5-2015 03:15 PM

tari replied at 19-5-2015 03:04 PM
tgkdari mula smpai abis..
kita dok tercari2 kot ada bianglala..tp kuciwa



terbeliak bijik mata tunjuk kesungguhan tgk tb3 ;P;P

tari Publish time 19-5-2015 03:46 PM

ip_lepat replied at 19-5-2015 03:15 PM
terbeliak bijik mata tunjuk kesungguhan tgk tb3

wakaka...lawok la hang ni

kita pepeling nk tgk lala
kan dia ada masa pertabalan tu
hang ada pi ka



thx tacangnya...yum2 {:fullo

ip_lepat Publish time 19-5-2015 03:47 PM

tari replied at 19-5-2015 03:46 PM
wakaka...lawok la hang ni

kita pepeling nk tgk lala


orite.. wa kena out dulu
guruh dah berbunyi :lol:
kejap lagi ujan tu

tari Publish time 19-5-2015 03:52 PM

ip_lepat replied at 19-5-2015 03:47 PM
orite.. wa kena out dulu
guruh dah berbunyi
kejap lagi ujan tu

wokehhh... babai :bye:

bianglala Publish time 19-5-2015 05:22 PM

tari replied at 19-5-2015 03:04 PM
tgkdari mula smpai abis..
kita dok tercari2 kot ada bianglala..tp kuciwa


laaa, tari tak nampak ke kita? yang dikelilingi bodyguard tu. ;P :lol:

istiadat tabal pusaka tu... kita pun tatau macam mana... buat atau tidak. kalau google, inilah yang keluar..sebab gambar-gambar pun tak ada waktu pertabalan yang kelmarin ni.. yang ada gambar istiadat bersiram tabal tu je la.

Istiadat Tabal Pusaka (Tabal Jin)

Istiadat Tabal Pusaka (Tabal Jin) dimulakan dengan paluan Nobat Diraja pada sebelah senja sehari selepas Istiadat Tabal Adat disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam. Pawang Diraja menatang Pedang Cura Simanja Kini, bersama Toh Seri Nara Diraja menatang Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi didalam talam berlapikkan kain kuning. Kemudian diikuti pula Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati mengadap membawa Perkakas Istiadat Merenjis diikuti Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama ahli Nobat Diraja masuk ke Balairong Seri untuk memulakan “istiadat memulih” perkakas kerajaan dan perkakas nobat diraja dengan merenjis tepung tawar. Setelah selesai, Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri akan menyempurnakan bacaan doa selamat.

Selepas itu upacara “Bersiram Tabal (Mandi Sampat)” dimulakan Pawang Diraja dari awal sehingga selesai. Air bersiram ini diambil dari Tujuh Kuala Sungai Perak yang mempunyai istiadat tersendiri untuk mengambil air ini. Baca di bawah untuk keterangan lanjut. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan ke atas kain putih diregang oleh Toh-Toh Puan ditiap penjuru. 7 geluk ari dari 7 kuala sungai Perak disiram dan nobat dipalu sepanjang istiadat bersiram tabal. Setelah selesai, baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Penterakna Seri Pancaa Persada berselimut kain benang emas dan diarak balik ke istana.

Setelah menukar pakaian, Baginda berangkat masuk Balairong Seri dan bersemayam di atas Singgahsana. Pada waktu istiada ini Nobat Diraja memainkan lagu antara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan untuk mengetahui kedaulatan seseorang sultan. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu lebih tujuh lagu nobat) ini menunjukkan Baginda direstui Jin-Jin Kerajaan dan baginda akan memerintah lama atau panjang umur. Akan tetapi, sekiranya Baginda hanya bertahan empat atau lima lagu, petanda pendek umur. Toh Setia Guna akan memberi isyarat untuk nobat berhenti sekiranya Baginda Sultan kelihatan resah gelisah di atas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu nobat dipalu, Pedang Cura Simanja Kini akan bergerak-gerak dengan sendiri seakan-akan hendak keluar dari sarungnya. Ini menunjukkan Jin Kerajaan berserta dalam Istiadat Tabal Jin dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat Tabal Jin selamat disempurnakan selepas upacara Santapan Nasi Berastonaka dengan bacaan doa selamat. Istiadat Tabal Jin hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya tanpa menukar ciri-ciri adat asal barulah diketahui sama ada direstui Jin Kerajaan Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak, istiadat tersebut hanyalah satu istiadat biasa.

bianglala Publish time 19-5-2015 05:23 PM

tari replied at 19-5-2015 03:08 PM
kalau manik biasanya kita jahit kat tangan jeleher x payah...membazir bukan org nmpk pun

betul tu. salah satu sebab kita malas nak bermanik-manik. lagipun kalau tak ada manik, lagi senang nak humban dalam mesin basuh. :lol:

tari Publish time 19-5-2015 05:50 PM

Ekeke.....yg tinggi lampai tu ek

Rasanya istiadat tabal jin tu hanya ada di Perak
Tak sangka ada pawang di raja lahi

tari Publish time 19-5-2015 05:52 PM

bianglala replied at 19-5-2015 05:23 PM
betul tu. salah satu sebab kita malas nak bermanik-manik. lagipun kalau tak ada manik, lagi senang ...

Hehe...upah jahit manik mahal juga

Kalau ada kemahiran menjahit manik lumayan time nk raya

bianglala Publish time 19-5-2015 05:55 PM

tari replied at 19-5-2015 05:50 PM
Ekeke.....yg tinggi lampai tu ek

Rasanya istiadat tabal jin tu hanya ada di Perak


kalau tengok (baca) istiadat tu kan.. kita rasa macam, perlu ke?{:thiefo baca secara detail pun lain macam je.. mungkin ada buat, tapi ada skip-skip jugak kot. entahlah eh. hanya orang yang terlibat dengan istiadat tu je yang tahu. ehehe.

tapi kita suka tengok masa istiadat bersiram tabal tu. senyum-senyum macam pengantin baharu je. :lol:

bianglala Publish time 19-5-2015 05:57 PM

tari replied at 19-5-2015 05:52 PM
Hehe...upah jahit manik mahal juga

Kalau ada kemahiran menjahit manik lumayan time nk raya

yang kita tahu pandai jahit manik.. intan.orang-orang teliti dan minat je yang boleh buat...

okaylah kan, supaya baju tak polos sangat.. contoh macam baju cotton.. ada manik, naik sikit seri.

tari Publish time 19-5-2015 06:03 PM

bianglala replied at 19-5-2015 05:55 PM
kalau tengok (baca) istiadat tu kan.. kita rasa macam, perlu ke?   baca secara detail pun...

Tu la masa mula baca mcm x logik je zaman moden ni...


Adat bersiram tu sweet je mcm adat pengantin je. Johor pun ada adat bersiram

tari Publish time 19-5-2015 06:09 PM

bianglala replied at 19-5-2015 05:57 PM
yang kita tahu pandai jahit manik.. intan.orang-orang teliti dan minat je yang boleh buat...

...

Lama x nmpk intan kan


Kita xde kesabaran nk jahit manik la
Rela upah kat org

bianglala Publish time 19-5-2015 07:45 PM

Edited by bianglala at 19-5-2015 07:47 PM

tari replied at 19-5-2015 06:09 PM
Lama x nmpk intan kan



kalau baju bermanik, kita suka tengok manik yang bulat-bulat.


http://farm5.static.flickr.com/4144/5070681289_41b79a0497.jpg

bianglala Publish time 19-5-2015 07:46 PM

tari replied at 19-5-2015 06:03 PM
Tu la masa mula baca mcm x logik je zaman moden ni...




sultan johor bersiram air biasa je kan.. atau amik air sungai jugak..

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: •• Floria •• Salam Dunia V15


ADVERTISEMENT